Friday, July 3, 2009

CIRI-CIRI BAKAL TAJAAN BERKUALITI


Semasa anda sedang menjalankan satu tugas yang agak penting dalam MLM ini iaitu menaja, pastikan anda melihat ciri – ciri penting bagi dijadikan sebagai panduan dalam menaja. Ciri – cirinya ialah :-



Suka bergaul dan bersosial

Pastikan bakal tajaan ini (bakal downline anda) adalah daripada jenis yang suka bergaul. MLM iaah perniagaan pergaulan. Produk syarikat dapat di ‘gerak’kan melalui pergaulan. Apabila tajaan anda jenis orang yang umpama kera sumbang, bagaimana perniagaan anda dapat berkembang? Bakal tajaan yang suka bergaul ini adalah umpama ikan bergerak. Iklan dari mulut ke mulut. Anda tidak semestinya perlu menaja ramai orang. Apa gunanya menaja ramai jika tidak berkualiti? Biar taja sedikit dahulu dan pastikan downline anda itu ber'kualiti'. Lama – kelamaan, akhirnya mnejadi ramai juga. Bakal tajaan yang suka bergaul ini, mempunyai banyak peluang dan kesempatan membina perniagaan mereka mengikut prinsip jaringan atau MLM.


Nama tidak buruk

Bakal tajaan anda perlu terdiri daripada orang yang tidak buruk namanya. Apabila anda taja orang yang ada rekod buruk dan bermasalah, nescaya anda akan gagal. Namun begitu, tidak semstinya orang yang pernah melakukan kesalahan itu rekodnya sentiasa buruk. Anda harus peka dengan perkara ini. Saya tidak maksudkan anda tidak boleh taja bekas banduan ataupun penagih dadah.

Rekod buruk masa silam dapat dibersihkan dengan memulakan hidup baru dan sikap baru. Rekod buruk yang saya maksudkan ini ialah rekod buruk semasa. Takkan anda hendak menaja penagih dadah ataupun penjenayah. Jika mereka adalah bekas penagih atau bekas penjenayah yang ingin berubah menjadi baik, itu tidak ada masalah. Anda boleh bagi mereka peluang.


Bermatlamat dalam hidup

Bakal tajaan seperti ini bakal memajukan diri sendiri dan anda. Mereka ini hidup bermatlamat dan berfikiran besar. Biasanya, orang yang bermatlamat dan berfikiran besar ini bertindak mengikut matlamat dan fikirannya. Anda hanya perlu membimbing mereka menuju kejayaan. Matlamat yang di bina bersama – sama diperkuatkan lagi oleh usaha yang berterusan dan bersungguh – sungguh.



Berminat belajar dan memajukan diri

Perniagaan MLM tidak memerlukan kepakaran dan pengalaman. Apa yang perlu ialah minta. Tidak perlu TAHU, yang perlu ialah MAHU. Apabila ada MAHU, maka TAHU akan datang dengan sendirinya.

Bakal tajaan atau prospek yang berminat belajar dan memajukan diri ini sudah pasti boleh meniti kejayaan. Untuk berjaya kita perlu belajar. Apabila ada kemahuan, di situ ada jalannya. Bakal tajaan anda yang gemar menimba ilmu akan menjadi pemimpin yang hebat pada masa hadapan.


Boleh Mengajar

Bagi menggerakkan produk, anda harus ajar downline. Namun geitu, tiada gunanya jika tiada duplikasi. Mereka pula perlu ajar downline mereka sendiri. Ini adalah proses yang berlaku dalam perniagaan MLM tulen. Bakal tajaan yang boleh mengajar, dapat menurunkan segala pengetahuan mereka kepada orang lain. Mereka juga ada sifat – sifat kepimpinan yang baik. Perniagaan MLM akan maju apabila adanya proses belajar dan proses mengajar.



Sukakan Pertandingan

Taja orang yang sukakan cabaran dan pertandingan. Biasanya, orang yang sukakan cabaran ini, memiliki daya tahan yang tinggi. Mereka dapat meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti kerja mereka dari masa ke masa. Pertandingan ini ada baiknya. Melalui pertandingan, mereka dapat berlumba – lumba secara positif bagi meningkatkan prestasi diri.



Kreatif

Manusia ini sungguh unik. Walaupun Tuhan menciptakan manusia dengan elbagai rupa paras, Tuhan juga memberi manusia otak yang cerdas dan kreatif (Creative Quotient). Apabila digabungkan, sudah pasti anda dan ahli kumpulan boleh melahirkan idea yang gila-hila dan hebat-hebat.

No comments: