Friday, July 3, 2009

Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 1

Berikut adalah beberapa alasan yang bakal anda terima

Tiada Masa

Tiada masa adalah alasan yang paling banyak digunakan oleh ramai prospek. Antara cara anda boleh menjawab alasan itu ialah :

“Dalam zaman ICT ini, kebanyakan orang tidak ada masa yang mencukupi. Namun begitu, tiada masa bukan alasan yang patut diberikan. Kita dibekalkan Tuhan 24 jam sehari. 8 jam untuk bekerja, 8 jam tidur dan 8 jam untuk berehat. Apa salahnya korbankan masa 8 jam rehat sekurang – kurangnya 2 jam sehari bagi menjalankan perniagaan MLM?”


Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 2

Sistem Piramid

Ada juga prospek yang menganggap MLM ini sama dengan sistem piramid iaitu mengkayakan orang atas dan orang bawah tidak boleh menandingi orang atas. Cara anda menolak sangkaan itu:

“MLM bukan sistem piramid. Jika sistem piramid, orang bawah atau downline tidak boleh memotong orang atas atau upline. Tidak mustahil jika anda baru sertai MLM tahun ini, anda sudah boleh memotong upline anda yang sudah lama menyertai MLM. Asalkan anda kuat berusaha, anda boleh memotong bonus upline.”



Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 3

Syarikat Cina
Sentimen bangsa banyak diutarakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Mereka cuba menghidupkan semangat kesukuan dan bangsa. Jadi, antara cara anda menolak sentimen ini ialah :

“Pernahkah anda melihat / mendengar hadis atau ayat Quran yang mengharamkan umat Islam ataupun Melayu berniaga dengan orang Cina ataupun bangsa lain? Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menjalankan perniagaan bersama – sama dengan bangsa Yahudi dan kafir Quraisy. Berniaga dengan bangsa lain dapat meningkatkan lagi kuasa membeli dan memperlajari ilmu mereka. Adakah anda boleh berniaga dengan pelanggan yang terhad? Maksudnya, hanya di kalangan pembeli bangsa Melayu sahaja?”



Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 4
Susah. Tidak kurang juga anda bakal bertemu dengan prospek yang berfikiran kecil. Mereka awal-awal lagi memberikan alasan susah melakukan perniagaan berasaskan MLM. Terangkan kepadanya :

“Anda tentu pernah melihat orang Cina makan nasi dengan menggunakan chopstik, kan? Cuba anda makan macam mereka. Boleh ataupun tidak? Susah bukan? Bandingkan dengan anak Cina yang baru berusia setahun, mereka juga belum mahir menggunakan chopstick. Tapi, jika dilakukan berkali – kali, akhirnya menjadi mudah. Begitu juga dengan MLM, apabila dilakukan berkali – kali akhirnya mudah.”



Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 5


Sudah berpuluh – puluh syarikat MLM yang disertai
Ini juga salah satu alasan yang diberikan oleh prospek. Mereka melalui pengalaman yang pahit sewaktu melakukan MLM. Terangkan kepadanya:

“Jika dikaji dan dibaca cerita sejarah insan yang agung, mereka sebelum menjadi juara atau berjaya dalam sesuatu bidang, sudah menempuh berbagai-bagai rintangan dan masalah. Mungkin syarikat lain bukan lagi rezeki anda, tetapi tidak mustahil syarikat saya menjadi rezeki anda. Siapa tahu.”



Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 6


Kaji dahulu
Prospek juga boleh menggunakan alasan hendak kaji dahulu. Alasan ini boleh jadi, prospek hendak menolak secara baik dengan menggunakan perkataan yang bersopan. Terangkan kepadanya :

“Dalam konsep kejayaan menjalankan perniagaan MLM, perkara yang perlu dibuat ialah dengan masuk dan terus buat sambil mengkaji. Jika hendak kaji dulu, orang lain dah kaya dan kita masih mengkaji. Jika sudah terbukti syarikat kami sudah kukuh dan berupaya bertahan lama, tidak perlu mengkaji dengan lebih mendalam. Mengkaji sambil buat MLM dapat memberikan anda kelebihan untuk maju.”


Saya tidak ada wang

Alasan ini juga banyak dikemukan oleh prospek. Terangkan kepadanya :

"Saya faham, mungkin anda tiada wang. Namun begitu, anda perlu pertimbangkan peluang ini untuk anda mempunyai wang. Modal perniagaan ini kecil sahaja iaitu RM300. Modal ini lebih kecil daripada anda memulakan perniagaan burger. Jika saya tawarkan anda sebuah kereta Mercedes bernilai RM200 ribu tetapi dengan syarat, anda perlu bayar pendahuluan RM 300, tentu anda dapat sediakan wang itu, kan?"


Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 8


Saya tidak berminat

Antara alasan yang paling banyak digunakan oleh ramai prospek. Cuba anda terangkan padanya :

"Saya dahulu pun tidak berminat dengan perniagaan MLM ini. Cubalah anda tanya pada sesiapapun yang telah berjaya dalam perniagaan MLM ini, pasti ramai anatara mereka akan berkata bahawa mereka memang tidak berminat dengan MLM ini tetapi mereka berminta dengan peluang pendapatan lumayan yang ditawarkan oleh perniagaan MLM ini"



Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 9

Saya tidak pandai menjual

Ada juga prospek yang salah sangka. Mereka menganggap MLM 100 peratus menjual. Terangkan kepadanya :

"Betul, saya pun tidak pandai menjual. Pada mulanya, saya sangkakan MLM ini menjual dari rumah ke rumah. Tetapi, sangkaan saya meleset. Sebenarnya kita tidak perlu menjual. Kita hanya cari pengguna dan berkongsi dengan mereka kebaikan jika mengguna produk syarikat kami."


Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 10



Say tidak ramai kawan


Ini juga antara modal alasan yang paling banyak diberikan oleh prospek.
Cuba anda terangkan padanya:


"Saya dahulu pun tidak ramai kawan sewaktu menyertai perniagaan MLM ini. Tetapi, sebenarnya, perniagaan ini tidak memerlukan ramai kawan. Saya amat yakin sekurang-kurangnya anda mempunyai 6 orang kawan, saudara mara, jiran dan kenalan. Melalui merekalah, anda akan berpeluang mengenali rakan baru."

Prospek boleh memberi 1001 alasan dalam pelbagai cara. Terpulanglah kepada anda untuk memilih pendekatan yang manakah yang lebih sesuai untuk digunakan. MLM tidak menyekat kreativiti anda. Kretiviti sangat penting untuk berjaya.

No comments: