Saturday, July 11, 2009

10 tip tambah duit


Kenaikan harga barang keperluan harian dan juga keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan kini memaksa orang ramai berjimat cermat ketika berbelanja.

Ramai berusaha mencari kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan yang makin meningkat.Bagaimanapun, Sahara Noon, Pengurus Pemasaran Avon Malaysia ingin berkongsi sepuluh idea berikut:

1-Menjadi wakil Avon: Dengan modal RM15 sahaja, Avon memberi peluang kepada anda untuk memulakan bisnes dan jadi bos sendiri. Anda boleh kerja dari rumah pada waktu yang fleksibel.

2-Menjadikan hobi anda sebagai kerja sampingan: Ubah suai tanaman bunga atau sayuran anda kepada jenis tanaman yang boleh dijual.

3-Memaksimum bakat menjahit atau membuat kuih: Mulakan bisnes and bertanya kepada saudara-mara dan kawan-kawan jika mereka ingin menempah baju atau membeli kuih dan kek anda.

4-Bakat muzik: Kalau anda pandai bermain peralatan muzik, anda boleh mengajar dengan kadar RM30 sejam.

5-Jika anda minat mengarang: Anda boleh jadi penulis sambilan atau penulis novel.

6-Jualan garaj: Jual barang- barang lama yang tidak digunakan lagi.

7-Tuisyen: Anda boleh memberi kelas tuisyen kepada pelajar sekolah berdekatan rumah anda.

8-Sewa bilik di rumah: Jika anda ada bilik yang tidak digunakan, apa salahnya disewakan?

9-Mendandan: Menawarkan perkhidmatan mendandan pengantin atau mereka gubahan hantaran perkahwinan.

10-Mengasuh: Menjaga anak-anak jiran atau sahabat-sahabat rapat

sumber: harian kosmo

Friday, July 3, 2009

CIRI-CIRI BAKAL TAJAAN BERKUALITI


Semasa anda sedang menjalankan satu tugas yang agak penting dalam MLM ini iaitu menaja, pastikan anda melihat ciri – ciri penting bagi dijadikan sebagai panduan dalam menaja. Ciri – cirinya ialah :-



Suka bergaul dan bersosial

Pastikan bakal tajaan ini (bakal downline anda) adalah daripada jenis yang suka bergaul. MLM iaah perniagaan pergaulan. Produk syarikat dapat di ‘gerak’kan melalui pergaulan. Apabila tajaan anda jenis orang yang umpama kera sumbang, bagaimana perniagaan anda dapat berkembang? Bakal tajaan yang suka bergaul ini adalah umpama ikan bergerak. Iklan dari mulut ke mulut. Anda tidak semestinya perlu menaja ramai orang. Apa gunanya menaja ramai jika tidak berkualiti? Biar taja sedikit dahulu dan pastikan downline anda itu ber'kualiti'. Lama – kelamaan, akhirnya mnejadi ramai juga. Bakal tajaan yang suka bergaul ini, mempunyai banyak peluang dan kesempatan membina perniagaan mereka mengikut prinsip jaringan atau MLM.


Nama tidak buruk

Bakal tajaan anda perlu terdiri daripada orang yang tidak buruk namanya. Apabila anda taja orang yang ada rekod buruk dan bermasalah, nescaya anda akan gagal. Namun begitu, tidak semstinya orang yang pernah melakukan kesalahan itu rekodnya sentiasa buruk. Anda harus peka dengan perkara ini. Saya tidak maksudkan anda tidak boleh taja bekas banduan ataupun penagih dadah.

Rekod buruk masa silam dapat dibersihkan dengan memulakan hidup baru dan sikap baru. Rekod buruk yang saya maksudkan ini ialah rekod buruk semasa. Takkan anda hendak menaja penagih dadah ataupun penjenayah. Jika mereka adalah bekas penagih atau bekas penjenayah yang ingin berubah menjadi baik, itu tidak ada masalah. Anda boleh bagi mereka peluang.


Bermatlamat dalam hidup

Bakal tajaan seperti ini bakal memajukan diri sendiri dan anda. Mereka ini hidup bermatlamat dan berfikiran besar. Biasanya, orang yang bermatlamat dan berfikiran besar ini bertindak mengikut matlamat dan fikirannya. Anda hanya perlu membimbing mereka menuju kejayaan. Matlamat yang di bina bersama – sama diperkuatkan lagi oleh usaha yang berterusan dan bersungguh – sungguh.



Berminat belajar dan memajukan diri

Perniagaan MLM tidak memerlukan kepakaran dan pengalaman. Apa yang perlu ialah minta. Tidak perlu TAHU, yang perlu ialah MAHU. Apabila ada MAHU, maka TAHU akan datang dengan sendirinya.

Bakal tajaan atau prospek yang berminat belajar dan memajukan diri ini sudah pasti boleh meniti kejayaan. Untuk berjaya kita perlu belajar. Apabila ada kemahuan, di situ ada jalannya. Bakal tajaan anda yang gemar menimba ilmu akan menjadi pemimpin yang hebat pada masa hadapan.


Boleh Mengajar

Bagi menggerakkan produk, anda harus ajar downline. Namun geitu, tiada gunanya jika tiada duplikasi. Mereka pula perlu ajar downline mereka sendiri. Ini adalah proses yang berlaku dalam perniagaan MLM tulen. Bakal tajaan yang boleh mengajar, dapat menurunkan segala pengetahuan mereka kepada orang lain. Mereka juga ada sifat – sifat kepimpinan yang baik. Perniagaan MLM akan maju apabila adanya proses belajar dan proses mengajar.



Sukakan Pertandingan

Taja orang yang sukakan cabaran dan pertandingan. Biasanya, orang yang sukakan cabaran ini, memiliki daya tahan yang tinggi. Mereka dapat meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti kerja mereka dari masa ke masa. Pertandingan ini ada baiknya. Melalui pertandingan, mereka dapat berlumba – lumba secara positif bagi meningkatkan prestasi diri.



Kreatif

Manusia ini sungguh unik. Walaupun Tuhan menciptakan manusia dengan elbagai rupa paras, Tuhan juga memberi manusia otak yang cerdas dan kreatif (Creative Quotient). Apabila digabungkan, sudah pasti anda dan ahli kumpulan boleh melahirkan idea yang gila-hila dan hebat-hebat.
PERLUKAH ANDA MENJADI SUPER SALESMAN


Ini adalah kekeliruan yang banyak berlaku kepada pengedar MLM. Mereka tidak tahu membezakan antara salesman dengan pengedar MLM. Salesman perlu menjual seberapa banyak barangan mereka. Melalui jualan inilah, baru mereka mendapat komisen. Tetapi, ini amat berbeza sekali dengan pengedar MLM. Dalam MLM, anda tidak perlu menjual produk dengan banyak. Anda hanya perlu membina rangkaian perniagaan (network) melalui penajaan. Anda hanya perlu jual antara RM100 hingga RM300 sahaja. Jadi, mampukah anda menjual sehingga RM30 ribu?

Dalam perniagaan MLM ini, anda mampu menjual melebihi RM30 ribu tetapi bukan dengan cara menjadi super salesman. Anda hanya perlu membina rangkaian dan rangkaian anda juga membina rangkaian dia sendiri. Jadi, jika ahli (downline) daam network anda sudah terlalu banyak, tidak mustahil jualan anda mampu memncecah lebih RM30 dalam masa sebulan (atau sehari).

Jadi, tugas anda ialah selain menjual produk, fokuskan juga tumpuan anda untuk membina rangkaian (network) yang mantap. Apabila anda bekerja seorang, anda perlu menjual sampai RM30 ribu untuk mendapat bonus yang tinggi. Tetapi, jika anda sudah membina rangkaian (network), anda tidak perlu bekerja keras. Bayangkan anda sudah menaja 5 orang (downline dan 5 orang tajaan anda juga menaja downline di bawah mereka sehingga ahli dalam network anda sahaja mencecah 3000 orang. Sekiranya setiap ahli dalam network anda membeli produk berharga RM10 untuk kegunaan sendiri atau dijual, network anda sudah membuat pembelian sebanyak RM30 ribu ringgit. Jadi, tidak mustahil bonus jualan anda dalam bulan itu akan meningkat banyaknya.
Fikir-fikirkanlah...
PERLUKAH ANDA MENAJA RAMAI DOWNLINES?

Untuk berjaya dalam perniagaan MLM, tidak semestinya anda perlu menaja ramai downline. Jika anda menaja 100 orang sekalipun, sedangkan anda tidak sempat memberikan servicing dan motivasi, lama – kelamaan, mereka akan berhenti menggunakan produk syarikat yang anda naungi. Dengan kata lain, biar downline yang anda taja hanya lebih kurang 5 orang sahaja, tetapi mereka berkualiti. Kejar kualiti daripada kuantiti. Apabila downline berkualiti, mereka bakal melahirkan downline yang baru dan sudah semestinya berkualiti. Ingat, network marketing ini adalah kerjasama antara rakan kongsi. Apabila setiap orang bekerjasama, hasilnya bertambah.


Setiap orang hanya perlu menaja sekurang – kurangnya 5 orang sahaja. Lihat pendapatan yang bakal anda dapat nanti. Lumayan bukan. Inilah contoh cara gerak kerja yang perlu anda laksanakan. Sebenarnya, ada banyak lagi cara yang boleh digunakan dan tidak semestinya duplikasi 5 orang. Saya cuma memberikan contoh dan anda boleh menggunakan daya kreativiti sendiri bagi membina kumpulan and
10 TABIAT JUTAWAN

Apa yang diperlukan untuk menjadi jutawan?

Tolak ke tepi pemenang loteri, menjadi kaya tiada kaitan dengan hanya bernasib baik. Cuba kita ikuti 10 tabiat seorang jutawan ciptaan sendiri ini.

1 Jutawan Adalah Seorang Yang Belanja Berhemat

Orang yang paling kaya yang saya kenali juga merupakan seorang yang suka berbelanja untuk barangan paling murah. Mereka membeli kereta terpakai. Mereka membawa bekal ke pejabat. Ia memerlukan wang untuk mendapatkan wang dan anda tidak akan mendapat wang yang diperlukan untuk melabur jika anda membelanjakannya.

2 Jutawan Berfikiran Besar

Sesetengah orang terkejut apabila mereka memperolehi sejuta pertama mereka. Lagipun, ia tidak datang dengan mudah. Tapi lama sebelum mencapai matlamat mereka, jutawan ini tahu mereka ingin mendapatkannya. Berbanding mensasarkan kenaikan tahunan 3% setahun, jutawan mengimpikan untuk bekerja sendiri. Berbanding berkhidmat untuk 100 pelanggan, jutawan mengawal 10,000 akaun.


3 Jutawan Mengambil Risiko Terkira

Sama ada ia melabur di dalam saham atau menyimpan di dalam saham amanah untuk memulakan bisnes, jutawan mengambil risiko terkira. Di dalam risiko ini, ganjarannya adalah jauh lebih besar berbanding kos kegagalan dan peluang untuk berjaya adalah cerah.

4 Jutawan Mencipta Jaringan

Tidak ramai orang yang mencapai potensi mereka berseorangan. Jutawan membina jaringan yang berkuasa yang mempunyai hubungan dengan semua lapisan masyarakat dalam kehidupan mereka. Para jutawan ini tahu bahawa majikan seterusnya, pelanggan atau rakan kongsi boleh datang dari mana-mana sahaja.

5 Jutawan Tidak Membayar Faedah, Mereka Memperolehinya

Para jutawan tahu kerosakan daripada hutang dan cuba mengelakkannya sama sekali. Sebaliknya, jutawan menyimpan, melabur dan malahan meminjam wang kepada orang lain untuk mendapatkan pendapatan daripada faedah.


6 Jutawan Fokus

Jutawan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencaai matlamat pada sebarang kos. Perbezaan di antara seorang yang berimpian dengan seorang pelaksana ialah bukannya jumlah idea yang mereka miliki, tetapi bagaimana seseorang itu memfokuskan usaha melaksanakan idea yang terbaik.


7 Jutawa Lakukan Apa Yang Diperlukan

Kisah kejayaan paling memberi isnspirasi di kalangan semua orang yang berjaya melibatkan pengorbanan yang bukan sedikit. Daripada tidur di dalam kereta menjalankan dua kerja kepada mengabaikan hubungan peribadi untuk mendapatkan pendidikan atau membina suatu bisnes, jutawan bukan sesuka hati dan sengaja menangguhkan kepuasan peribadi, para jutawan menanggung kesakitan pada awalnya.


8 Jutawan Mendidk Diri Sendiri

Tidak perlu sebarang institusi gah untuk menjadi seorang jutawan, tetapi ia perlukan keinginan untuk belajar. Tidak kisahlah bagaimana anda belajar- daripada seorang mentor, kelas malam, buku dan juga laman web –tetapi pembelajaran berterusan amat musthak untuk kejayaan jangka panjang.


9 Jutawan Memimpin

Tidak terperanjat pun., kualiti yang sama membolehkan orang biasa memperolehi berjuta menjadikan mereka pemimpin semula jadi. Ia kembali kepada keputusan untuk menjadi seorang jutawan pada asalnya. Suatu resolusi untuk mengorak langkah, membuka jalan berbanding mengikut jalan sedia ada.


10 Jutawan Seorang Pemurah

Jangan pula harapkan jiran anda yang kaya mencurah hadiah kepada anda. Biasanya mereka menderma untuk sebab yang lebih besar dan berfaedah. Ia bukan sahaja usaha giat untuk menambah sejuta lagi di dalam akaun organisasi tertentu: anda perlu membuat pilihan yang tepat badan kebajikan mana yang ingin disumbangkan.
TIP BISNES ORANG CINA

Orang Cina tidak mempunyai formula khusus yang digunakan dalam perniagaan. Mereka berniaga berpandukan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

Bagi orang Cina, sesuatu perniagaan yang dijalankan perlu praktikal dan tidak terlalu melecehkan. Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan jika boleh, perlu berusaha mempermudahkan sesuatu perkara. Untuk menjadi peniaga yang baik dan berjaya, terdapat beberapa tip niaga orang Cina yang dapat dijadikan panduan serta pedoman.

Tip itu cukup senang tetapi bukan mudah hendak dilaksanakan. Tanpa sebarang tindakan, tip itu tidak akan berguna dan memberikan apa-apa manfaat kepada peniaga.

1. Peniaga perlu menunjukkan kejujuran dan keikhlasan semasa melaksanakan urus niaga.

2. Peniaga perlu mewujudkan kepercayaan dan ikatan mesra dengan pelanggan tidak kira pelanggan yang besar ataupun kecil dan yang tetap ataupun pelanggan baru.

3. Peniaga perlu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.

4. Peniaga tidak boleh menurut perasaan dan kehendak sendiri.

5. Peniaga perlu sentiasa memaniskan muka dan kaya dengan senyuman.

6. Peniaga tidak boleh marah dan menengking pelanggan.

7. Peniaga perlu akur dengan permintaan dan keperluan pelanggan.

8. Peniaga bukan tauke kerana bos yang sebenar adalah pelanggan.

9. Peniaga tidak boleh sombong, angkuh dan bongkak.

10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.

11. Peniaga perlu bersedia memberikan perkhidmatan tambahan dan dalam konteks perniagaan runcit, menghantar barangan ke rumah pelanggan.

12. Peniaga tidak boleh ragu-ragu menjawab segala pertanyaan orang ramai.

13. Peniaga perlu menunjukkan beliau merupakan seorang yang serba tahu terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaannya.

14. Peniaga perlu mengambil berat hal ehwal masyarakat dan isu semasa.

15. Peniaga perlu mempunyai kepekaan yang tinggi dan rasa simpati yang
mendalam pada pelanggannya.

16. Peniaga perlu menjadikan para pelanggan sebagai sahabat, bukannya pembeli yang dating dan pergi.

17. Peniaga tidak perlu kedekut memberikan diskaun, pujian dan penghargaan kepada pelanggan.

18. Peniaga tidak boleh mengambil cuti kecuali kecemasan dan ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

19. Peniaga perlu bangun awal dan membuka perniagaannya secepat yang mungkin.

20. Peniaga perlu memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas serta jangan membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu.

21. Peniaga perlu mudah dibawa, dibicara dan berunding.

22. Peniaga tidak boleh bersikap prejudis pada pelanggan dan orang ramai.

23. Peniaga kena sentiasa berfikiran terbuka dan positif.

24. Peniaga tidak boleh cepat melatah dan terburu-buru.

25. Peniaga perlu menunjukkan kepada pelanggan yang dia sentiasa sibuk.

26. Peniaga tidak boleh tidur semasa menjalankan urus niaga.

27. Peniaga perlu berusaha menimbulkan keceriaan, bukan mencetuskan kebosanan.

28. Peniaga perlu memastikan premisnya penuh dengan barangan dan tidak membiarkan ada ruang kosong.

29. Peniaga perlu memberikan kebebasan kepada pelanggan bagi membuat pilihan.

30. Peniaga jangan sesekali campur tangan dan membuat keputusan bagi pihak pelanggan kecuali jika diminta.

31. Peniaga perlu membuatkan pelanggan merasakan kehadiran mereka dialu-alukan.

32. Peniaga tidak boleh berkata tidak kepada pelanggan.

33. Peniaga tidak boleh mewujudkan jurang dengan pelanggan apatah lagi menjadi kera sumbang.

34. Peniaga perlu berperanan sebagai peniaga, bukannya kaki umpat, kaki judi dan kaki arak.

35. Peniaga perlu belajar menggunakan wang dan meningkatkan kemahiran menabung.

36. Peniaga harus sentiasa menyediakan duit kecil untuk ditukar dengan para pelanggan.

37. Peniaga tidak boleh menunjuk-nunjuk kemewahannya di depan pelanggan kerana imej bukannya datang daripada perhiasan diri tetapi perkhidmatan yang diberi.

38. Peniaga jangan sesekali makan di depan pelanggan kerana dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan. Pelanggan tidak suka.

39. Peniaga perlu menampal notis apabila premisnya ditutup untuk sementara waktu.

40. Peniaga jangan mencari musuh kerana ia tidak baik bagi perniagaan.

41. Peniaga jangan terlalu suka dan kerap bercakap berkenaan keuntungan.

42. Peniaga perlu tahu membezakan keuntungan jangka pendek dengan keuntungan jangka panjang.

43. Peniaga tidak boleh terlalu yakin. Kena juga berwaspada dan berjaga-jaga.
.
44. Peniaga sebaik-baiknya tidak menjadikan premis perniagaan sebagai tempat tinggal untuk keluarga bertandang dan bersembang.
.
45. Peniaga perlu menyimpan lebihan dan stok jualan supaya tidak berlaku kekurangan.
.
46. Peniaga perlu tepati janji dan menjelaskan hutang.

47. Peniaga tidak akan rugi jika memberikan sedikit insentif kepada pelanggan dalam bentuk potongan harga, hadiah ataupun menambahkan berat barangan yang dibeli mereka.

48. Peniaga tidak boleh menipu kerana kepercayaan menjadi asas utama dalam perniagaan.

49. Peniaga tidak boleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kerugian dan kecelakaan. Semuanya perlu diterima dengan hati yang cekal.

50. Peniaga perlu mewujudkan situasi menang-menang anatara dirinya dengan para pelanggan.

Dengan itu, hubungan mereka akan berkekalan dan perniagaan akan dapat bertahan.

Dipetik daripada buku "Rahsia Bisnes Orang Cina" karya Ann Wan Seng.
MENCARI KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN

Dalam mana-mana masyarakat, majoriti jutawan dan hartawan terdiri daripada golongan peniaga atau lebih popular dipanggil ahli perniagaan. Ahli perniagaan menguasai kekayaaan dan ekonomi negara, menjadikan mereka berpengaruh dan dihormati dalam masyarakat.

Berniaga adalah usaha mencari rezeki menguntungkan. Sebab itu, Islam amat menggalakkan agar umatnya menjadi peniaga untuk merebut peluang keuntungan itu.

Semasa Nabi Muhammad SAW berada di Madinah, didapati banyak orang kaya terdiri daripada golongan peniaga. Bahkan aktiviti ekonomi di Madinah dikawal sepenuhnya golongan Yahudi yang menjadi peniaga.



Di negara kita, bangsa Cina menguasai ekonomi Negara disebabkan majoriti bangsa itu menjadi peniaga. Bangsa Melayu seharusnya mempelajari daripada bangsa Cina bagaimana hendak menjadi peniaga yang berjaya.

Menyedari betapa penting bidang perniagaan, Nabi Muhammad SAW banyak memberi panduan atau hukum mengenai urusan perniagaan. Terdapat kira-kira 500 hadis yang memperkatakan mengenai perniagaan yang sebahagian besarnya menjelaskan bagaimana perniagaan perlu dilakukan mengikut kehendak syariat.

Antara hadis berkaitan perniagaan paling kerap dibaca ialah mengenai keuntungan terlibat dalam bidang perniagaan. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Berniaga bukan sekadar menguntungkan

Sebenarnya galakan menyertai bidang perniagaan bukan sahaja bermatlamat mencari keuntungan, sebaliknya perniagaan adalah aktiviti penting yang perlu diutamakan dalam kehidupan seharian manusia.

Peniaga membantu orang ramai mendapat apa yang diperlukan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. Ekonomi dan kesejahteraan rakyat bergantung kepada urusan perniagaan. Sebab itu, kegiatan perniagaan dibenarkan ketika musim haji, sedangkan kegiatan lain tidak dibenarkan.

Hal ini membuktikan betapa pentingnya perniagaan dilakukan dilakukan bila-bila masa. Sekiranya aktiviti perniagaan dihentikan, seluruh sistem kehidupan manusia dengan sendirinya terhenti.

Peraturan dalam perniagaan

Islam menetapkan peraturan dalam urusan perniagaan bagi menjamin urusan berkaitan dengannya berjalan dengan lancar. Antara perkara yang ditekankan dalam perniagaan adalah keuntungan diperoleh semua pihak yang terlibat.

Dengan kata lain, keuntungan bukan sahaja di pihak penjual tetapi juga pembeli dan pihak lain. Jika diketahui akan ada pihak yang akan menanggung kerugian akibat urusniaga itu, maka hendaklah tidak diteruskan.

Antara perkara penting dalam urusan perniagaan adalah kejujuran dalam semua peringkat urus niaga. Kejujuran amat penting bagi mengelak berlaku penindasan.

Sistem kapitalis diharamkan Islam

Islam menolak system yang membenarkan peniaga memperoleh keuntungan berlebihan yang nyata memberi keburukan kepada pengguna seperti diamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Spekulasi dan manipulasi berlaku dengan berleluasa dalam sistem ekonomi kapitalis yang sering kali menimbulkan keadaan tidak menentu dalam ekonomi.

Masalah harga petroleum dunia yang tidak stabil antara lain berpunca amalan spekulasi dan manipulasi yang diamalkan pembekal dan peniaga. Sikap tamak pihak yang terlibat dalam urus niaga petroleum itu memberi kesan ekonmomi yang besar kepada seluruh dunia.

Nilai kemanusiaan dan tolong menolong tidak dipentingkan dalam sistem ekonomi kapitalis. Masyarakat global berbangga dengan system kapitalis yang didakwa system terbaik yang membangunkan ekonomi mereka.

Sedangkan, system yang berteraskan nafsu itulah yang melahirkan masyarakat mementingkan kebendaan dan rosak akhlak.

Sistem sosialis penuhi matlamat

Sementara itu, system ekonomi sosialis menetapkan urusan perniagaan sebagai memenuhi matlamat kesamarataan dalam masyarakat. Semua urusan perniagaan berada dalam kawalan tangan pemerintah.

Dalam system sosialis, peniaga sekadar dianggap menjadi agen kepada pemerintah dalam menyediakan keperluan rakyat. Sistem ini diamalkan di negara yang mengamalkan fahaman komunis. Bagaimanapun, semakin banyak negara komunis mengamalkan pasaran terbuka berasaskan kapitalis.

Sebenarnya, urusan perniagaan bukan terhad membeli dan menjual barangan semata-mata. Bahkan, perniagaan juga meliputi penyediaan perkhidmatan, sewaan, pembuatan, pembinaan dan sebagainya.

Peniaga, pembeli saling memerlukan

Islam mebenarkan peniaga mendapat keuntungan atas perkhidmatan diberikan kepada pengguna. Peniaga memperuntukkan modal, kepakaran, fikiran, tenaga dan masa untuk tujuan itu. Berdasarkan perkhidmatan itu, peniaga berhak mendapat upah yang dipanggil untung.

Sesungguhnya antara pembeli dan peniaga saling memerlukan. Tiada peniaga tanpa pembeli dan tiada pembeli tanpa peniaga. Justeru, antara kedua-dua pihak perlu saling menghormati, menjaga hubungan baik dan memahami keperluan antara satu sama lain. Urus niaga perlu berjalan dalam suasana harmoni, selesa, selamat, berterusan dan memenuhi keperluan.

Sebaliknya, sikap rakus dan tamak, menyebabkan urus niaga dipenuhi dengan tipu daya dan penindasan.

Dalam hal ini bukan sahaja pengguna menjadi mangsa, bahkan peniaga sendiri terdedah kepada kerugian. Pengguna juga kadang kala bijak menipu peniaga.

Etika perniagaan

Etika utama yang patut diamalkan peniaga adalah jujur, amanah dan ikhlas. Peniaga sedemikian mendapat keuntungan daripada perniagaannya di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Peniaga yang jujur akan bersama-sama nabi, siddiqin dan golongan mati syahid.” (Hadis riwayat Hakim dan Tirmizi).

Sebaliknya, peniaga yang melanggar etika, menjalankan perniagaan terkeluar daripada landasan ditetapkan Islam.

Kepentingan untuk memberi kepuasan kepada pengguna tidak lagi menjadi matlamat. Apa yang dilakukan mendapat keuntungan secara batil dan dusta. Mereka mengejar keuntungan dunia, sedangkan di akhirat kelakk bakal berdepan pembalasan maha pedih.

Cahaya keimanan tertahan daripada menyinari hati peniaga yang menafikan amanaah dalam perniagaan. Itulah yang berlaku selagi manusia bersikap tamak dan menolak janji Allah.

Firman Allah bermaksud : “Mereka itulah membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaannya dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.”(Surah al-Baqarah, ayat 16)

Perniagaan ganti amalan riba

Perniagaan menggantikan amalan riba yang dijalankan berasarkan kepada penindasan dan mementingkan diri sendiri. Tetapi, perniagaan yang dijalankan dengan unsur penindasan dan penipun juga di sebahagian daripada perbuatan berbentuk riba.

Islam tidak mengiktiraf sebarang bentuk perniagaan yang tidak menepati etika ditetapkan syariat. Antara amalan yang menyebabkan urusan perniagaan menyerupai riba adalah peniaga menaikkan harga tidak munasabah sesuak hati.

Peniaga tidak beretika mengambil peluan mendapat keuntungan lebih tinggi dengan menindas pembeli. Pembeli yang terdesak memerlukan barangan atau perkhidmatan terpaksa membayar lebih biarpun mengetahui harga sepatutnya lebih rendah daripada itu.

Sikap pengguna yang sanggup bertolak ansur dalam perkara ini menyebabkan peniaga lebih mengambil kesempatan menindas pembeli. Kenaikan harga terlampau tinggi tanpa alasan munasabah menyalahi kontrak sosial atau hubungan baik antara peniaga dengan pembeli. Peniaga berasakan dirinya berkuasa penuh menentukan apa yang diingini.

Manipulasi harga

Dalam istilah perniagaan, sikap pengguna menaikkan harga sesuka hati atau memperdayakan tidak boleh dikawal. Peniaga dianggap permintaan meningkat disebabkan faktor tertentu.

Dalam system ekonomi kapitalis, keadaan tersebut dibenarkan, bahkan mesti direbut oleh setiap peniaga. Peniaga dianggap bijak jika berjaya mewujudkan manipulasdi harga yang memberi keuntungan lebih kepada mereka.

Konsep yang dipegang adalah peniaga bebas menentukan harga berdasarkan kepada penawaran dan permintaan. Pergerakan barangan juga tidak boleh dikawal. Peniaga dianggap bebas untuk membawa keluar dan memasarkan barang di mana yang disukai biarpun tindakan itu akan menyebabkan sesuatu kawasan mengalami kekurangan bekalan dan menyusahkan pengguna.

Konsep inilah yang ditekankan dalam amalan perniagaan era globalisasi dan liberalisasi. Pergerakan bebas barangan tanpa memikirkan kesan kepada pengeluar, peniaga lain dan pengguna dianggap kehebatan globalisasi.

SUMBER : Sinar Harian
PERSEDIAAN SEBELUM DAN SEWAKTU MENEMUI PROSPEK


Ilmu Pengetahuan

Dapatkan ilmu sebanyak yang mungkin. Ini termasuk ilmu penajaan, rpoduk, pengurusan dan ceramah. Apabila anda sudah memiliki ilmu pengetahuan yang mencukupi, anda dapat menggunakan setiap pengetahuan yang dimiliki. Pendek kata, apabila anda menemui prospek nanti, setiap soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan baik. Bahkan, anda boleh memberikan maklumat tambahan dan ini pasti memberikan kepuasan kepada prospek.

Dalam MLM, ilmu tidak pernah kurang dan habis. Ilmu sentiasa tercipta dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Cuma, anda yang perlu mencari ilmu sepanjang masa. Jadikan mencari ilmu sepanjang hayat. Jika anda masih baru, sentiasa mengikut dan bersama upline. Duplikasi segala gerak kerja yang mereka lakukan. Perhatikan betul-betul dan praktikkan dengan segera.

Anda perlu cepat berdikari. Lebih cepat anda berdikari, lebih baik. Pelajari setiap pengalaman yang anda alami. Belajar daripada pengalaman merupakan ilmu yang tiada tolok bandingnya. Pelajari juga daripada pengalaman orang lain. Lebih – lebih lagi, mereka yang berjaya dalam MLM. Ingat! Ilmu boleh anda dapati daripada upline, mesyuarat, kursus, CD, buku dan pengalaman.



Persediaan Produk

Apabila anda hendak menaja, adakah berkesan dengan hanya menggunakan katalog semata – mata? Apabila anda hanya menggunakan katalog, ianya kurang berkesan. Zaman ini adalah zaman perlumbaan produk. Jadi, apabila anda hanya menggunakan katalog sewaktu hendak bertemu dengan prospek, tidak mustahil anda gagal.

Lain pula halnya dengan orang yang berpengalaman. Mereka tidak perlukan produk. Hanya kebolehan komunikasi, mereka boleh menaja prospek. Bagi mencapai hingga ke tahap ini, ia memerlukan masa yang panjang dan pengalaman.

Apabila anda masih baru, baik sediakan produk. Pastikan produk yang disediakan itu, mampu di beli oleh prospek. Hafal setiap fungsi produk. Cuba dapatkan testimoni atau bukti kelebihan produk. Supaya ia tampak lebih berkesan lagi, bawalah produk yang anda selalu gunakan. Cara ini lebih berkesan. Bercerita melalui pengalaman lebih memberikan kesan dan kejayaan.



Maklumat Prospek

Anda juga perlu tahu maklumat tentang prospek. Ini bagi mengelakkan perjumpaan anda dengan prospek secara membuta tuli. Apabila berjumpa dengan prospek yang kaya, takkan anda hendak menerangkan pendapatan lumayan yang bakal mereka dapat. Begitu juga apabila berjumpa dengan prospek wanita, takkan anda hendak terangkan tentang barangan kaum lelaki. Sikit-sikit tu bolehlah.

Apabila prospek tidak berduit, anda boleh memberikan peluang kepadanya menjadi pengedar baranan atau dengan kata lain, downline anda. Apabila maklumat yang anda dapat itu mencukupi, bersedialah untuk menemui prospek anda. Dapatkan juga maklumat prospek yang seterusnya. Misalnya, anda ke rumah A, apabila selesai berjumpa dengannya, lakukan satu lagi tugas iaitu minta daripadanya alamat serta nombor telefon rakan-rakan yang dikenalinya. Ajak dia pergi bersama anda.



Temujanji dengan prospek

Apabila anda mengumpulkan maklumat peribadi prospek, selepas itu, buat temu janji dengan prospek. Jangan beritahu dengan lengkap tujuan anda ingin bertemu dengannya. Apabila prospek tahu, pasti dia memberi banyak alasan yang konkrit supaya tidak bertemu dengan anda. Timbulkan suasana ingin tahu prospek dan dia tentu hendak bertemu dengan anda. Jangan mengajak bertemu tetapi berselindung seolah – olah ‘ada udang di sebalik batu’. Keikhlasan amat penting dan ianya lahir daripada riak wajah anda.

Anda juga boleh menelefon prospek dan buat temu janji. Jangan rasa takut untuk membuka mulut. Belajar daripada upline anda tentang cara – cara memulakan percakapan semasa bertemu dengan prospek. Berikut saya berikan 3 contoh untuk memulakan percakapan.

“Saya hendak bertemu dengan saudara kerana ada perkara penting yang hendak dibincangkan.”

“Saya ada satu rahsia yang penting dan ingin benar nak berkongsi dengan saudara.”

“Jika saudara hendak mengubah kualiti ekonomi anda, saya ada formulanya”

Sebenarnya, teknik memulakan percakapan semasa temu janji ada banyak cara dan fleksibel. Saya percaya, anda sudah tentu ada banyak idea yang lebih bernas dan berkualiti.


Menjual dan menaja prospek

Sesudah membuat temu janji, tibalah masa anda bertemu dengan pelanggan ataupun prospek anda. Saya menasihatkan supaya anda bertemu dengan prospek di tempat lain selain daripada rumahnya. Rumah prospek tidak sesuai kerana mungkin dia tiada daya tumpuan. Lagipun dia berkuasa di dalam rumahnya. Sebolehnya – bolehnya, buat pertemuan di pusat pengedaran, restoran ataupun taman.

Pastikan tempat pertemuan anda itu selesa. Waktu yang paling sesuai ialah hari cuti, hujung minggu, masa lapang dan masa rehat. Anda juga perlulah prihatin / peka dengan suasana waktu semasa.

Pakailah pakaian yang selesa, bersih dan tidak menjolok mata. Apabila anda memakai pakaian yang menjolok mata, silap – silap nanti kita nak taja prospek, dia jeling kita di tempat sensitif. Pakailah bau-bauan (perfume) yang selesa dengan suasana dan keadaan. Pastikan pakaian anda melambangkan peribadi yang baik dan mantap. Sewaktu bertemu, bersembang menurut apa sahaja topik yang diminati oleh pelanggan atau prospek. Cuba selitkan pokok persoalan anda bertemu dengannya.

Jangan berprasangka buruk terhadap prospek. Jangan membuat spekulasi yang bukan – bukan terhadap prospek. Berfikir secara positif. Intonasi suara juga perlu diberikan perhatian. Pastikan anda tidak terlalu menggunakan penerangan yang sukar difahami. Cuba guna pendekatan KIS & D. KIS & D ialah Keep In Simple and Duplicatable yang bermaksud “Terang dengan ringkas dan senang supaya dapat di tiru oleh downline”.

Mudahkan setiap penerangan anda. Sediakan pen dan kertas sewaktu anda membuat penerangan. Coretkan pada kertas. Prospek akan merenung kertas tersebut. Ini akan membuka minda prospek dan besar kemungkinan prospek akan berminat.

Jangan duduk berdepan dengan prospek. Sebaiknya duduk di sebelah prospek (kalau sama jantina la...) sewaktu membuat penerangan, banyakkan sentuhan di bahu prospek. Tetapi jika berlainan jantian, jangan cuba hendak sentuh – sentuh. Nahas nanti. Sentuhan ini sebenarnya bagi mengelakkan prospek mengelamun, merenung ke arah lain dan tidak memberikan tumpuan.

Buat penerangan dengan lembut, mesra dan senyuman menawan. Apabia bermuka masam, orang akan jadi boring dengan anda dan tidak ada seorang pun yang mahu jadi tajaan anda. Dengan kata lain, pastikan diri anda ceria dan mesra selalu.
RAHSIA MEMIKAT HATI PELANGGAN

Apabila anda hendak menjual sesuatu yang berguna kepada pelanggan anda, ada beberapa rahsia yang perlu anda ketahui tentang bagaimanakah caranya hendak memikat hati pelanggan anda. Antaranya ialah :

Letak matlamat mendapat pelanggan tetap

Anda perlu menetapkan matlamat mendapatkan pelanggan tetap sekurang-kurangnya 5 hingga 10 orang. Tidak salah anda menjadikan rakan sekerja anda sebagai pelanggan tetap. Dengan adanya matlamat, sudah pasti anda tidak menjual bagi tempoh jangka masa pendek sahaja. Pelanggan tetap merupakan penyumbang kepada maintain atau belian bulanan berterusan anda. Apabila meletak matlamat mendapatkan pelanggan tetap, sudah tentu anda memastikan pelanggan anda berpuas hati, tidak mustahil mereka menjadi downline anda. Penajaan adakalanya bermula dengan jualan.


Bantu pelanggan anda

Membantu pelanggan ialah mengenal pasti aplikasi keperluan dan kehendak terhadap produk yang ditawarkan. Menjual tidak semestinya menyediakan barangan atau produk dan wajib dibeli oleh pelanggan tidak kira sama ada ia diperlukan ataupun tidak. Sebenarnya, menjual adalah bermaksud menyediakan barangan yang diperlukan oleh pelanggan. Apabila pelanggan berasa barang itu amat perlu, sudah pasti mereka membelinya setiap bulan.

Jangan anda lupa, walau sebanyak mana sekalipun produk yang disediakan, namun kehendak manusia tidak akan berkurangan. Pelanggan juga suka membeli mengikut keinginannya dan bukannya mengikut penawaran yang kita buatkan kepadanya. Dengan kata lain, anda berhak memperkenalkan apa sahaja produk yang ada dan pelangganlah yang memutuskan apakah keperluan mereka. Jangan paksa mereka membeli. Ada kalanya, mereka tidak memerlukannya ketika itu, tetapi di lain masa mereka mungkin memerlukannya.


Jual Produk dengan Emosi

Jika pelanggan bertanya tentang produk kepada anda, apakah yang anda hendak terangkan? Sudah pasti anda terangkan tentang bahan buatan, cara menggunakan produk dan ciri-ciri yang ada pada produk. Tetapi jangan anda lupakan bahawa pelanggan anda mempunyai emosi (perasaan). Jika anda hanya sekadar menceritakan tentang bahan-bahan buatannya, cara menggunakannya dan ciri-ciri yang terdapat pada produk tersebut, ia masih tidak mencukupi.

Anda seharusnya melahirkan perasaan kagum dengan produk yang anda tawarkan. Dengan kata lain, lahirkan sepenuh emosi anda bahawa anda begitu kagum dengan produk tersebut. Emosi adalah suatu yang lebih utama dari logik. Emosi anda boleh dijangkitkan kepada orang lain. Ramai pelanggan membeli dan menjadi pembeli setia semata-mata emosi mereka telah dipengaruhi.



Buat jangkaan positif

Sewaktu anda menjual produk, jangan buat jangkaan yang negatif. Prasangka negatif melahirkan sikap dan sifat yang negatif dan ini sudah tentu akan membuatkan anda gagal menjual kepada pelanggan. Minda yang positif dapat menjana kehebatan dalam tindakan. Walaupun anda tidak mendapat apa yang bakal dijangkakan, tetapi dalam jangka masa yang panjang, ia pasti membuahkan hasil yang positif kepada anda. Itu pun terpulanglah kepada keadaan. Jika anda sentiasa berfikiran, bertindak dan menjangkau keputusan yang positif, ia bukan suatu yang mustahil bagi anda untuk memperolehi kejayaan.


Jangan jual produk

Anda jual sesuatu produk, tetapi jangan jual produk itu kepada pelanggan.Pelik kan? Habis nak jual apa kalau tak jual produk? Baiklah ! Saya akan jelaskan maksud kenyataan ini. Pelanggan membeli bukanlah disebabkan apakah produk yang anda tawarkan. Sebenarnya pelanggan anda membeli ‘kebaikan’ produk tersebut yang boleh faedah kepada mereka. Contohnya :-

“Jangan jual alat solek, jualkan kepada saya kecantikan.”
“Jangan jual alatan sukan, jualkan kepada saya kesihatan.”
“Jangan jual pewangi, jualkan kepada saya keharuman.”
“Jangan jual pakaian, jualkan kepada saya kekemasan.”

Jelas di sini bahawa pelanggan anda sebenarnya tidak mementingkan produk yang anda tawarkan. Pelanggan sebenarnya amat pentingkan apakah kebaikan yang bakal mereka perolehi daripada penggunaan produk itu sendiri. Pelanggan membeli penyelesaian kepada masalah mereka.



Pelanggan sentiasa betul

Berhati-hati dengan pendapat anda. Apabila anda mengeluarkan perkataan “Anda salah”, “Anda silap” atau sebagainya kepada pelanggan anda, mereka tentunya berasa tidak puas hati dengan anda dan mereka akan marah dengan anda. Sudah tentunya mereka tidak mahu berurusan dengan anda. Walaupun pelanggan melakukan kesilapan, gunakan kaedah komunikasi yang sesuai untuk menegur kesilapan itu. Jangan cepat melenting ! Pelanggan ibarat ‘RAJA’. Sentiasa menjaga emosi pelanggan anda dan bersikap ramah mesra dengan pelanggan anda.


Eratkan hubungan dengan pelanggan

Setiap orang lebih suka bergaul dan berkawan dengan orang yang menyenangkan hatinya daripada bergaul dan berkawan dengan manusia yang menyakiti hati mereka. Senyuman yang ikhlas dari hati atau menawan akan menarik sanubari pelanggan anda dan mereka tentu menjadi pelanggan setia anda. Lebih ketara sekali, mereka juga sedia ditaja.

Bersikap terbuka terhadap apa sahaja topik. Contohnya, apabila pelanggan berbicara tentang politik, anda berbuallah pasal politik. Jangan sekadar hanya berbual tentang produk dan pelan pemasaran sahaja. Dengan kata lain, jangan berfikiran tertutup dan hanya tertumpu kepada MLM sahaja. Apabila berbicara dengan pelanggan anda, pandanglah muka dia. Mata bertentang mata. Komunikasi dengan cara ini, baru telus dan dipercayai pelanggan anda.
Sentuh pelanggan anda sekali-sekala (kecuali berlainan jantina). Sentuhan itu dapat mengeratkan lagi perhubungan persahabatan. Hafal nama pelanggan dan gunakan apabila hendak berbual dengannya. Letakkan diri anda sama dengan pelanggan. Apabila dia berdiri, anda perlulah berdiri.

Apabila dia berbicara dengan nada yang lembut, anda juga mestilah sepertinya. Sekali-sekala gunakan jenaka. Ketawa ini boleh meningkatkan lagi keseronokan dan kegembiraan. Tetapi lucu ini janganlah melebihi batasan. Kadang-kadang hantarkan kad selamat hari jadi, SMS dan ucapan. Sudah pasti pelanggan anda berasa diri mereka dihargai.


Minta teguran dan pendapat pelanggan

Satu lagi cara meningkatkan mutu perkhidmatan anda kepada pelanggan ialah dengan melihat cara anda bekerja melalui kaca mata pelanggan. Minta pendapat mereka melalui kaca mata pelanggan. Minta pendapat mereka supaya anda dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepadanya. Pastikan pendapat mereka itu munasabah dan mampu anda lakukan. Apabila pelanggan menegur sesuatu kelemahan, terimalah dengan dada yang lapang. Teguran yang ikhlas dapat mengubah mutu khidmat anda. Sekiranya ada pelanggan yang tidak mahu lagi membeli daripada anda, jangan terus memutuskan hubungan. Sebaliknya, minta tegurannya supaya anda dapat mengubah dan meningkatkan lagi mutu kerja anda.


Jadi orang yang boleh diharap dan dipercayai


Komitmen dalam menjalankan perniagaan MLM dapat meningkatkan mutu kerja anda. Apabila berjanji, tunaikan segera. Jadilah orang yang boleh diharap serta amanah. Apabila barang di pesan supaya dihantar esok, anda perlu segera pastikan barang itu boleh dihantar keesokan harinya.

Jangan bertangguh dalam melakukan kerja. Kerja yang bertangguh hanya merugikan diri sendiri. Apabila anda dipercayai, pelanggan berasa jiwanya tenang apabila berurusan dengan anda lebih-lebih lagi apabila mereka menjadi tajaan anda. Jangan korbankan kepercayaan pelanggan. Ingat! Pelanggan boleh bertukar menjadi downline anda apabila mereka mula percaya terhadap mutu kerja dan kebolehan anda.

Layan pelanggan sama rata

Dalam konsep jualan mahupun tajaan, anda perlu melayan pelanggan ataupun prospek anda sama rata. Tidak kira apa bangsa, agama, keturunan dan status, mereka adalah pelanggan anda. Layanan yang sama rata memberikan mereka rasa selesa dengan mutu layanan anda. Tidak mustahil mereka bukan sahaja mahu menjadi pelanggan anda, bahkan bersedia ditaja.

Ramai pelanggan yang pada mulanya membeli produk dan berakhir dengan ditaja. MLM tidak memilih status pelanggan mahupun pengedar. Bagi pelanggan, MLM menganggap mereka sebagai pelanggan penting walaupun hanya membeli barangan yang murah. Bagi pengedar, setiap orang bermula dari bawah selepas ditaja. Tidak kira walaupun berkelulusan tinggi, mereka perlu bermula dari bawah.

Tunjukkan kegembiraan walaupun dalam telefon

Apabila anda ada temu janji dengan pelanggan melalui telefon, tunjukkan kegembiraan anda melalui emosi yang baik. Apabila anda ada sesuatu perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, nyatakan dengan sopan kepada pelanggan dan temu janji pada masa yang lain pula.

Perbualan melalui telefon perlu mesra, lembut, gembira dan bermotivasi. Emosi anda dapat dipindahkan kepada pelanggan anda. Emosi ini boleh dijangkitkan dari seorang ke seorang yang lain. Apabila emosi anda gembira, suara anda kedengaran gembira. Apabila anda bermotivasi, suara anda kedengaran bermotivasi. Emosi adalah lambang perasaan anda terhadap pelanggan. Jadi, berhati-hati dengan emosi anda.


Tepati masa temu janji dengan pelanggan

Apabila anda berjanji dengan pelanggan, sebagai contoh berjanji hendak menghantar produk atau berjanji hendak berjumpa dengan pelanggan, pastikan anda menepati janji itu. Apabila anda tidak dapat menunaikan janji, telefon dan minta maaf kepadanya seraya membuat janji pada hari lain pula. Sentiasa belajar dan praktikkan sikap suka menepati janji. Pelanggan mula mempercayai anda bahkan menjadi pelanggan yang setia apabila mereka suka dengan sikap anda yang menepati janji dan amanah.

Pelanggan bukan malaikat

Pelanggan bukannya malaikat. Mereka ada emosi dan kadang kala terlalu beremosi. Di sini, anda bertanggungjawab menanganinya dan sekaligus mengekalkannya menjadi pelanggan setia anda. Jadilah seorang yang penyabar dan baik hati. Hulurkan tangan dengan perasaan timbang rasa dan baik hati. Apabila ini diamalkan selalu, pelanggan cair dengan kelembutan yang anda tonjolkan. Urus perasaan dan masalah pelanggan. Bertenang selalu. Apabila anda betul, tiada sebab anda membalas kemarahan pelanggan. Ingat kata-kata hikmah, “Api tidak boleh dilawan dengan api”. Tenung mata pelanggan dengan perasaan simpati. Bersetuju dengan perasaannya. Tunjukkan bahawa anda memahami perasaannya.

Layan pelanggan mengikut pesanan

Setiap pelanggan adalah manusia biasa yang mempunyai keperluan khas. Apabila mereka memerlukan produk yang anda tawarkan, maka layan dan berikan produk yang dia minta itu. Jangan sediakan produk yang bukan dimintanya. Apabila produk habis, minta tangguh ke masa lain ataupun dapatkan daripada pengedar yang lain. Pelanggan tidak kisah sama ada anda menyediakan produk ataupun anda dapatkan daripada pengedar lain. Asalkan anda memenuhi pesanannya.

Berikan perkhidmatan melebihi produk

Pelanggan meminta produk murah. Anda layannya seolah-olah dia membeli produk yang paling mahal daripada anda. Melalui cara ini, anda menjadi lebih baik daripada syarikat lain. Reputasi anda juga akan meningkat. Bahkan, anda berpeluang pula menaja pelanggan anda. Pelanggan ada emosi. Mereka terpesona dengan sifat dan layanan anda. Mereka menjadi pelanggan yang setia dan tidak mahu dilayan oleh orang lain selain anda.
Success = (S+K) x A

Formula di atas bagi saya adalah yang paling penting untuk berjaya di dalam perniagaan, di mana S (Skill), K (Knowledge) dan A (Attitude). Bayangkan A = 0, hasilnya 0. Dengan itu maka jelaslah di sini, kejayaan sesuatu perniagaan adalah amat bergantung kepada sikap seseorang kerana walau sebanyak mana pengetahuan dan skil yang ada pada seseorang usahawan tapi jika sikapnya tidak bersungguh-sungguh atau mudah berputus asa maka dia tidak akan berjaya.

Contoh yang paling biasa diketengahkan ialah pengasas KFC iaitu Kolonel Saunders yang pada peringkat awalnya cuba menjual idea perniagaan ayam goreng kepada lebih 1000 restoran tetapi mendapat penolakan. Bayangkan kalau beliau berputus asa dan tidak meneruskan usahanya itu.

Begitu juga adik-beradik Wright yang mencipta kapal terbang. Jika mereka mendengar pandangan orang lain yang usahanya tidak berjaya serta ditambah dengan banyak kegagalan dalam percubaannya, nescaya kita tidak akan dapat melihat kapl terbang sehingga kini.

JADIKAN HOBI SEBAGAI KERJAYA


Sering kali kita diberitahu, salah satu cara untuk menjadi jutawan ialah dengan melakukan apa yang kita suka dan biasanya ia dipanggil hobi.

Ada pepatah yang menyatakan "Jika anda lakukan apa yang anda suka, anda tidak perlu bekerja sepanjang hayat".


Perkara pertama yang perlu dilihat ialah peluang komersil daripada hobi anda. Tidak semua hobi memberi keuntungan dari segi kewangan. Hobi yang menjadi kerjaya adalah hobi yang boleh menjadi sumber perniagaan seperti fotografi, kraf tangan dan banyak lagi.

Biasanya, masalah utama yang bakal dihadapi ialah cara memulakannya. Mendengar kisah mereka menggapai kejayaan melalui hobi yang dilakukan memang agak mudah tetapi untuk mengaplikasikan cara tersebut pada diri sendri menjadi lebih sukar.

Untuk itu, anda boleh memulakannya pada teman-teman rapat. Contohnya hobi membuat kad ucapan yang boleh anda tawarkannya kepada teman dan ahli keluarga. Jika ada permintaan bererti hobi anda mempunyai peluang bisnes. Selepas itu, anda boleh maju setapak lagi dengan melihat peluang di tempat lain atau iklankan sahaja di laman web.

Peluang bisnes
Bergabung dengan komuniti yang memiliki hobi yang sama juga sangat membantu anda. Manfaatkan sepenuhnya hobi anda dan mereka. Bukan sahaja dapat memperluaskan pasaran tetapi juga berkongsi mengenai peluang bisnes dan hobi anda itu. Peluang mendapat rakan bisnes juga terbuka luas. Semakin ramai ahli komuniti, semakin baik.

Harus diingat bahawa dalam perniagaan, pasti wujudnya halangan. Bukan sedikit hobi yang masih terlalu berisiko untuk terus dijadikan kerjaya utama. Apatah lagi hobi anda itu sangat spesifik seperti membuat seni tanah liat misalya yang mempunyai jaringan pasaran yang agak terhad.

Jika anda berpendapat bahawa hobi sebagai perniagaan tidak menguntungkan, carilah pekerjaan yang boleh menyalurkan hobi anda. Misalnya, anda suka menyatakan pemikiran anda dalam bentuk tulisan di blog. Kenapa tidak anda mencuba untuk menjadi seorang penulis?

Demikian jua jika anda mempunyai kepakaran dalam membuat rekaan grafik yang membolehkan anda bergabung dengan pasukan kreatif di syarikat pengiklanan mahupun majalah. Selain mendapat kepuasan melalui hobi, anda juga mendapat bayaran untuk hasil kerja anda.

Ciri-ciri Perlu Ada
Menjadikan hobi sebagai kerjaya juga harus didukung dengan perkara berikut:

1 Tekun dan rajin
Mudah sahaja tidak cukup untuk dijadikan alasan bagi memulakan sesebuah perniagaan. Anda harus menjadi seorang yang mampu bersaing dan bertahan dalam bidang yang diceburi. Anda juga perlu berterusan dalam mengasah kemampuan anda dengan anda sendirisanggup mengorbankan waktu, keluarga, kewangan, menyertai kursus berkaitan dan rajin mencari maklumat.

2 Bijak mengendalikan emosi
Anda seharusnya mempunyai ‘jiwa’ dalam melakukan pekerjaan. Hobi sebagai sumber pendapatan kadang-kala memberi tekanan kepada anda. Jika anda tidak mempunyai semangat yang berkobar-kobar, anda mungkin berhadapan dengan masalah, lebih-lebih lagi ianya memerlukan komitmen yang tinggi agar tetap konsisten melakukan pekerjaan.

3 Meluaskan pengetahuan
Agar perniagaan berjalan lancar, tidak ada salahnya jika anda menambah pengetahuan seperti mendalami bidang pengurusan dan pemasaran. Dengan ini, anda mempunyai panduan untuk menjalankan perniagaan dengan baik. Sertai sahaja kursus berkaitan atau membuka mulut bertanya kepada mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang berkenaan.

TABIAT JUTAWAN: CINTAII APA YANG ANDA LAKUKAN


Soalan yang sering kali orang tanyakan tentang menjadi kaya ialah “Apakah kerjaya atau bisnes terbaik yang akan memberikan saya banyak wang?”

Patutkah saya terlibat dalam pendidikan? Makanan? Insuran? MLM? Penjagaan Kesihatan? Perdagangan Options? Hartanah? Apakah industri terbaik untuk saya sertai sekarang?

Sebenarnya, anda akan dapati bahawa di dalam APA SAHAJA INDUSRI, terdapatnya kumpulan minoriti yang akan membuat wang yang banyak manakala majoriti akan bersusaha untuk meneruskan hidup.

Jadi, jawapan kepada soalan tersebut ialah anda boeh menjadi seorang jutawan di dalam APA SAHAJA INDUSTRI, hanya jika anda adalah salah seorang yang terbaik!

Jika anda tidak tergolong dalam salah seorang yang terbaik, anda tidak akan berpeluang menjadi kaya di dalam APA SAHAJA industri. Anda BOLEH menjadi seorang jutawan dalam insurans, hartanah, perdagangan options, pendidikan kanak-kanak, kawalan serangga, peruncitan, makanan atau pemasaran internet HANYA jika anda adalah salah seorang yang terbaik.

Jadi, bagaimana anda boleh menjadi yang terbaik di dalam pasaran?
Jawapannya ialah dengan menjadi sesungguh dan sepenuhnya seratus peratus komited terhadap kerjaya atau bisnes yang terlibat.

Semua individu yang berjaya mempunyai satu persamaan. Mereka menyintai apa yang mereka lakukan. Dan kerana mereka mempuyai sebegitu ghairah terhadap kerjaya atau bisnes yang tertentu, mereka tidak membezakan antara kerja dengan bermain.

Kerja mereka merupakan satu permainan dan begitu juga sebaliknya. Hasilnya, mereka menghabiskan setiap hari dan setiap waktu kerja (pada mereka itu bukannya kerja) dan sebab itu mereka menjadi begitu bagus dengannya yang mana mereka menajdi peneraju pasaran dan juga pakar.

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa Bill Gates, antara manuasia terkaya di muka bumi kini bernilai US$46billion masih lagi bekerja 18 jam sehari, setiap hari?

Kenapa tidak sahaja beliau cuma lepak dan berehat di tepi pantai?
Sebabnya ialah seperti kesemua jutawan yang lain, apa yang mendorong beliau ialah bukan semata-mata kerana wang; ia mengenai keasyikan untuk "Meletakkan sebuah komputer di setiap rumah menggunakan perisian Microsoft” yang menjadikan Bill Gates terbaik di dalam bidang tersebut.

Ramai orang yang mempunyai tanggapan bahawa jutawan merupakan orang yang secara semula jadinya lebih bermotivasi, berdisiplin dan fokus. Sebenarnya, apabila seseorang melakukan sesuatu yang dicintai, motivasi, focus dan disiplin selalunya datang secara sendiri.

Jika anda dapati anda kekurangan motivasi dan disiplin untuk berjaya dalam apa yang diusahakan, sebabnya adalah sangat jelas. Ia bukannya minat anda.

Fikirkan sejenak.

Adakah anda mempunyai minat semula jadi kepada sesuatu? Adakah anda mempunyai hobi? Suka bermain golf? Permainan komputer? Bolasepak? Bermain dengan kanak-kanak? Tidakkah anda perasan yang bila mana anda lakukan apa yang anda sukai, satu tenaga mengalir tanpa henti?

Ia seumpama, walau sepenat mana sekalipun, anda akan selalu mempunyai tenaga untk melakukan apa yang anda cintai dan gemari. Jadi, inilah rahsia yang akan membawa kepada kejayaan dan kekayaan anda.

Anda perlu mencari sesuatu yang anda sangat minati dan bina kerjaya dan bisnes di sekelilingnya.

Lakukannya, anda akan dapati yang anda akan semula jadinya fokus, komited dan bertenaga untuk menjalankannya. Apabila anda berikan yang terbaik terhadap apa sahaja yang anda gilai ,anda akan menjadi yang terbaik!

STRATEGI BERJAYA DALAM MLM



Network Marketing atau Pemasaran Berperingkat merupakan satu lagi bisnes yang boleh dipertimbangkan oleh bakal usahawan sebagai platform mencapai taraf jutawan. Jika anda mencari-cari peluang bisnes dalam bidang MLM (Pemasaran Berperingkat), berikut saya senaraikan lapan kunci utama yang perlu dipertimbangkan.

Pertama Dapatkan bisnes MLM yang mempunyai produk berkualiti dengan reputasi yang baik.

Jangan sekali-kali membazirkan masa cuba menjual sesuatu yang tidak mempunyai kriteria ini. Produk berkualiti merupakan permulaan awal untuk kejayaan bisnes anda. Tiada bisnes yang berjaya dibina hanya dengan menawarkan kualiti produk yang biasa-biasa sahaja.

Kedua Dapatkan syarikat yang menawarkan harga yang berpatutan berbanding dengan pesaingnya.
Ingat, tiada siapa yang mahu membayar lebih terhadap produk atau perkhidmatan kalau mereka boleh dapatkan sesuatu yang lebih baik atau sama di tempat lain dengan lebih murah. Jadi, bandingkan harga dengan sebaiknya.

Ketiga Minta Jaminan Wang Dikembalikan. Perkara ketiga ialah mendapatkan 100 peratus jaminan wang dikembalikan tanpa syarat.
Dengan lain perkataan, produk tersebut mestilah terlalu bagus dan pihak syarikat mesti menyokong yang mereka sanggup untuk memberikan 100 peratus pulangan semula wang ke atas apa sahaja yang mereka jual terutama apabila pelanggan tidak berpuas hati.

Itu juga merupakan permulaan yang baik untuk memulakan dan mengembangkan sebarang bisnes.

Keempat Menyimpan Inventortori atau Stok Yang Minimum.
Carilah peluang bisnes MLM yang memerlukan simpanan stok yang minima atau tiada langsung dalam penyimpanan stok mereka. Anda patut mampu mulakan bisnes MLM dengan modal yang paling minima. Biasanya tidak lebih daripada RM100.

Kelima Rekod Simpanan Yang Baik Merupakan kriteria yang kelima di mana pihak syarikat mestilah menyediakan penghantaran yang cekap dan simpanan rekod kewangan yang teratur.
Satu bisenes MLM yang baik ialah berupaya menghantar produk dalam masa 24 atau 48 jam kepada untuk dijual, atau kepada para pelanggan. Mereka juga mengambil berat rekod-rekod dan memberikan penyata kewangan yang tepat setiap bulan kepada ahlinya.

Keenam Dapatkan Sokongan Padu Daripada Organisasi.
Ini merupakan perkara yang paling penting, jika pun mungkin yang terpenting berbanding perkara lain. Carilah sokongan daripada pihak syarikat yang boleh menawarkan latihan, yang akan memberikan anda seminar terhadap pengetahuan produk, yang boleh memberi motivasi dan juga mampu memberi anda peluang untuk membangunkan personaliti dan pembangunan bisnes anda.

Ramai orang yang memulakan syarikat MLM menjadi sangat berjaya memlalui bisnes mereka kerana latihan yang diperolehi daripada syarikat induk. Jika syarikat tidak mempunyai sistem latihan, cari syarikat yang ada.

Ketujuh Kejujuran Adalah Polisi Terbaik.
Pastikan syarikat induk mempunyai reputasi yang cemerlang di dalam pasaran. Ingat, ia adalah syarikat yang boleh anda banggakan. Anda tidak patutnya membuat alasan atau mengelak daripada memperkenalkan syarikat yang diwakili.

Kelapan Produk Mesti Mudah Dibeli.

Membawa kepada langganan semula dan bisnes ulangan. Anda patut cuba menjual produk kepada orang ramai yang boleh digunakan dengan kerap, jadi jika mereka puas hati dengannya, mereka akan terus memesannya lagi dan lagi dan lagi. Sekali anda telah mendapat seorang pelanggan, kadang-kala ia bertahan sehingga bertahun lamanya.

Untuk Praktis: Pertama, carilah produk yang anda benar-benar sukakan, gunakan dan berpuas hati secara peribadi. Anda boleh jual kepada orang lain jika anda benar-benar suakakannya. Malahan anda akan benar-benar suka menjualnya tanpa paksaan.

Kedua, cari produk yang mempunyai sesuatu yang yang baru atau isteimewa yang menjadikan ia berbeza dan lebih baik daripada apa yang telah sedia ada di pasaran. Sebab utama kenapa produk gagal ialah kerana ia tidak cukup hebat dan berbeza daripada persaingnya.

Seorang pelanggan yang berpuas hati adalah 10x lebih mudah untuk menjual sesuatu berbanding kepada seorang pelanggan yang baru. Satu rujukan daripada pelanggan yang berpuas hati adalah 15x lebih senang untuk dijual berbanding melakukan satu 'cold call'.

MULTI LEVEL MARKETING



Multi-Level Marketing atau network marketing iaitu pemasaran berperingkat merupakan satu sistem di mana satu syarikat induk mengedarkan produk dan perkhidmatannya melalui satu jaringan ahli perniagaan yang berdikari, bukan sahaja di negara ini tetapi ke seluruh dunia....

Ahli perniagaan berdikari atau usahawan ini kemudian menaja orang lain untuk membantu mereka mengedar produk atau perkhidmatan. Proses orang membantu orang lain ini mungkin diteruskan melalui satu atau lebih tahap pendapatan....

Sebagai seorang ‘networker,’ anda akan memperolehi wang dalam dua cara:...

1. Anda mengedar produk atau perkhidmatan yang anda uruskan kepada rakan dan pelanggan yang dirujuk kepada anda.....

2. Anda mengajak rakan-rakan dan orang lain yang anda temui untuk meneroka satu peluang untuk sama-sama mengedar produk atau perkhidmatan anda. Tahap di mana anda melibatkan diri adalah samada salah satu ataupun kedua-dua aktiviti ini bergantung sepenuhnya kepada kehendak peribadi....

Sesetengah orang menumpukan kepada mengedarkan produk dan perkhidmatan mereka ini semata-mata. Ia hanya terhad kepada usaha mereka seorang sahaja.


Terdapat juga orang lain yang bukan sahaja memasarkan produk MLM, tetapi juga belajar bagaimana untuk menaja dan membina satu organisasi yang besar . Orang yang tetap dengan menaja berupaya “mengganda” dalam diri sendiri dengan banyak dengan cara membantu orang lain berjaya.....

Kesan penggandaan inilah merupakan keajaiban MLM. Sehari ada 24 jam tetapi dengan mempelajari bagaiman untuk menaja orang lain, anda boleh menyalin usaha anda dan pada masa yang sama menambah ke atas pendapatan anda, namun anda tidak perlu membayar gaji pekerja. Malahan anda boleh memperolehi pendapatan semasa anda tidur!

MISKIN MENJADI KAYA

Sepanjang pemerhatian dan pergaulan saya terhadap orang yang kaya dan berjaya, jumlah mereka yang keluar daripada kemiskinan dan mencapai kekayaan amatlah ramai. Apa yang lebih menakjubkan ialah kisah peribadi mereka, apa yang telah mereka lalui dan bagaimana mereka boleh menjadi seperti hari ini.

Ada sesetengah mereka masih mengekalkan keadaan yang sangat sederhana dan dengan hanya melihat kepada mereka, anda tidak akan percaya dan bayangkan betapa kaya mereka sebenarnya. Mereka hanya memakai pakaian lama mereka, kasut yang biasa, seluar jeans yang lusuh dan memandu kereta yang sedia ada.

Yang lain, sebaliknya, menzahirkan kekayaan mereka dan anda jangan terkejut apabila mendengar hanya beberapa tahun sebelum ini, kehidupan mereka hanyalah amat sederhana sekali malahan tiada apa pun tetapi sekarang penuh dengan kemewahan dan kebebasan kewangan.

Apa yang lebih menakjubkan ialah nampaknya mereka yang berhijrah daripada miskin kepada kaya berkongsi beberapa kualiti yang hampir sama iaitu:


1. Mereka mempunyai keinginan yang amat kuat untuk berjaya
2. Mereka tidak menganggap kegagalan itu sebagai kegagalan dan mencuba lagi.
3. Mereka tidak boleh menerima hakikat “Ia tidak boleh dilakukan”
4. Mereka mengambil risiko terancang.


Bunyinya pelik tetapi mereka yang mempunyai anggapan mereka tidak akan rugi apa-apa mempunyai kelebihannya. Golongan kelas pertengahan dengan pendapatan yang menampung kehidupan mereka tidak sanggup mengambil risiko besar di dalam hidupnya seperti berhenti kerja dan memulakan perniagaan mereka sendiri. Manakala mereka yang tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan berjaya, bagaimanapun mempunyai satu tahap keazaman yang tidak dapat diukur.


Bukan secara kebetulan juga, saya pernah berjumpa mereka yang mengambil langkah besar, berhenti kerja dan meletakkan sepenuh hati mereka dalam bisnes membina kekayaan akhirnya mencapai kejayaan gemilang. Ia mencipta satu keadaan mentliti “buat atau mati” yang memerlukan untuk seseorang itu belajar dengan cepat dan memperolehi pendapatan dengan lebih cepat.


Ini menjadikan satu dilema yang menarik. Mana-mana guru bisnes kecil dan keusahawanan selalunya amat menyarankan agar anda tidak berhenti kerja terlebih dahulu dah fokuskan kepada membina perniagaan anda perlahan-lahan. Apabila bisnes anda berupaya menghasilkan pendapatan yang mencukupi dan stabil yang mana ia boleh menampung gaya hidup dan barulah, hanya barulah anda patut pertimbangkan untuk menjalankannya secara “sepenuh masa.” ..


Namun, jelas di sini, nampaknya kepada mereka yang mempunyai keyakinan yang teguh yang mereka akan berjaya, mempunyai peluang untuk mencapai kejayaan. Mereka tidak dapat melihat hasil yang lain dan mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk berjaya.

INSPIRASI JUTAWAN

Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.
.
Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.

Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.

Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.

Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namunia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.

Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.

JADI JUARA

Setiap masa, juara mendapat pulangan berkali ganda berbanding tempat kedua.

Contohnya, dalam perlumbaan lumba lari, juara mendapat RM10,000, mana kala tempat ke-dua mendapat RM5,000.

Adakah ia bermaksud juara perlumbaan tersebut adalah 2 kali ganda lebih laju dari yang mendapat tempat ke dua? Semestinya tidak. Mungkin, hanya lebih laju pada masa satu saat sahaja!

Tetapi, pulangan berganda 2 kali ganda.

Begitu juga dalam hidup harian dan perniagaan. Sekiranya kita menjadi juara bidang kita, pulangannya adalah berganda berbanding dengan pesaing kita yang ditempat kedua... ketiga... dan lain-lain.

Misi anda dalam hidup sekiranya untuk mendapat pulangan berganda adalah untuk menjadi juara dalam bidang anda.

Tidak semestinya anda hebat berkali-kali ganda berbanding dengan pesaing anda. Pada hanya kehebatan melebihi pesaing anda sedikit sahaja, pulangan pun boleh berganda :)

Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan dalam perniagaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda.

Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sambil lewa, pulangan anda terima juga adalah sambil lewa. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana.

Pastikan anda berusaha untuk mencapai apa yang dicapai oleh 10% teratas mereka yang mendapat pulangan tinggi dalam industri anda. Ini memerlukan usaha anda sendiri dalam memperbaiki ilmu dan mengaplikasikan ilmu tersebut.
Bolehkah anda namakan antara top 10% juara income earners didalam industry anda?

Jadilah juara dalam bidang anda sendiri!

BAGAIMANA MENJADI USAHAWAN BERJAYA

Apakah punca utama sesebuah perniagaan itu gagal? Keuntungan diperlukan bagi menampung perbelanjaan syarikat. Keuntungan yang diperolehi, jika ianya tidak mampu untuk menampung perbelanjaan seharian syarikat (gaji, sewa pejabat, bil elektrik dan lain-lain) maka syarikat akan mengalami masalah aliran tunai.

Jika masalah aliran tunai ini berpanjangan sehingga 3 bulan maka syarikat tersebut berkemungkinan besar akan tutup. KebiasaanNya, syarikat-syarikat yang mempunyai masalah aliran tunai akan memohon pinjaman dari pihak bank ataupun mendapatkan geran-geran yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Adakah pinjaman dari pihak bank akan menyelesaikan masalah aliran tunai anda?

Jawapannya tidak, jika anda masih belum lagi dapat meningkatkan jualan atau keuntungan syarikat anda. Kita lihat ramai usahawan terpaksa gulung tikar selepas beberapa bulan atau tahun disebabkan masalah jualan yang tidak mencukupi WALAUPUN mendapat pinjaman dari pihak bank.

Anda mesti ingat apabila anda membuat pinjaman bank, anda perlu membayar pinjaman yang dibuat dan ini akan meningkatkan ‘overhead’ anda. Anda mungkin dapat menyelesaikan aliran tunai anda untuk beberapa bulan dengan wang pinjaman tersebut.

Jika kita lihat kembali kepada punca utama masalah aliran tunai ialah KEUNTUNGAN YANG TIDAK MENCUKUPI UNTUK MENAMPUNG PERBELANJAAN SYARIKAT. Keuntungan diperolehi melalui JUALAN. Tanpa ada jualan maka tidak adalah keuntungan!.

Dari peringkat penubuhan syarikat lagi, usahawan perlu tumpukan kepada bagaimana untuk menjual produk/perkhidmatan mereka dan kaedah-kaedah bagi meningkatkan jualan produk/perkhidmatan mereka. Pinjaman sepatutnya hanya digunakan untuk meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan atau jualan yang semakin meningkat.

Fokus terpenting bagi usahawan adalah untuk meningkatkan jualan produk / perkhidmatan. Untuk itu seorang usahawan yang berjaya tidak akan berada di pejabat, sebaliknya beliau akan senantiasa bersama bakal pelanggan bagi meningkatkan jualan disamping mempelajari dua ilmu yang wajib diketahui oleh mana-mana usahawan iaitu Ilmu pemasaran (Marketing) dan ilmu jualan (Sales) Formula:
..
Berniaga adalah untuk MENINGKATKAN Jualan bagi MENINGKATKAN keuntungan.
Usahawan-usahawan Berjaya


Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. Usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seseorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut hak ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.

Di Malaysia terdapat 66 usahawan yang terkenal iaitu Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, Tunku Tan Sri Abdullah Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Azman Hashim, Mohamed Ali Alabbar, Tong Kooi Ong, Tan Yew Sing, Robert Kuok, Tan Sri Dr. Jeffery Cheah, T. Ananda Krishnan, Tan Sri Quek Leng Chan, Tan Sri LauGek Poh, Tan Sri Tiong Hiew King, Tan Sri Lee Shin Cheng, Tan Sri Vincent Tan, John Chia Sin Tet, Puan Sri Chong Chook Yew, Micheal Ng Kweng Chong, Datuk Lee Oi Hian, Datuk Lim Tong Yong, Keluarga Loh Boon Siew, Keluarga Teo, Tan sri Hamdan Mohamad, Tan Sri Mohd Saleh Sulong, Tan Sri Rozali Ismail, Datuk Yaw Teck Seng, Tan Sri khoo Kay Peng, Datuk Tony Tiah Thee Kian, Henry Goh, M.P Nathan, Dato’ Dr Zahrah Abd kadir, Datuk Barkath Ali abu Backer, Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, Cheff Azza, Tan Sri Leen Kim Yew, Datuk Chua Hock Chin, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, Datuk Tan Chin Nam,Harshukhal Maganlal Kamdar, Chin Weng Keong, Datuk Lew Sip Hon, Dr. Goh, mendiang Datuk Teo Hang Sam, Mendiang Chung Keng Kwee, Jasmani Abbas, Datuk AK Nathan, V.R Srivatsan, Esmond Goei, K. Raman, Datuk Yatina Yahaya, Chew Cheng Kiat,jude Allen, Harres Tan, Datuk Syed Azman syed Ibrahim, Yuri Zaharian Wahab, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datin sri Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir,Jahubar Sathik abdul Razak, Marwilis dan Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh.

Kebanyakan daripada mereka bermula daripada peringkat bawah dahulu sebelum berjaya sehingga hari ini. Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. Sebagai seorang usahawan, seseorang individu itu perlulah mempunyai kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja, mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja, kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan kepada pelanggan menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan dan sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui .

Pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh usahawan-usahawan yang terkenal di Malaysia sebelum mereka berjaya mencipta nama sebagai Usahawan yang berjaya di Malaysia. Tambahan pula pada hari ini kerajaan akan membantu bakal usahawan di dalam memberi khidmat nasihat dan juga modal. Program Bahagian Latihan & Bimbingan Usahawan bertujuan untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pengurusan usahawan Bumiputera melalui latihan keusahawan, bimbingan, khidmat nasihat, bantuan dan galakan supaya mereka menjadi usahawan tulen yang berkualiti dan berupaya mengurus projek-projek perdagangan dan perindustrian kecil dan sederhana yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Antara pelaksanaan yang dijalankan adalah dengan Mengadakan kemudahan latihan dan kursus keusahawanan atau perniagaan secara teori dan amali untuk membimbing dan membantu usahawan yang berminat dan berpotensi untuk menceburi bidang perdagangan dan perusahaan dan memberi khidmat nasihat dan menyediakan pakar runding bagi mempertingkatkan produk Bumiputera dalam aspek pengeluaran, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran.Sebagai kesimpulan, kita perlulah menjadikan usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia sebagai mentor atau pembakar semangat sebelum kita memulakan langkah sebagai usahawan.


sumber:usahawan.com
Majlis Bicara Ilmu -Rahsia Bisnes Orang Cina
Oleh : Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Orang Melayu sering memberi tanggapan negatif kepada Orang Cina dengan menyatakan bahawa kaum tersebut suka mengambil kesempatan dan kuat menipu sehingga mereka boleh berjaya dalam perniagaan. Persepsi sebegini perlu disingkir dalam mentaliti Orang Melayu kerana mereka harus sedar bahawa usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh adalah formula utama untuk berjaya dalam perniagaan sebagaimana yang diamalkan oleh Orang Cina”.

“Sifat benci, dengki dan dendam dalam menjalankan perniagaan tidak seharusnya ada dalam diri Orang Melayu, lebih-lebih lagi taksub kepada kepercayaan dan amalan khurafat yang masih membelenggu cara hidup mereka sehingga boleh membawa kepada kemunduran”.

Demikian antara kupasan inti pati yang disampaikan oleh penulis terkenal, Encik Ann Wan Seng ketika dijemput berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai buku tulisannya iaitu “Rahsia Bisnes Orang Cina” pada Majlis Bicara Ilmu – Rahsia Bisnes Orang Cina yang berlangsung di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada 18 Mac lalu. Ini merupakan satu lagi pendekatan baru yang diperkenalkan dalam usaha ANGKASA membimbing dan menyampaikan maklumat kepada koperasi ke arah pembangunan gerakan koperasi yang berdaya saing.

Menurut beliau, kejayaan Orang Cina dalam perniagaan berpaksikan kepada usaha gigih mereka hasil susah payah serta keperitan yang dialami nenek moyang mereka terdahulu ketika berhijrah ke Tanah Melayu sehinggalah berjaya membina empayar tersendiri seterusnya menguasai ekonomi. Justeru, penglibatan Orang Cina dalam perniagaan tidak dapat dipisahkan malah sudah sinonim dengan kehidupan mereka yang kebiasaannya berjaya dan dapat kekal bertahan secara turun-temurun.

“Hasil titik peluh mereka ini seharusnya dipelajari oleh Orang Melayu dan mereka perlu sedar yang Orang Cina memiliki jiwa merantau yang kuat sedangkan Orang Melayu sering meletakkan diri mereka di dalam zon selesa.

“Di sini, saya ingin memetik sebahagian tulisan saya dalam buku ini iaitu “Jika mahu lebih berjaya daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bekerja dengan lebih kuat dan rajin,” yang merujuk kepada Orang Cina yang lebih dikenali sebagai golongan yang kuat bekerja walaupun sudah berjaya, tidak mudah putus asa dan kecewa dengan kegagalan, rajin dan bersungguh-sungguh mengusahakan sesuatu sehingga berjaya,” katanya yang sudah menerbitkan sejumlah 30 buah buku termasuk Rahsia Bisnes Orang Jepun, Rahsia Bisnes Orang Korea, Rahsia Bisnes Negara China, Chinese Customs and Taboos, Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia dan Respons Intelektual Muslim : Isu Semasa.

Menurut penulis kelahiran Selangor yang memeluk Islam pada akhir 1996 itu, Orang Cina melihat perniagaan sebagai sesuatu yang luas perspektif-nya dan ia tidak terbatas bagi mereka kerana mereka beranggapan perniagaan boleh mengeluarkan mereka daripada senario kemiskinan dan kesusahan, menjadikan mereka berdikari, tidak bergantung kepada orang lain seterusnya meningkatkan taraf hidup sosial.

Majlis Bicara Ilmu berkenaan yang dikendalikan oleh Pengurus Pelajaran, Haji Md. Ali Ahmad, bertindak sebagai moderator majlis turut menampilkan pengamal perniagaan, juga merupa- kan Pengusaha Perniagaan, Ustaz Muhammad Azmi Lim Abdullah untuk sama-sama berkongsi pengalaman-nya dalam menjalankan perniagaan.

Ustaz Muhammad Azmi Lim memberitahu, mereka yang berjaya dalam lapangan kehidupan adalah individu yang berjaya dalam cara hidup mereka. Pada pendapatnya, semua individu boleh mencapai kejayaan cemerlang dengan syarat mereka bijak menggunakan pendekatan khusus untuk menuju ke jalan berkenaan.

Kira-kira 100 jemputan memenuhi dewan hotel berkenaan yang turut menerima kehadiran dif-dif kehormat ANGKASA dan beberapa agensi lain termasuk wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM), koperator-koperator serta Pegawai Pelajaran ANGKASA.

Hadir sama ialah Yang Dipertua ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar, Timbalan Yang Dipertua ANGKASA, Prof. Dr. Haji Mohd. Ali Haji Baharum serta Naib Yang Dipertua ANGKASA, Hajah Armi Haji Zainudin.

Dalam ucapan perasmian, Dato’ Haji Abdul Rahim berkata, program majlis ilmu sebegini amat dialu-alukan kerana ia boleh menarik minat mem-baca di kalangan koperator-koperator sekali gus merangsang minda mereka untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

Malah katanya, pemilihan tajuk buku berjudul “Rahsia Bisnes Orang Cina” adalah paling tepat dan bersesuaian kerana ia mampu membuka minda para koperator mengenai ilmu keusahawanan dan aktiviti ekonomi di samping mempelajari rahsia di sebalik kejayaan masyarakat Cina menjalankan perniagaan mereka hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Di dalam ucapannya, beliau membawa hadirin mengimbau kembali kepentingan ilmu pengetahuan melalui kalimah keramat pertama yang diperintahkan oleh Jibril A.S kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. iaitu kalimah Iqra’.

“Kalimah Iqra’ ini secara jelas memberitahu kepada kita bahawa Islam sejak awal lagi menekankan kepada kepentingan menuntut ilmu secara berterusan, lebih-lebih lagi dengan ledakan informasi dan jaringan maklumat yang meluas pada era milenium ini.

“Kita tidak sepatutnya ketinggalan dalam mengejar ilmu yang bermanfaat ini dan walaupun begitu dalam masa yang sama harus juga berwaspada dalam mencari ilmu, dan tidak ghairah atau mabuk untuk mendapatkannya sehingga mengetepikan bidang-bidang lain yang sepatutnya diberi perhatian sama rata.

“Berdasarkan statistik yang pernah dikeluarkan, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia hanya membaca empat buah buku setahun manakala purata rakyat Malaysia secara keseluruhannya membaca adalah sebanyak dua buah buku setahun sahaja. Dan apa yang menyedihkan ialah buku-buku tersebut yang dibaca itu membabitkan komik dan majalah dan bukannya buku ilmiah,” katanya.

sumber: Majalah Nasional ANGKASA
Majlis Bicara Ilmu - Rahsia Bisnes Mamak
oleh : Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Restoran Mamak begitu sinonim di kalangan masyarakat umum khususnya di Malaysia dalam perkembangan perniagaan semasa. Malah, dewasa kini, perniagaan tersebut semakin diterima ramai kerana diakui memiliki banyak keistimewaan tertentu sehingga memiliki rahsia kejayaan tersendiri.

Antara pelopor kejayaan per-niagaan berasaskan makanan pada masa kini termasuklah Bisnes Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera dan Kumpulan Barkath di samping perniagaan barangan kemas iaitu Habib Jewel yang terdiri daripada pengasas golongan Mamak.

Bertitik tolak daripada perkembangan perniagaan yang diusahakan golongan Mamak ini, Muhammad Faisal Sharbudin dan Zamri Muhammad mengambil keputusan untuk membukukan rahsia kejayaan bisnes Mamak di dalam sebuah buku yang yang diberi tajuk “Rahsia Bisnes Mamak”.

Melihat kepada keistimewaan dan inti pati yang terkandung di dalam buku berkenaan, ANGKASA mengambil inisiatif mengadakan satu Majlis Bicara Ilmu yang mengetengahkan penerbitan buku ini dan ianya dihadiri oleh kakitangan ANGKASA Baha- gian Pelajaran, Penerangan, Pener-bitan dan Perkhidmatan (B4P) pada 16 Disember lalu.

Majlis yang dikendalikan oleh Moderator, Naib Yang Dipertua ANGKASA, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan itu turut menampilkan kedua-dua penulis buku berkenaan untuk berkongsi pengalaman mengenai Rahsia Bisnes Mamak.

Menurut kedua-dua penulis berkenaan, buku yang dihasilkan itu membongkar kejayaan perniagaan ter-sebut terutama berkaitan memilih dan membuka perniagaan yang berpengaruh dan bertahan lama, menggandakan keuntungan perniagaan di lokasi berbeza, memilih pekerja dan rakan kongsi yang menguntungkan per-niagaan, cara memikat pelanggan serta meningkatkan pengaruh perniagaan sama ada bisnes restoran, runcit dan perkhidmatan.

Menurut Muhamad Faisal yang datang dari keluarga peniaga India serta aktif dalam pelbagai jenis perniagaan berasaskan makanan ini lebih mementingkan khidmat pe-langgan serta mengambil pekerja yang berdedikasi di samping patuh kepada arahan majikan.

“Majikan sentiasa memberi perhatian terhadap kos operasi bagi mengeratkan hubungan dengan pekerja-pekerja seperti penyediaan kemudahan tempat tinggal dan pemakaian pakaian seragam.

“Pembudayaan yang kami amal-kan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengamalan bisnes Mamak yang membawa kepada kejayaan keuntungan yang diharapkan,” katanya.

Selain itu katanya, trend yang diamalkan di dalam pengamalan bisnes Mamak ini termasuklah mengetengahkan perkhidmatan kelas pertama dengan bayaran kelas ketiga yang membawa maksud pelanggan diberi layanan terbaik dengan kadar bayaran yang rendah dan berpatutan.

Sementara itu, penulis kedua yang merupakan bekas penyelidik bebas bagi konsultan perunding perniagaan kecil mendedahkan antara lain keistimewaan yang terdapat di dalam bisnes Mamak ini ialah komitmen para majikan terhadap agama melalui amalan-amalan murni dalam memastikan perniagaan dan pulangan perniagaan diberkati.

“Sebagai contoh, Restoran Mamak banyak memperdengarkan bacaan Al-Quran bagi mengharmonikan suasana kedai, menitikberatkan tatasusila murni dengan pelanggan dan bersedekah setiap kali mendapat pulangan yang lumayan dan menguntungkan kerana kami percaya amalan murni ini dituntut oleh agama selain meningkatkan keyakinan diri,” katanya.
SUMBER: majalah Nasional ANGKASA

BACALAH BUKU BISNES CARA MAMAK



Tajuk buku ini sahaja sudah menarik perhatian pembaca. Rahsia Bisnes Mamak. Penulis menggunakan perkataan Mamak bukan India Muslim. Mamak memang perkataan yang sering kita guna dan rasanya sudah jadi mesra dengan budaya setempat.

Buku ini menjadi istimewa kerana rasa saya ini adalah usaha ulung untuk berkongsi resepi perniagaan golongan India Muslim di negara kita. Saya memang sudah lama tertarik dengan perniagaan India Muslim yang mempunyai ciri-ciri perniagaan yang menarik. Keramahan tauke kedai misalnya, perlu dicontohi. Pesanan pelanggan yang biasa datang ke kedai, sudah dihadam dan diingati.

Penulis mengambil pendekatan menulis bab-bab pendek . Ada 63 bab pendek yang menyentuh berbagai aspek tentang bisnes mamak. Ada bab yang menarik perhatian saya, ada yang tidak. Ada yang benar-benar unik tentang bisnes mamak, ada juga rahsia perniagaan yang rasanya asas-asas perniagaan yang sudah diterima semua. Walau apa jenis perniagaan, asas-asasnya tetap sama, mesti ada strategi pemasaran, mesti ada 4P (Product, Price, Place, Promotion).

Penulis telah menulis tentang perniagaan India Muslim di dalam negara. Sangka saya hanya perniagaan restoran, kerana istilah kedai mamak selalunya dikaitkan dengan restoran India Muslim. Penulis telah mendedahkan perniagaan India Muslim dalam bidang-bidang lain seperti perniagaan runcit, emas dan sebagainya.

Saya tertarik dengan bab-bab awal, tenatng sejarah perkataan `mamak’ juag sejarah kedatangan India Muslim ke Tanah Melayu dan bagaimana mereka memulakan perniagaan. Buku ini menjadi lebih menarik kerana penulisnya sendiri dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga India Muslim yang menjalankan perniagaan. Banyak cerita dalam buku ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis menolong perniagaan milik keluarga.

Buku ini mungkin buku pertama tentang perniagaan India Muslim oleh penulis. Harapan saya penulis akan terus membuat kajian untuk memperbaiki dan memantapkan lagi kandungan buku ini dalam edisi berikutnya. Mungkin akan ada lagi buku-buku yang lain mengenai bisnes mamak dari penulisnya.
Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Berikan Ilmu Pengetahuan

Berikan ilmu pengetahuan

Bak kata orang tua – tua, jika hendak menolong seseorang itu, kita kenalah berikan mereka jala / pancing dan bukannya ikan. Jika diberikan ikan, mereka akan menghabisnya untuk hari ini sahaja. Esok mereka akan kembali lapar. Takkan selamanya mereka terpaksa mengharap kepada kita, betul tak? Jika diberi jala / pancing, mereka boleh mendapatkan ikan hasil usaha mereka sendiri.

Begitu juga dengan downline anda, berikan dia ilmu pengetahuan yang secukupnya. Ilmu ini boleh mereka perolehi melalui pertemuan dengan anda / upline anda, kursus / seminar atau secara langsung. Jika downline anda berada berhampiran dengan anda, nasihat mereka supaya hadir mesyuarat setiap minggu (Sekarang ini mesyuarat (conference) boleh diadakan secara online di internet). Tanpa mesyuarat, tentu agak sukar kita hendak mengembangkan perniagaan kita ke tahap yang lebih tinggi. Begitu juga dengan kursus yang dianjurkan oleh syarikat MLM anda (Sila rujuk buletin / schedule syarikat setiap bulan untuk mengetahui seminar yang di adakan (jika ada)). Cuba beri galakan kepada downline anda untuk mendapatkan ilmu asas melalui kursus yang dikendalikan oleh pihak syarikat. Selalunya, kursus ini diajar / dikelolakan oleh konsultan (perunding) yang bertauliah yang dilantik syarikat ataupun mereka – mereka yang sudah berjaya dan banyak pengalaman dalam perniagaan MLM ini.

Ilmu secara langsung pula boleh diperolehi oleh downline anda dengan memerhatikan gerak kerja harian anda. Dengan kata lain, anda perlu tunjuk ajar kepadanya tentang bagaimana anda menaja , menjual dan servicing. Dia akan belajar secara langsung dari anda dan memlalui pengalaman anda. Di waktu ini, downline anda diibaratkan seperti bayi yang perlu dibelai dan dimanja. Mereka belum lagi boleh berdikari sepenuhnya. Cuba ajari mereka langkah demi langkah dan tunjukkan cara – cara yang betul menjalankan perniagaan MLM. Jangan biarkan mereka terkapai – kapai tanpa arah. Inilah yang dinamakan proses duplikasi. Jika dahulu anda dibelai(dididik) oleh upline anda, kini telah tiba masanya bagi anda untuk membelai (mendidik) downline anda pula. Tetapi, dalam proses mendidik (belai) ini bukan semestinya anda melakukan (mengajar) semua perkara untuk downline dan biarkan downline anda goyang kaki pula. Mendidik ini sebenar bermaksud anda mengajar / memimpin downline anda tentang cara – cara serta teknik – teknik yang betul dalam menjalankan perniagaan MLM.

Ibarat memimpin seorang bayi untuk belajar berjalan. Ada masa anda perlu biarkan bayi itu cuba berjalan sendiri. Adakalanya dia akan terjatuh dan adakalanya kita perlu biarkan dia belajar (pengalaman) sendiri dan adakalanya kita perlu pimpin dia lagi. Tapi, dia tidak semestinya pandai berjalan pada hari pertama lagi. Mungkin dia memerlukan masa untuk mula berjalan. Otot kakinya memerlukan masa untuk kuat. Begitu juga dengan downline anda.
Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Service

Selepas menaja, ada lagi 80 peratus (80%) tugas dan tanggungjawab yang perlu anda lakukan. Ramai usahawan MLM, hanya tahu menaja, tetapi tidak tahu mendidik downline. Seperti di ibaratkan hanya tahu beranak, tetapi tidak tahu hendak jaga anak. Ingat, downline diibaratkan seperti ‘anak’ yang masih kecil dan perlukan bimbingan anda. Apabila tiada bimbingan, tiada kesinambungan dalam perniagaan MLM anda. Dengan kata lain, tiada duplikasi. Saya berikan 8 perkara yang perlu anda lakukan selepas menaja.

Service (Perkhidmatan)

Anda perlu memantau downline anda dengan memberikan motivasi sekali sekala kepada mereka. Sekali sekala perlu menghantar mesej melalui SMS, emel , Internet Messaging (YM, Skype dan sebagainya) dan sebagainya untuk bertanya khabar dan perkembangan bisnes mereka atau masalah yang dihadapi mereka. Apabila downline anda berasa mereka diberi perhatian, sudah pastinya akan timbul rasa hormat dan ‘kasih’ kepada anda. Sentuh (selami) perasaan dan hati (ketahui masalah) mereka. Perniagaan MLM ini sememangnya melibatkan 70 peratus (70%) perhubungan manusia dan 30 peratus (30%) lagi adalah penjualan / penggunaan produk. Jika mereka ada masalah, cuba fahami masalah mereka dan sebolehnya cuba selesaikan masalah dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

Pastikan anda sentiasa berhubung dengan downline anda. Pokok pangkalnya di sini yang utama ialah anda perlu ‘rapat’ dengan downline anda seperti ‘ibu dan anak’. Kejayaan anda banyak bergantung kepada keaktifan dan pergerakan barang yang digerakan oleh downline anda. Oleh itu, cuba berikan tumpuan kepada servicing melebihi penajaan. Nisbah antara aktiviti menaja dan servicing ialah 20 : 80 (20 kepada 80 / 1:4). 20 peratus adalah bagi penajaan ahli dan 80 peratus lagi merupakan servicing (perkhidmatan / tanggungjawab anda).
Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Didik downline menjadi great leader


Perniagaan anda tidak dapat berkembang dengan pesat apabila anda tidak melahirkan beberapa pemimpin yang bagus (Great Leader). Bagi melahirkan pemimpin yang bagus ini, anda perlu berkorban masa dan tenaga untuk mendidik dan memimpin mereka. Namun begitu, downline anda juga perlulah menjadi pengikut yang setia. Pemimpin yang bagus datangnya daripada pengikut yang setia.

Jangan jemu untuk mencari ilmu – ilmu yang baru seperti cara bagaimana untuk mengurus kumpulan MLM. Cuba dapatkan buku – buku fizikal mahupun elektronik (digital) sama ada dari dalam atau luar negeri, CD – ROM, ilmu menerusi internet, majalah atau ceramah – ceramah oleh mereka yang sudah berjaya dalam bidang MLM ini. Ilmu yang baik akan melahirkan pemimpin MLM yang hebat. Setiap perkara yang anda tahu, jangan lupa untuk berkongsi dengan downline – downline anda. Untuk berjaya, anda mesti memastikan downline anda berjaya terlebih dahulu. Apabila downline anda berjaya maka dengan sendirinya, anda juga akan berjaya. Ini adalah hukum kejayaan dalam perniagaan MLM. Kejayaan downline anda adalah kejayaan anda.

Tugas memimpin downline ini sama seperti tugas ibu mendidik anaknya sehingga mereka boleh berdikari. Apabila downline anda mampu memimpin, dia pula akan menjadi ‘ibu untuk mendidik anak – anaknya’. Inilah yang dinamakan proses duplikasi (peniruan). Meniru dalam MLM boleh membuatkan anda menjadi kaya. Anda juga perlu mendidik pengguna tentang bagaimana untuk menjadi pengguna barangan anda dengan baik. Setiap pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat tentang kebaikan produk yang anda jual secara optimum dan mendapat kepuasan maksimum untuk menggunakannya.

Cuba untuk cipta keperluan. Percayalah, bahawa walau sebanyak mana pun produk yang muncul, kepuasan dan kehendak manusia tidak pernah terbatas. Contohnya, kopi ginseng yang dahulunya dianggap terlalu mahal kerana harga segelas lebih kurang RM1.20 Tetapi, apabila wujudnya keperluan kepada produk tersebut, kopi ginseng diminati oleh rakyat Malaysia sehingga memaksa harganya berada di paras yang berpatutan dan sudah menembusi pasaran luar negara. Oleh itu, juallah apa sahaja, pasti akan wujudnya pembelinya. Apabila kita mencipta produk, maka terciptalah keperluan manusia.

Anda sebenarnya Bukan Menaja

Pada zahirnya, anda menaja prospek. Tetapi, secara falsafahnya anda bukannya menaja. Anda sebenarnya melakukan 10 perkara yang baik dan mulia. Perkara itu ialah :

Membuka peluang hidup sukses

Apabila anda menunjukan perniagaan MLM ini, anda sebenarnya memberikan peluang kepada prospek anda ke arah kehidupan yang lebih sukses. Kehidupan yang sukses ini yang akan menjadi idaman setiap manusia di muka bumi ini. Kehidupan sukses ini terbina apabila anda mengikuti gerak kerja dan kursus yang ditawarkan oleh syarikat. Kursus ini yang membentuk peribadi anda menjadi insan yang berjaya.

Menunjuk peluang meraih kebebasan kewangan

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM ini, anda sebenarnya menunjukan peluang kepada orang lain meraih kebebasan kewangan. Jika selama ini ramai yang mengeluh dan menderita kerana masalah kewangan, kini MLM merupakan jalan keluar dan penyelesaian masalah tersebut.


Menunjukan prospek pelan pemasaran

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM ini, anda sebenarnya menunjukan prospek anda pelan pemasaran yang sememangnya sudah lama diamalkan lebih 10 tahun dahulu oleh mana – mana syarikat MLM.

Berkongsi peluang mengubah kehidupan

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya berkongsi peluang untuk mengubah kehidupan yang pada mulanya prospek anda langsung tidak mengetahuinya.
Menawarkan kehidupan cerah di masa hadapan
Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya menawarkan kehidupan yang berjaya, maju dan bertuah pada masa hadapan.

Memberikan kehidupan yang bermakna

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya memberikan kepada prospek satu kehidupan yang bermakna. Jika dahulunya prospek anda hidup tanpa arah tujuan, kini dia ada arah yang hendak dicapainya.

Membuka minda prospek

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya membuka minda prospek anda untuk berjaya yang pada dahulunya tidak ada keyakinan langsung untuk berjaya.
Menunjukan impian yang boleh dicapai
Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya, menunjukkan mereka impian yang boleh dicapai dalam masa yang tidak lama.

Membina keyakinan dan kepercayaan

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya menolong prospek anda membina keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri yang selama ini belum pernah mereka rasakan.

Memberi hadiah kebebasan

Apabila anda memperkenalkan perniagaan MLM, anda sebenarnya memberikan prospek anda satu hadiah iaitu kebebasan yang dapat dimanfaatkan selama – lamanya melebihi nilainya daripada emas dan permata.