Saturday, July 11, 2009

10 tip tambah duit


Kenaikan harga barang keperluan harian dan juga keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan kini memaksa orang ramai berjimat cermat ketika berbelanja.

Ramai berusaha mencari kerja sampingan bagi menampung perbelanjaan yang makin meningkat.Bagaimanapun, Sahara Noon, Pengurus Pemasaran Avon Malaysia ingin berkongsi sepuluh idea berikut:

1-Menjadi wakil Avon: Dengan modal RM15 sahaja, Avon memberi peluang kepada anda untuk memulakan bisnes dan jadi bos sendiri. Anda boleh kerja dari rumah pada waktu yang fleksibel.

2-Menjadikan hobi anda sebagai kerja sampingan: Ubah suai tanaman bunga atau sayuran anda kepada jenis tanaman yang boleh dijual.

3-Memaksimum bakat menjahit atau membuat kuih: Mulakan bisnes and bertanya kepada saudara-mara dan kawan-kawan jika mereka ingin menempah baju atau membeli kuih dan kek anda.

4-Bakat muzik: Kalau anda pandai bermain peralatan muzik, anda boleh mengajar dengan kadar RM30 sejam.

5-Jika anda minat mengarang: Anda boleh jadi penulis sambilan atau penulis novel.

6-Jualan garaj: Jual barang- barang lama yang tidak digunakan lagi.

7-Tuisyen: Anda boleh memberi kelas tuisyen kepada pelajar sekolah berdekatan rumah anda.

8-Sewa bilik di rumah: Jika anda ada bilik yang tidak digunakan, apa salahnya disewakan?

9-Mendandan: Menawarkan perkhidmatan mendandan pengantin atau mereka gubahan hantaran perkahwinan.

10-Mengasuh: Menjaga anak-anak jiran atau sahabat-sahabat rapat

sumber: harian kosmo

Friday, July 3, 2009

CIRI-CIRI BAKAL TAJAAN BERKUALITI


Semasa anda sedang menjalankan satu tugas yang agak penting dalam MLM ini iaitu menaja, pastikan anda melihat ciri – ciri penting bagi dijadikan sebagai panduan dalam menaja. Ciri – cirinya ialah :-



Suka bergaul dan bersosial

Pastikan bakal tajaan ini (bakal downline anda) adalah daripada jenis yang suka bergaul. MLM iaah perniagaan pergaulan. Produk syarikat dapat di ‘gerak’kan melalui pergaulan. Apabila tajaan anda jenis orang yang umpama kera sumbang, bagaimana perniagaan anda dapat berkembang? Bakal tajaan yang suka bergaul ini adalah umpama ikan bergerak. Iklan dari mulut ke mulut. Anda tidak semestinya perlu menaja ramai orang. Apa gunanya menaja ramai jika tidak berkualiti? Biar taja sedikit dahulu dan pastikan downline anda itu ber'kualiti'. Lama – kelamaan, akhirnya mnejadi ramai juga. Bakal tajaan yang suka bergaul ini, mempunyai banyak peluang dan kesempatan membina perniagaan mereka mengikut prinsip jaringan atau MLM.


Nama tidak buruk

Bakal tajaan anda perlu terdiri daripada orang yang tidak buruk namanya. Apabila anda taja orang yang ada rekod buruk dan bermasalah, nescaya anda akan gagal. Namun begitu, tidak semstinya orang yang pernah melakukan kesalahan itu rekodnya sentiasa buruk. Anda harus peka dengan perkara ini. Saya tidak maksudkan anda tidak boleh taja bekas banduan ataupun penagih dadah.

Rekod buruk masa silam dapat dibersihkan dengan memulakan hidup baru dan sikap baru. Rekod buruk yang saya maksudkan ini ialah rekod buruk semasa. Takkan anda hendak menaja penagih dadah ataupun penjenayah. Jika mereka adalah bekas penagih atau bekas penjenayah yang ingin berubah menjadi baik, itu tidak ada masalah. Anda boleh bagi mereka peluang.


Bermatlamat dalam hidup

Bakal tajaan seperti ini bakal memajukan diri sendiri dan anda. Mereka ini hidup bermatlamat dan berfikiran besar. Biasanya, orang yang bermatlamat dan berfikiran besar ini bertindak mengikut matlamat dan fikirannya. Anda hanya perlu membimbing mereka menuju kejayaan. Matlamat yang di bina bersama – sama diperkuatkan lagi oleh usaha yang berterusan dan bersungguh – sungguh.



Berminat belajar dan memajukan diri

Perniagaan MLM tidak memerlukan kepakaran dan pengalaman. Apa yang perlu ialah minta. Tidak perlu TAHU, yang perlu ialah MAHU. Apabila ada MAHU, maka TAHU akan datang dengan sendirinya.

Bakal tajaan atau prospek yang berminat belajar dan memajukan diri ini sudah pasti boleh meniti kejayaan. Untuk berjaya kita perlu belajar. Apabila ada kemahuan, di situ ada jalannya. Bakal tajaan anda yang gemar menimba ilmu akan menjadi pemimpin yang hebat pada masa hadapan.


Boleh Mengajar

Bagi menggerakkan produk, anda harus ajar downline. Namun geitu, tiada gunanya jika tiada duplikasi. Mereka pula perlu ajar downline mereka sendiri. Ini adalah proses yang berlaku dalam perniagaan MLM tulen. Bakal tajaan yang boleh mengajar, dapat menurunkan segala pengetahuan mereka kepada orang lain. Mereka juga ada sifat – sifat kepimpinan yang baik. Perniagaan MLM akan maju apabila adanya proses belajar dan proses mengajar.



Sukakan Pertandingan

Taja orang yang sukakan cabaran dan pertandingan. Biasanya, orang yang sukakan cabaran ini, memiliki daya tahan yang tinggi. Mereka dapat meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti kerja mereka dari masa ke masa. Pertandingan ini ada baiknya. Melalui pertandingan, mereka dapat berlumba – lumba secara positif bagi meningkatkan prestasi diri.



Kreatif

Manusia ini sungguh unik. Walaupun Tuhan menciptakan manusia dengan elbagai rupa paras, Tuhan juga memberi manusia otak yang cerdas dan kreatif (Creative Quotient). Apabila digabungkan, sudah pasti anda dan ahli kumpulan boleh melahirkan idea yang gila-hila dan hebat-hebat.
PERLUKAH ANDA MENJADI SUPER SALESMAN


Ini adalah kekeliruan yang banyak berlaku kepada pengedar MLM. Mereka tidak tahu membezakan antara salesman dengan pengedar MLM. Salesman perlu menjual seberapa banyak barangan mereka. Melalui jualan inilah, baru mereka mendapat komisen. Tetapi, ini amat berbeza sekali dengan pengedar MLM. Dalam MLM, anda tidak perlu menjual produk dengan banyak. Anda hanya perlu membina rangkaian perniagaan (network) melalui penajaan. Anda hanya perlu jual antara RM100 hingga RM300 sahaja. Jadi, mampukah anda menjual sehingga RM30 ribu?

Dalam perniagaan MLM ini, anda mampu menjual melebihi RM30 ribu tetapi bukan dengan cara menjadi super salesman. Anda hanya perlu membina rangkaian dan rangkaian anda juga membina rangkaian dia sendiri. Jadi, jika ahli (downline) daam network anda sudah terlalu banyak, tidak mustahil jualan anda mampu memncecah lebih RM30 dalam masa sebulan (atau sehari).

Jadi, tugas anda ialah selain menjual produk, fokuskan juga tumpuan anda untuk membina rangkaian (network) yang mantap. Apabila anda bekerja seorang, anda perlu menjual sampai RM30 ribu untuk mendapat bonus yang tinggi. Tetapi, jika anda sudah membina rangkaian (network), anda tidak perlu bekerja keras. Bayangkan anda sudah menaja 5 orang (downline dan 5 orang tajaan anda juga menaja downline di bawah mereka sehingga ahli dalam network anda sahaja mencecah 3000 orang. Sekiranya setiap ahli dalam network anda membeli produk berharga RM10 untuk kegunaan sendiri atau dijual, network anda sudah membuat pembelian sebanyak RM30 ribu ringgit. Jadi, tidak mustahil bonus jualan anda dalam bulan itu akan meningkat banyaknya.
Fikir-fikirkanlah...
PERLUKAH ANDA MENAJA RAMAI DOWNLINES?

Untuk berjaya dalam perniagaan MLM, tidak semestinya anda perlu menaja ramai downline. Jika anda menaja 100 orang sekalipun, sedangkan anda tidak sempat memberikan servicing dan motivasi, lama – kelamaan, mereka akan berhenti menggunakan produk syarikat yang anda naungi. Dengan kata lain, biar downline yang anda taja hanya lebih kurang 5 orang sahaja, tetapi mereka berkualiti. Kejar kualiti daripada kuantiti. Apabila downline berkualiti, mereka bakal melahirkan downline yang baru dan sudah semestinya berkualiti. Ingat, network marketing ini adalah kerjasama antara rakan kongsi. Apabila setiap orang bekerjasama, hasilnya bertambah.


Setiap orang hanya perlu menaja sekurang – kurangnya 5 orang sahaja. Lihat pendapatan yang bakal anda dapat nanti. Lumayan bukan. Inilah contoh cara gerak kerja yang perlu anda laksanakan. Sebenarnya, ada banyak lagi cara yang boleh digunakan dan tidak semestinya duplikasi 5 orang. Saya cuma memberikan contoh dan anda boleh menggunakan daya kreativiti sendiri bagi membina kumpulan and
10 TABIAT JUTAWAN

Apa yang diperlukan untuk menjadi jutawan?

Tolak ke tepi pemenang loteri, menjadi kaya tiada kaitan dengan hanya bernasib baik. Cuba kita ikuti 10 tabiat seorang jutawan ciptaan sendiri ini.

1 Jutawan Adalah Seorang Yang Belanja Berhemat

Orang yang paling kaya yang saya kenali juga merupakan seorang yang suka berbelanja untuk barangan paling murah. Mereka membeli kereta terpakai. Mereka membawa bekal ke pejabat. Ia memerlukan wang untuk mendapatkan wang dan anda tidak akan mendapat wang yang diperlukan untuk melabur jika anda membelanjakannya.

2 Jutawan Berfikiran Besar

Sesetengah orang terkejut apabila mereka memperolehi sejuta pertama mereka. Lagipun, ia tidak datang dengan mudah. Tapi lama sebelum mencapai matlamat mereka, jutawan ini tahu mereka ingin mendapatkannya. Berbanding mensasarkan kenaikan tahunan 3% setahun, jutawan mengimpikan untuk bekerja sendiri. Berbanding berkhidmat untuk 100 pelanggan, jutawan mengawal 10,000 akaun.


3 Jutawan Mengambil Risiko Terkira

Sama ada ia melabur di dalam saham atau menyimpan di dalam saham amanah untuk memulakan bisnes, jutawan mengambil risiko terkira. Di dalam risiko ini, ganjarannya adalah jauh lebih besar berbanding kos kegagalan dan peluang untuk berjaya adalah cerah.

4 Jutawan Mencipta Jaringan

Tidak ramai orang yang mencapai potensi mereka berseorangan. Jutawan membina jaringan yang berkuasa yang mempunyai hubungan dengan semua lapisan masyarakat dalam kehidupan mereka. Para jutawan ini tahu bahawa majikan seterusnya, pelanggan atau rakan kongsi boleh datang dari mana-mana sahaja.

5 Jutawan Tidak Membayar Faedah, Mereka Memperolehinya

Para jutawan tahu kerosakan daripada hutang dan cuba mengelakkannya sama sekali. Sebaliknya, jutawan menyimpan, melabur dan malahan meminjam wang kepada orang lain untuk mendapatkan pendapatan daripada faedah.


6 Jutawan Fokus

Jutawan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencaai matlamat pada sebarang kos. Perbezaan di antara seorang yang berimpian dengan seorang pelaksana ialah bukannya jumlah idea yang mereka miliki, tetapi bagaimana seseorang itu memfokuskan usaha melaksanakan idea yang terbaik.


7 Jutawa Lakukan Apa Yang Diperlukan

Kisah kejayaan paling memberi isnspirasi di kalangan semua orang yang berjaya melibatkan pengorbanan yang bukan sedikit. Daripada tidur di dalam kereta menjalankan dua kerja kepada mengabaikan hubungan peribadi untuk mendapatkan pendidikan atau membina suatu bisnes, jutawan bukan sesuka hati dan sengaja menangguhkan kepuasan peribadi, para jutawan menanggung kesakitan pada awalnya.


8 Jutawan Mendidk Diri Sendiri

Tidak perlu sebarang institusi gah untuk menjadi seorang jutawan, tetapi ia perlukan keinginan untuk belajar. Tidak kisahlah bagaimana anda belajar- daripada seorang mentor, kelas malam, buku dan juga laman web –tetapi pembelajaran berterusan amat musthak untuk kejayaan jangka panjang.


9 Jutawan Memimpin

Tidak terperanjat pun., kualiti yang sama membolehkan orang biasa memperolehi berjuta menjadikan mereka pemimpin semula jadi. Ia kembali kepada keputusan untuk menjadi seorang jutawan pada asalnya. Suatu resolusi untuk mengorak langkah, membuka jalan berbanding mengikut jalan sedia ada.


10 Jutawan Seorang Pemurah

Jangan pula harapkan jiran anda yang kaya mencurah hadiah kepada anda. Biasanya mereka menderma untuk sebab yang lebih besar dan berfaedah. Ia bukan sahaja usaha giat untuk menambah sejuta lagi di dalam akaun organisasi tertentu: anda perlu membuat pilihan yang tepat badan kebajikan mana yang ingin disumbangkan.
TIP BISNES ORANG CINA

Orang Cina tidak mempunyai formula khusus yang digunakan dalam perniagaan. Mereka berniaga berpandukan pengalaman yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

Bagi orang Cina, sesuatu perniagaan yang dijalankan perlu praktikal dan tidak terlalu melecehkan. Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan jika boleh, perlu berusaha mempermudahkan sesuatu perkara. Untuk menjadi peniaga yang baik dan berjaya, terdapat beberapa tip niaga orang Cina yang dapat dijadikan panduan serta pedoman.

Tip itu cukup senang tetapi bukan mudah hendak dilaksanakan. Tanpa sebarang tindakan, tip itu tidak akan berguna dan memberikan apa-apa manfaat kepada peniaga.

1. Peniaga perlu menunjukkan kejujuran dan keikhlasan semasa melaksanakan urus niaga.

2. Peniaga perlu mewujudkan kepercayaan dan ikatan mesra dengan pelanggan tidak kira pelanggan yang besar ataupun kecil dan yang tetap ataupun pelanggan baru.

3. Peniaga perlu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.

4. Peniaga tidak boleh menurut perasaan dan kehendak sendiri.

5. Peniaga perlu sentiasa memaniskan muka dan kaya dengan senyuman.

6. Peniaga tidak boleh marah dan menengking pelanggan.

7. Peniaga perlu akur dengan permintaan dan keperluan pelanggan.

8. Peniaga bukan tauke kerana bos yang sebenar adalah pelanggan.

9. Peniaga tidak boleh sombong, angkuh dan bongkak.

10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.

11. Peniaga perlu bersedia memberikan perkhidmatan tambahan dan dalam konteks perniagaan runcit, menghantar barangan ke rumah pelanggan.

12. Peniaga tidak boleh ragu-ragu menjawab segala pertanyaan orang ramai.

13. Peniaga perlu menunjukkan beliau merupakan seorang yang serba tahu terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaannya.

14. Peniaga perlu mengambil berat hal ehwal masyarakat dan isu semasa.

15. Peniaga perlu mempunyai kepekaan yang tinggi dan rasa simpati yang
mendalam pada pelanggannya.

16. Peniaga perlu menjadikan para pelanggan sebagai sahabat, bukannya pembeli yang dating dan pergi.

17. Peniaga tidak perlu kedekut memberikan diskaun, pujian dan penghargaan kepada pelanggan.

18. Peniaga tidak boleh mengambil cuti kecuali kecemasan dan ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

19. Peniaga perlu bangun awal dan membuka perniagaannya secepat yang mungkin.

20. Peniaga perlu memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas serta jangan membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu.

21. Peniaga perlu mudah dibawa, dibicara dan berunding.

22. Peniaga tidak boleh bersikap prejudis pada pelanggan dan orang ramai.

23. Peniaga kena sentiasa berfikiran terbuka dan positif.

24. Peniaga tidak boleh cepat melatah dan terburu-buru.

25. Peniaga perlu menunjukkan kepada pelanggan yang dia sentiasa sibuk.

26. Peniaga tidak boleh tidur semasa menjalankan urus niaga.

27. Peniaga perlu berusaha menimbulkan keceriaan, bukan mencetuskan kebosanan.

28. Peniaga perlu memastikan premisnya penuh dengan barangan dan tidak membiarkan ada ruang kosong.

29. Peniaga perlu memberikan kebebasan kepada pelanggan bagi membuat pilihan.

30. Peniaga jangan sesekali campur tangan dan membuat keputusan bagi pihak pelanggan kecuali jika diminta.

31. Peniaga perlu membuatkan pelanggan merasakan kehadiran mereka dialu-alukan.

32. Peniaga tidak boleh berkata tidak kepada pelanggan.

33. Peniaga tidak boleh mewujudkan jurang dengan pelanggan apatah lagi menjadi kera sumbang.

34. Peniaga perlu berperanan sebagai peniaga, bukannya kaki umpat, kaki judi dan kaki arak.

35. Peniaga perlu belajar menggunakan wang dan meningkatkan kemahiran menabung.

36. Peniaga harus sentiasa menyediakan duit kecil untuk ditukar dengan para pelanggan.

37. Peniaga tidak boleh menunjuk-nunjuk kemewahannya di depan pelanggan kerana imej bukannya datang daripada perhiasan diri tetapi perkhidmatan yang diberi.

38. Peniaga jangan sesekali makan di depan pelanggan kerana dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan. Pelanggan tidak suka.

39. Peniaga perlu menampal notis apabila premisnya ditutup untuk sementara waktu.

40. Peniaga jangan mencari musuh kerana ia tidak baik bagi perniagaan.

41. Peniaga jangan terlalu suka dan kerap bercakap berkenaan keuntungan.

42. Peniaga perlu tahu membezakan keuntungan jangka pendek dengan keuntungan jangka panjang.

43. Peniaga tidak boleh terlalu yakin. Kena juga berwaspada dan berjaga-jaga.
.
44. Peniaga sebaik-baiknya tidak menjadikan premis perniagaan sebagai tempat tinggal untuk keluarga bertandang dan bersembang.
.
45. Peniaga perlu menyimpan lebihan dan stok jualan supaya tidak berlaku kekurangan.
.
46. Peniaga perlu tepati janji dan menjelaskan hutang.

47. Peniaga tidak akan rugi jika memberikan sedikit insentif kepada pelanggan dalam bentuk potongan harga, hadiah ataupun menambahkan berat barangan yang dibeli mereka.

48. Peniaga tidak boleh menipu kerana kepercayaan menjadi asas utama dalam perniagaan.

49. Peniaga tidak boleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kerugian dan kecelakaan. Semuanya perlu diterima dengan hati yang cekal.

50. Peniaga perlu mewujudkan situasi menang-menang anatara dirinya dengan para pelanggan.

Dengan itu, hubungan mereka akan berkekalan dan perniagaan akan dapat bertahan.

Dipetik daripada buku "Rahsia Bisnes Orang Cina" karya Ann Wan Seng.
MENCARI KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN

Dalam mana-mana masyarakat, majoriti jutawan dan hartawan terdiri daripada golongan peniaga atau lebih popular dipanggil ahli perniagaan. Ahli perniagaan menguasai kekayaaan dan ekonomi negara, menjadikan mereka berpengaruh dan dihormati dalam masyarakat.

Berniaga adalah usaha mencari rezeki menguntungkan. Sebab itu, Islam amat menggalakkan agar umatnya menjadi peniaga untuk merebut peluang keuntungan itu.

Semasa Nabi Muhammad SAW berada di Madinah, didapati banyak orang kaya terdiri daripada golongan peniaga. Bahkan aktiviti ekonomi di Madinah dikawal sepenuhnya golongan Yahudi yang menjadi peniaga.



Di negara kita, bangsa Cina menguasai ekonomi Negara disebabkan majoriti bangsa itu menjadi peniaga. Bangsa Melayu seharusnya mempelajari daripada bangsa Cina bagaimana hendak menjadi peniaga yang berjaya.

Menyedari betapa penting bidang perniagaan, Nabi Muhammad SAW banyak memberi panduan atau hukum mengenai urusan perniagaan. Terdapat kira-kira 500 hadis yang memperkatakan mengenai perniagaan yang sebahagian besarnya menjelaskan bagaimana perniagaan perlu dilakukan mengikut kehendak syariat.

Antara hadis berkaitan perniagaan paling kerap dibaca ialah mengenai keuntungan terlibat dalam bidang perniagaan. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Berniaga bukan sekadar menguntungkan

Sebenarnya galakan menyertai bidang perniagaan bukan sahaja bermatlamat mencari keuntungan, sebaliknya perniagaan adalah aktiviti penting yang perlu diutamakan dalam kehidupan seharian manusia.

Peniaga membantu orang ramai mendapat apa yang diperlukan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik. Ekonomi dan kesejahteraan rakyat bergantung kepada urusan perniagaan. Sebab itu, kegiatan perniagaan dibenarkan ketika musim haji, sedangkan kegiatan lain tidak dibenarkan.

Hal ini membuktikan betapa pentingnya perniagaan dilakukan dilakukan bila-bila masa. Sekiranya aktiviti perniagaan dihentikan, seluruh sistem kehidupan manusia dengan sendirinya terhenti.

Peraturan dalam perniagaan

Islam menetapkan peraturan dalam urusan perniagaan bagi menjamin urusan berkaitan dengannya berjalan dengan lancar. Antara perkara yang ditekankan dalam perniagaan adalah keuntungan diperoleh semua pihak yang terlibat.

Dengan kata lain, keuntungan bukan sahaja di pihak penjual tetapi juga pembeli dan pihak lain. Jika diketahui akan ada pihak yang akan menanggung kerugian akibat urusniaga itu, maka hendaklah tidak diteruskan.

Antara perkara penting dalam urusan perniagaan adalah kejujuran dalam semua peringkat urus niaga. Kejujuran amat penting bagi mengelak berlaku penindasan.

Sistem kapitalis diharamkan Islam

Islam menolak system yang membenarkan peniaga memperoleh keuntungan berlebihan yang nyata memberi keburukan kepada pengguna seperti diamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Spekulasi dan manipulasi berlaku dengan berleluasa dalam sistem ekonomi kapitalis yang sering kali menimbulkan keadaan tidak menentu dalam ekonomi.

Masalah harga petroleum dunia yang tidak stabil antara lain berpunca amalan spekulasi dan manipulasi yang diamalkan pembekal dan peniaga. Sikap tamak pihak yang terlibat dalam urus niaga petroleum itu memberi kesan ekonmomi yang besar kepada seluruh dunia.

Nilai kemanusiaan dan tolong menolong tidak dipentingkan dalam sistem ekonomi kapitalis. Masyarakat global berbangga dengan system kapitalis yang didakwa system terbaik yang membangunkan ekonomi mereka.

Sedangkan, system yang berteraskan nafsu itulah yang melahirkan masyarakat mementingkan kebendaan dan rosak akhlak.

Sistem sosialis penuhi matlamat

Sementara itu, system ekonomi sosialis menetapkan urusan perniagaan sebagai memenuhi matlamat kesamarataan dalam masyarakat. Semua urusan perniagaan berada dalam kawalan tangan pemerintah.

Dalam system sosialis, peniaga sekadar dianggap menjadi agen kepada pemerintah dalam menyediakan keperluan rakyat. Sistem ini diamalkan di negara yang mengamalkan fahaman komunis. Bagaimanapun, semakin banyak negara komunis mengamalkan pasaran terbuka berasaskan kapitalis.

Sebenarnya, urusan perniagaan bukan terhad membeli dan menjual barangan semata-mata. Bahkan, perniagaan juga meliputi penyediaan perkhidmatan, sewaan, pembuatan, pembinaan dan sebagainya.

Peniaga, pembeli saling memerlukan

Islam mebenarkan peniaga mendapat keuntungan atas perkhidmatan diberikan kepada pengguna. Peniaga memperuntukkan modal, kepakaran, fikiran, tenaga dan masa untuk tujuan itu. Berdasarkan perkhidmatan itu, peniaga berhak mendapat upah yang dipanggil untung.

Sesungguhnya antara pembeli dan peniaga saling memerlukan. Tiada peniaga tanpa pembeli dan tiada pembeli tanpa peniaga. Justeru, antara kedua-dua pihak perlu saling menghormati, menjaga hubungan baik dan memahami keperluan antara satu sama lain. Urus niaga perlu berjalan dalam suasana harmoni, selesa, selamat, berterusan dan memenuhi keperluan.

Sebaliknya, sikap rakus dan tamak, menyebabkan urus niaga dipenuhi dengan tipu daya dan penindasan.

Dalam hal ini bukan sahaja pengguna menjadi mangsa, bahkan peniaga sendiri terdedah kepada kerugian. Pengguna juga kadang kala bijak menipu peniaga.

Etika perniagaan

Etika utama yang patut diamalkan peniaga adalah jujur, amanah dan ikhlas. Peniaga sedemikian mendapat keuntungan daripada perniagaannya di dunia dan akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Peniaga yang jujur akan bersama-sama nabi, siddiqin dan golongan mati syahid.” (Hadis riwayat Hakim dan Tirmizi).

Sebaliknya, peniaga yang melanggar etika, menjalankan perniagaan terkeluar daripada landasan ditetapkan Islam.

Kepentingan untuk memberi kepuasan kepada pengguna tidak lagi menjadi matlamat. Apa yang dilakukan mendapat keuntungan secara batil dan dusta. Mereka mengejar keuntungan dunia, sedangkan di akhirat kelakk bakal berdepan pembalasan maha pedih.

Cahaya keimanan tertahan daripada menyinari hati peniaga yang menafikan amanaah dalam perniagaan. Itulah yang berlaku selagi manusia bersikap tamak dan menolak janji Allah.

Firman Allah bermaksud : “Mereka itulah membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaannya dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.”(Surah al-Baqarah, ayat 16)

Perniagaan ganti amalan riba

Perniagaan menggantikan amalan riba yang dijalankan berasarkan kepada penindasan dan mementingkan diri sendiri. Tetapi, perniagaan yang dijalankan dengan unsur penindasan dan penipun juga di sebahagian daripada perbuatan berbentuk riba.

Islam tidak mengiktiraf sebarang bentuk perniagaan yang tidak menepati etika ditetapkan syariat. Antara amalan yang menyebabkan urusan perniagaan menyerupai riba adalah peniaga menaikkan harga tidak munasabah sesuak hati.

Peniaga tidak beretika mengambil peluan mendapat keuntungan lebih tinggi dengan menindas pembeli. Pembeli yang terdesak memerlukan barangan atau perkhidmatan terpaksa membayar lebih biarpun mengetahui harga sepatutnya lebih rendah daripada itu.

Sikap pengguna yang sanggup bertolak ansur dalam perkara ini menyebabkan peniaga lebih mengambil kesempatan menindas pembeli. Kenaikan harga terlampau tinggi tanpa alasan munasabah menyalahi kontrak sosial atau hubungan baik antara peniaga dengan pembeli. Peniaga berasakan dirinya berkuasa penuh menentukan apa yang diingini.

Manipulasi harga

Dalam istilah perniagaan, sikap pengguna menaikkan harga sesuka hati atau memperdayakan tidak boleh dikawal. Peniaga dianggap permintaan meningkat disebabkan faktor tertentu.

Dalam system ekonomi kapitalis, keadaan tersebut dibenarkan, bahkan mesti direbut oleh setiap peniaga. Peniaga dianggap bijak jika berjaya mewujudkan manipulasdi harga yang memberi keuntungan lebih kepada mereka.

Konsep yang dipegang adalah peniaga bebas menentukan harga berdasarkan kepada penawaran dan permintaan. Pergerakan barangan juga tidak boleh dikawal. Peniaga dianggap bebas untuk membawa keluar dan memasarkan barang di mana yang disukai biarpun tindakan itu akan menyebabkan sesuatu kawasan mengalami kekurangan bekalan dan menyusahkan pengguna.

Konsep inilah yang ditekankan dalam amalan perniagaan era globalisasi dan liberalisasi. Pergerakan bebas barangan tanpa memikirkan kesan kepada pengeluar, peniaga lain dan pengguna dianggap kehebatan globalisasi.

SUMBER : Sinar Harian