Saturday, June 20, 2009

Jadilah Penarik Wang (Money Magnet)

Ada orang mengatakan DUIT bukanlah segala-nya di dunia ini, tetapi dalam hidup ini segala-galanya memerlukan DUIT.Duit dan kekayaan adalah amat berharga dalam kehidupan kita,tetapi yang paling penting adalah rasa gembira dan bersyukur diatas kedua nikmat ini. Menjadi seorang yang kaya adalah merupakan satu perkara baik, dan menjadi idaman setipa orang.Persoalannya adalah bagaimana kita melakukannya dan adakah kita gembira dan syukur dengan apa yang kita lakukan dalam mencapai kekayaan itu.

Kebanyakan orang berpendapat mencari duit adalah sesuatu yang susah, dan saya pun pada mulanya beranggapan sedemikian. Tetapi sebenarnya bila dalam mindset kita dah start dengan rasa ’susah’ ni, memanglah hasilnya akan jadi ’susah’ jugak. Jadi bagaimana untuk menjadi ‘money magnet’?

Akhirnya, daripada kajian dan perkongsian rahsia dengan mereka yang dah berjaya, ada beberapa terdapat rahsia hebat untuk menjadi money magnet..


1) Buanglah sikap atau kepercayaan yang telah membelenggu kita (limiting belief)

Tak semestinya perlu jadi lawyer, jurutera atau doktor baru boleh jadi kaya. Banyak contoh yang dapat kita lihat di sekeliling kita betapa mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi hingga ke menara gading telah berjaya dalam hidup mereka.Contoh terbaik adalah billionaire seperti Bill Gates, Dell dan Steve Jobs. Bukanlah maksudnya mengajar seseorang untuk meninggalkan ilmu tetapi untuk memberi kesedaran bahawa mencipta wang tidaklah susah seperti yang disangkakan.

Kadang-kadang, untuk mencapai cita-cita, kita perlu menentang arus dan sedar akan perkar-perkara yang mudah mematahkan semangat kita.. Tak payah tunggu orang lain bagi kebenaran untuk kita bertindak menyusuri jalan mendapatkan kejayaan yang kita ingini.

Yang penting binalah keberanian dalam diri kita dan teruskan dengan segala impian kita dan tahu apa yang kita mahukan. Sedar atau tidak, bila kita ada perasaan ghairah (passionate) dalam melakukan sesuatu, kita akan mula menarik wang dan kekayaan.

2)Jangan kedekut untuk melabur dalam program pembangunan diri kita.Berusahalah untuk menambah ilmu berkaitan kewangan, hubungan mesra dengan orang lain, dan lain-lain program pembangunan diri.
Seseorang yang ingin menjadi ‘money magnet’ perlu menguasai teknik untuk mengawal kewangan masing-masing. Seperti kata Jim Rohn, “Work harder on yourself than you do on your job”

3) Pintalah apa yang anda mahukan.Sekiranya anda mahu duit dan kesenangan hidup, jangan takut untuk memohon kepadaNya, berdoalah sebanyak mungkin kerana Allah itu Maha Mendengar…
Jangan rasa segan silu dan jangan rasa anda tidak mempunyai hak untuk meminta dariNya. Pilihan terletak di atas tangan anda.Kita boleh terus menerus berusahauntuk mendapatkan sumber kewangan atau berterusan memohon padaNya apa yang kita mahu.Jangan mudah berputus asa.Percayalah yang Dia Amat Mendengar dan kita perlu bersedia untuk menerima.

InsyaAllah petunjuk mungkin datang dariNYa dalam bentuk ilham atau apa yang kita sebut saat ‘ahha’ tapi yang menerimanya perlulah bersedia untuk bertindak dan berusaha untuk menjadikannya satu realiti.

Segalanya bergantung kepada Anda.

No comments: