Friday, July 3, 2009

Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Didik downline menjadi great leader


Perniagaan anda tidak dapat berkembang dengan pesat apabila anda tidak melahirkan beberapa pemimpin yang bagus (Great Leader). Bagi melahirkan pemimpin yang bagus ini, anda perlu berkorban masa dan tenaga untuk mendidik dan memimpin mereka. Namun begitu, downline anda juga perlulah menjadi pengikut yang setia. Pemimpin yang bagus datangnya daripada pengikut yang setia.

Jangan jemu untuk mencari ilmu – ilmu yang baru seperti cara bagaimana untuk mengurus kumpulan MLM. Cuba dapatkan buku – buku fizikal mahupun elektronik (digital) sama ada dari dalam atau luar negeri, CD – ROM, ilmu menerusi internet, majalah atau ceramah – ceramah oleh mereka yang sudah berjaya dalam bidang MLM ini. Ilmu yang baik akan melahirkan pemimpin MLM yang hebat. Setiap perkara yang anda tahu, jangan lupa untuk berkongsi dengan downline – downline anda. Untuk berjaya, anda mesti memastikan downline anda berjaya terlebih dahulu. Apabila downline anda berjaya maka dengan sendirinya, anda juga akan berjaya. Ini adalah hukum kejayaan dalam perniagaan MLM. Kejayaan downline anda adalah kejayaan anda.

Tugas memimpin downline ini sama seperti tugas ibu mendidik anaknya sehingga mereka boleh berdikari. Apabila downline anda mampu memimpin, dia pula akan menjadi ‘ibu untuk mendidik anak – anaknya’. Inilah yang dinamakan proses duplikasi (peniruan). Meniru dalam MLM boleh membuatkan anda menjadi kaya. Anda juga perlu mendidik pengguna tentang bagaimana untuk menjadi pengguna barangan anda dengan baik. Setiap pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat tentang kebaikan produk yang anda jual secara optimum dan mendapat kepuasan maksimum untuk menggunakannya.

Cuba untuk cipta keperluan. Percayalah, bahawa walau sebanyak mana pun produk yang muncul, kepuasan dan kehendak manusia tidak pernah terbatas. Contohnya, kopi ginseng yang dahulunya dianggap terlalu mahal kerana harga segelas lebih kurang RM1.20 Tetapi, apabila wujudnya keperluan kepada produk tersebut, kopi ginseng diminati oleh rakyat Malaysia sehingga memaksa harganya berada di paras yang berpatutan dan sudah menembusi pasaran luar negara. Oleh itu, juallah apa sahaja, pasti akan wujudnya pembelinya. Apabila kita mencipta produk, maka terciptalah keperluan manusia.

No comments: