Friday, July 3, 2009

Apakah yang perlu dilakukan selepas menaja? - Berikan Ilmu Pengetahuan

Berikan ilmu pengetahuan

Bak kata orang tua – tua, jika hendak menolong seseorang itu, kita kenalah berikan mereka jala / pancing dan bukannya ikan. Jika diberikan ikan, mereka akan menghabisnya untuk hari ini sahaja. Esok mereka akan kembali lapar. Takkan selamanya mereka terpaksa mengharap kepada kita, betul tak? Jika diberi jala / pancing, mereka boleh mendapatkan ikan hasil usaha mereka sendiri.

Begitu juga dengan downline anda, berikan dia ilmu pengetahuan yang secukupnya. Ilmu ini boleh mereka perolehi melalui pertemuan dengan anda / upline anda, kursus / seminar atau secara langsung. Jika downline anda berada berhampiran dengan anda, nasihat mereka supaya hadir mesyuarat setiap minggu (Sekarang ini mesyuarat (conference) boleh diadakan secara online di internet). Tanpa mesyuarat, tentu agak sukar kita hendak mengembangkan perniagaan kita ke tahap yang lebih tinggi. Begitu juga dengan kursus yang dianjurkan oleh syarikat MLM anda (Sila rujuk buletin / schedule syarikat setiap bulan untuk mengetahui seminar yang di adakan (jika ada)). Cuba beri galakan kepada downline anda untuk mendapatkan ilmu asas melalui kursus yang dikendalikan oleh pihak syarikat. Selalunya, kursus ini diajar / dikelolakan oleh konsultan (perunding) yang bertauliah yang dilantik syarikat ataupun mereka – mereka yang sudah berjaya dan banyak pengalaman dalam perniagaan MLM ini.

Ilmu secara langsung pula boleh diperolehi oleh downline anda dengan memerhatikan gerak kerja harian anda. Dengan kata lain, anda perlu tunjuk ajar kepadanya tentang bagaimana anda menaja , menjual dan servicing. Dia akan belajar secara langsung dari anda dan memlalui pengalaman anda. Di waktu ini, downline anda diibaratkan seperti bayi yang perlu dibelai dan dimanja. Mereka belum lagi boleh berdikari sepenuhnya. Cuba ajari mereka langkah demi langkah dan tunjukkan cara – cara yang betul menjalankan perniagaan MLM. Jangan biarkan mereka terkapai – kapai tanpa arah. Inilah yang dinamakan proses duplikasi. Jika dahulu anda dibelai(dididik) oleh upline anda, kini telah tiba masanya bagi anda untuk membelai (mendidik) downline anda pula. Tetapi, dalam proses mendidik (belai) ini bukan semestinya anda melakukan (mengajar) semua perkara untuk downline dan biarkan downline anda goyang kaki pula. Mendidik ini sebenar bermaksud anda mengajar / memimpin downline anda tentang cara – cara serta teknik – teknik yang betul dalam menjalankan perniagaan MLM.

Ibarat memimpin seorang bayi untuk belajar berjalan. Ada masa anda perlu biarkan bayi itu cuba berjalan sendiri. Adakalanya dia akan terjatuh dan adakalanya kita perlu biarkan dia belajar (pengalaman) sendiri dan adakalanya kita perlu pimpin dia lagi. Tapi, dia tidak semestinya pandai berjalan pada hari pertama lagi. Mungkin dia memerlukan masa untuk mula berjalan. Otot kakinya memerlukan masa untuk kuat. Begitu juga dengan downline anda.

No comments: