Friday, July 3, 2009

PERSEDIAAN SEBELUM DAN SEWAKTU MENEMUI PROSPEK


Ilmu Pengetahuan

Dapatkan ilmu sebanyak yang mungkin. Ini termasuk ilmu penajaan, rpoduk, pengurusan dan ceramah. Apabila anda sudah memiliki ilmu pengetahuan yang mencukupi, anda dapat menggunakan setiap pengetahuan yang dimiliki. Pendek kata, apabila anda menemui prospek nanti, setiap soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan baik. Bahkan, anda boleh memberikan maklumat tambahan dan ini pasti memberikan kepuasan kepada prospek.

Dalam MLM, ilmu tidak pernah kurang dan habis. Ilmu sentiasa tercipta dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Cuma, anda yang perlu mencari ilmu sepanjang masa. Jadikan mencari ilmu sepanjang hayat. Jika anda masih baru, sentiasa mengikut dan bersama upline. Duplikasi segala gerak kerja yang mereka lakukan. Perhatikan betul-betul dan praktikkan dengan segera.

Anda perlu cepat berdikari. Lebih cepat anda berdikari, lebih baik. Pelajari setiap pengalaman yang anda alami. Belajar daripada pengalaman merupakan ilmu yang tiada tolok bandingnya. Pelajari juga daripada pengalaman orang lain. Lebih – lebih lagi, mereka yang berjaya dalam MLM. Ingat! Ilmu boleh anda dapati daripada upline, mesyuarat, kursus, CD, buku dan pengalaman.



Persediaan Produk

Apabila anda hendak menaja, adakah berkesan dengan hanya menggunakan katalog semata – mata? Apabila anda hanya menggunakan katalog, ianya kurang berkesan. Zaman ini adalah zaman perlumbaan produk. Jadi, apabila anda hanya menggunakan katalog sewaktu hendak bertemu dengan prospek, tidak mustahil anda gagal.

Lain pula halnya dengan orang yang berpengalaman. Mereka tidak perlukan produk. Hanya kebolehan komunikasi, mereka boleh menaja prospek. Bagi mencapai hingga ke tahap ini, ia memerlukan masa yang panjang dan pengalaman.

Apabila anda masih baru, baik sediakan produk. Pastikan produk yang disediakan itu, mampu di beli oleh prospek. Hafal setiap fungsi produk. Cuba dapatkan testimoni atau bukti kelebihan produk. Supaya ia tampak lebih berkesan lagi, bawalah produk yang anda selalu gunakan. Cara ini lebih berkesan. Bercerita melalui pengalaman lebih memberikan kesan dan kejayaan.



Maklumat Prospek

Anda juga perlu tahu maklumat tentang prospek. Ini bagi mengelakkan perjumpaan anda dengan prospek secara membuta tuli. Apabila berjumpa dengan prospek yang kaya, takkan anda hendak menerangkan pendapatan lumayan yang bakal mereka dapat. Begitu juga apabila berjumpa dengan prospek wanita, takkan anda hendak terangkan tentang barangan kaum lelaki. Sikit-sikit tu bolehlah.

Apabila prospek tidak berduit, anda boleh memberikan peluang kepadanya menjadi pengedar baranan atau dengan kata lain, downline anda. Apabila maklumat yang anda dapat itu mencukupi, bersedialah untuk menemui prospek anda. Dapatkan juga maklumat prospek yang seterusnya. Misalnya, anda ke rumah A, apabila selesai berjumpa dengannya, lakukan satu lagi tugas iaitu minta daripadanya alamat serta nombor telefon rakan-rakan yang dikenalinya. Ajak dia pergi bersama anda.



Temujanji dengan prospek

Apabila anda mengumpulkan maklumat peribadi prospek, selepas itu, buat temu janji dengan prospek. Jangan beritahu dengan lengkap tujuan anda ingin bertemu dengannya. Apabila prospek tahu, pasti dia memberi banyak alasan yang konkrit supaya tidak bertemu dengan anda. Timbulkan suasana ingin tahu prospek dan dia tentu hendak bertemu dengan anda. Jangan mengajak bertemu tetapi berselindung seolah – olah ‘ada udang di sebalik batu’. Keikhlasan amat penting dan ianya lahir daripada riak wajah anda.

Anda juga boleh menelefon prospek dan buat temu janji. Jangan rasa takut untuk membuka mulut. Belajar daripada upline anda tentang cara – cara memulakan percakapan semasa bertemu dengan prospek. Berikut saya berikan 3 contoh untuk memulakan percakapan.

“Saya hendak bertemu dengan saudara kerana ada perkara penting yang hendak dibincangkan.”

“Saya ada satu rahsia yang penting dan ingin benar nak berkongsi dengan saudara.”

“Jika saudara hendak mengubah kualiti ekonomi anda, saya ada formulanya”

Sebenarnya, teknik memulakan percakapan semasa temu janji ada banyak cara dan fleksibel. Saya percaya, anda sudah tentu ada banyak idea yang lebih bernas dan berkualiti.


Menjual dan menaja prospek

Sesudah membuat temu janji, tibalah masa anda bertemu dengan pelanggan ataupun prospek anda. Saya menasihatkan supaya anda bertemu dengan prospek di tempat lain selain daripada rumahnya. Rumah prospek tidak sesuai kerana mungkin dia tiada daya tumpuan. Lagipun dia berkuasa di dalam rumahnya. Sebolehnya – bolehnya, buat pertemuan di pusat pengedaran, restoran ataupun taman.

Pastikan tempat pertemuan anda itu selesa. Waktu yang paling sesuai ialah hari cuti, hujung minggu, masa lapang dan masa rehat. Anda juga perlulah prihatin / peka dengan suasana waktu semasa.

Pakailah pakaian yang selesa, bersih dan tidak menjolok mata. Apabila anda memakai pakaian yang menjolok mata, silap – silap nanti kita nak taja prospek, dia jeling kita di tempat sensitif. Pakailah bau-bauan (perfume) yang selesa dengan suasana dan keadaan. Pastikan pakaian anda melambangkan peribadi yang baik dan mantap. Sewaktu bertemu, bersembang menurut apa sahaja topik yang diminati oleh pelanggan atau prospek. Cuba selitkan pokok persoalan anda bertemu dengannya.

Jangan berprasangka buruk terhadap prospek. Jangan membuat spekulasi yang bukan – bukan terhadap prospek. Berfikir secara positif. Intonasi suara juga perlu diberikan perhatian. Pastikan anda tidak terlalu menggunakan penerangan yang sukar difahami. Cuba guna pendekatan KIS & D. KIS & D ialah Keep In Simple and Duplicatable yang bermaksud “Terang dengan ringkas dan senang supaya dapat di tiru oleh downline”.

Mudahkan setiap penerangan anda. Sediakan pen dan kertas sewaktu anda membuat penerangan. Coretkan pada kertas. Prospek akan merenung kertas tersebut. Ini akan membuka minda prospek dan besar kemungkinan prospek akan berminat.

Jangan duduk berdepan dengan prospek. Sebaiknya duduk di sebelah prospek (kalau sama jantina la...) sewaktu membuat penerangan, banyakkan sentuhan di bahu prospek. Tetapi jika berlainan jantian, jangan cuba hendak sentuh – sentuh. Nahas nanti. Sentuhan ini sebenarnya bagi mengelakkan prospek mengelamun, merenung ke arah lain dan tidak memberikan tumpuan.

Buat penerangan dengan lembut, mesra dan senyuman menawan. Apabia bermuka masam, orang akan jadi boring dengan anda dan tidak ada seorang pun yang mahu jadi tajaan anda. Dengan kata lain, pastikan diri anda ceria dan mesra selalu.

No comments: