Saturday, June 20, 2009

APA ITU MINDA JUTAWAN




Dalam kehidupan seharian,kita sering mendengar begitu ramai orang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, tetapi ia hanya tinggal impian semata-mata. Dari kajian didapati ,95% akan gagal dan 5% selalunya akan berada dihadapan dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjadikan impian mereka sebagai satu kenyataan.

Kita perlu bertanya, apa yang menyebabkan 95% ini gagal? Sebenarnya ramai diantara mereka ini gagal untuk mengambil tindakan.Ramai antara mereka hebat dalam membuat pelbagai perancangan, tetapi gagal untuk melaksanakan. Ramai orang mempunyai banyak idea yang bernas tetapi tak ramai yang betul-betul mencari jalan untuk menjadikan idea itu kepada satu raeliti. Dan tak kurang juga mereka yang berjuang untuk melaksanakan idea mereka tetapi dalam masa yang singkat jatuh tersungkur, keletihan, dan kecewa.


Kenapa pula biasanya hanya 1% yang betul-betul dapat menunjukkan kejayaan?


Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah mindset dan pegangan diri.

Diakhir-akhir ini, kalau kita perhatikan memang terdapat banyak peluang perniagaan disekeliling kita dan adalah mustahil untuk kita mengejar kesemuanya. Oleh itu, kita patut belajar bagaimana untuk fokus keatas satu-satu idea dan bukan semata-mata melompat dari satu idea kesatu idea yang lain. Sekiranya kita tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang kita ceburi, kita tak akan dapat memberikan perhatian yang cukup untuk mendapat pulangan yang sewajarnya keatas apa-apa yang kita mulakan.

Terdapat lima (5) punca utama kenapa perkaraini boleh berlaku:

Yang pertama adalah lambakan maklumat . Ramai diantara mereka, tidak tahu kat mana nak mulakan bisnes mereka. Terlalu ramai orang yang menjaja peluang mendapat duit. Betul tak? Sekiranya tidak berhati-hati, kita akan terjerumus dalam jerat-jerat wang mudah ni dan mungkin akan kehilangan wang yang tidak kurang hebat nilainya. Beri perhatian keapa siapa yang boleh dipercayai dan peluang perniagaan apakah yang patut disertai .

Prinsip kedua adalah mengambil tindakan. Bila ada peluang ambil tindakan segera dan rancanglah untuk melaksanakan pelan tersebut. Lakukan sesuatu yang boleh melonjakkna diri kita ke hadapan. Langkah pertama dalam mengambil tindakan adalah membuat pilihan - pilihan yang bijak. Apa yang perlu dibuat; percaya pada diri sendiri, buat keputusan dan teruskan usaha kita. Jangan berlengah-lengah kerana masa itu adalah emas.

Prinsip ketiga adalah mengenali personaliti diri sendiri. Ada dua jenis karakter yang biasa kita sering junpa: seseorang yang suka menjana idea demi idea, tetapi gagal untuk melaksanakannya dengan bijak, atau seseorang yang terlalu fokus tetapi menghadapi masalah untuk mendapat idea bernas yang patut diberi perhatian. Adalah amat bagus sekiranya kita dapat gabungkan kedua-dua ini, boleh mengeluarkan idea yang bernas dan dapat mencari jalan untuk fokus dan melaksanakannya.

Perlu diingat bahawa idea sahaja tidak berguna tanpa pelaksnaan.Idea tetap tinggal idea tanpa apa-apa tindakan. Lagi tepat kalau dikatakan kebolehan untuk mengurus dan melaksanakan idea asas adalah faktor utama yang menjadikan suatu bisness itu berjaya.

Faktor keempat adalah mengetahui kemahiran atau skill yang ada pada diri sendiri. Kemahiran ini mungkin boleh didapati daripada belajar dan juga dari pengalaman diri. Sekiranya kita dapati kemahiran yang diperlukan tidak ada atau tidak mencukupi, maka kita perlu bertindak untuk membuat sedikit pelaburan dalam meningkatkan keupayaan diri kita.

Prinsip terakhir adalah kepercayaan pada diri sendiri. Percaya pada potensi dan kebolehan diri sendiri adalah penting kerana bila berdepan dengan halangan, ada kemungkinan besar kita boleh mengatasinya. Jika tidak pun, kita akan belajar sesuatu daripada kegagalan itu dan dapat jadikan pengalaman sebagai satu pengajaran kepada kita.Sekali gagal bukan bermakna terus gagal.

No comments: