Friday, July 3, 2009

Usahawan-usahawan Berjaya


Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. Usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.

Di Malaysia terdapat 66 usahawan yang terkenal iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, Tunku Tan Sri Abdullah Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Azman Hashim, Mohamed Ali Alabbar, Tong Kooi Ong, Tan Yew Sing, Robert Kuok, Tan Sri Dr. Jeffery Cheah, T. Ananda Krishnan, Tan Sri Quek Leng Chan, Tan Sri LauGek Poh, Tan Sri Tiong Hiew King, Tan Sri Lee Shin Cheng, Tan Sri Vincent Tan, John Chia Sin Tet, Puan Sri Chong Chook Yew, Micheal Ng Kweng Chong, Datuk Lee Oi Hian, Datuk Lim Tong Yong, Keluarga Loh Boon Siew, Keluarga Teo, Tan sri Hamdan Mohamad, Tan Sri Mohd Saleh Sulong, Tan Sri Rozali Ismail, Datuk Yaw Teck Seng, Tan Sri khoo Kay Peng, Datuk Tony Tiah Thee Kian, Henry Goh, M.P Nathan, Dato’ Dr Zahrah Abd kadir, Datuk Barkath Ali abu Backer, Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, Cheff Azza, Tan Sri Leen Kim Yew, Datuk Chua Hock Chin, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, Datuk Tan Chin Nam,Harshukhal Maganlal Kamdar, Chin Weng Keong, Datuk Lew Sip Hon, Dr. Goh, mendiang Datuk Teo Hang Sam, Mendiang Chung Keng Kwee, Jasmani Abbas, Datuk AK Nathan, V.R Srivatsan, Esmond Goei, K. Raman, Datuk Yatina Yahaya, Chew Cheng Kiat,jude Allen, Harres Tan, Datuk Syed Azman syed Ibrahim, Yuri Zaharian Wahab, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datin sri Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir,Jahubar Sathik abdul Razak, Marwilis dan Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh.

Kebanyakan daripada mereka bermula daripada peringkat bawah dahulu sebelum berjaya sehingga hari ini. Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. Sebagai seorang usahawan, seseorang individu itu perlulah mempunyai kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja, mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja, kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan kepada pelanggan menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan dan sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui .

Pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh usahawan-usahawan yang terkenal di Malaysia sebelum mereka berjaya mencipta nama sebagai Usahawan yang berjaya di Malaysia. Tambahan pula pada hari ini kerajaan akan membantu bakal usahawan di dalam memberi khidmat nasihat dan juga modal. Program Bahagian Latihan & Bimbingan Usahawan bertujuan untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pengurusan usahawan Bumiputera melalui latihan keusahawan, bimbingan, khidmat nasihat, bantuan dan galakan supaya mereka menjadi usahawan tulen yang berkualiti dan berupaya mengurus projek-projek perdagangan dan perindustrian kecil dan sederhana yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Antara pelaksanaan yang dijalankan adalah dengan Mengadakan kemudahan latihan dan kursus keusahawanan atau perniagaan secara teori dan amali untuk membimbing dan membantu usahawan yang berminat dan berpotensi untuk menceburi bidang perdagangan dan perusahaan dan memberi khidmat nasihat dan menyediakan pakar runding bagi mempertingkatkan produk Bumiputera dalam aspek pengeluaran, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran.Sebagai kesimpulan, kita perlulah menjadikan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia sebagai mentor atau pembakar semangat sebelum kita memulakan langkah sebagai usahawan.


sumber:usahawan.com

No comments: