Friday, July 3, 2009

4 GOLONGAN MANUSIA



1. Golongan pertama, Orang yang GAGAL

Mereka adalah orang yang sentiasa mensia-siakan peluang yang diberikan, Mereka sedar akan peluang tersebut dan kehebatan peluang tersebut. Golongan ini pada hakikatnya tidak ada apa yang dilakukan samaada bekerja atau sebagainya. Selesa dengan kesenangan yang orang lain berikan. Semoga kita mohon kepada ALLAH semoga di jauhkan diri manusia yang begini.

2.Golongan kedua – Orang yang BIASA

Mereka adalah orang yang hanya melihat peluang yang hebat berlalu begitu sahaja. Kebiasaannya orang ini adalah orang yang bekerja. Mereke mudah berasa selesa dengan kehidupannya sekarang.. Dengan kata nama lain cukup-cukup makan.. Golongan ini adalah golongan yang paling ramai.

3.Golongan ketiga – Orang yang BERJAYA

Mereka adalah orang yang sentiasa mencari dan mencari peluang untuk memajukan diri sendiri. Tahu akan kekurangan yang dimiliki dam berusaha untuk merubah kehidupan dia dan keluarganya.

4.Golongan keempat – Orang yang HEBAT

Mereka adalah orang yang tidak mensia-siakan peluang, orang yang tidak membiarkan peluang berlalu begitu sahaja dan juga bukan orang yang mencari peluang TETAPI golongan ini adalah orang yang mewujudkan peluang. Bukan sahaja untuk diri sendiri TETAPI ianya turut memberi manfaat kepada orang yang berada di sekelilingnya. Insan sebegini memang sukar untuk ditemui.

KATA CERDIK PANDAI

“Orang yang bijak tidak meletakkan kesalahan atau keburukan pada orang lain, sebaliknya menyalahkan dirinya sendiri”

“Orang yang bijak berfikir menggunakan akal dan bukan menggunakan emosi”

“Orang yang bijak bertindak menggunakan perbuatan dan bukan menggunakan perkataan”

“Orang akan menghargai sesuatu itu apabila mereka kehilangannya”

“Biar besar impian daripada besar dengan KATA-KATA”

“Jangan lautan hendak di duga kalau kail pangjang sejengkal”

“Jangan meludah kelangit kalau taknak jatuh ke muka sendiri”

Apabila Pelanggan Berkata “TIDAK”


Apabila anda hendak menjual barangan kepada pelanggan, kemudian mereka mengatakan “TIDAK” untuk membeli. Apakah yang perlu anda lakukan? Adakah anda perlu mengeluh? Terasa dihina? Atau Marah? Saya berikan anda beberapa tip menghadapi pelanggan yang mengatakan TIDAK kepada anda.

Bersopan santun

Anda perlu bersopan santun apabila pelanggan menolak. Sama ada dia hendak membeli atau tidak, itu haknya. Sungguhpun dia menolak, ini sebenarnya peluang anda untuk berkawan dengannya dan mungkin di masa hadapan, dia akan membeli daripada anda ataupun ditaja oleh anda.

Belajar kelemahan-kelemahan diri anda dari masa ke semasa. Supaya lama-kelamaan nanti, anda akan mahir menjual dan menaja. Tumpukan kepada matlamat jangka panjang anda. Ini bagi mengelakkan kekecewaan anda dalam jangka masa pendek. Saya namakan ini sebagai kekecewaan bermusim. Dalam dunia perniagaan MLM, malah dalam apa jua bidang, perjalanan ke arah kejayaan dimulai oleh kegagalan sementara. Di bawah paparkan contoh kegagalan sementara:
1. Henry Ford (pengasas kereta FORD) menjadi bangkrap pada tahun pertama operasi industri keretanya. Ini disusuli pula kegagalan kedua dua tahun kemudiannya. Seterusnya, cubaan yang ketiga, baru beliau berjaya.
2. Syarikat penerbitan buku yang ternama menolak penerbitan buku Harry Potter. Mereka memandang rendah hasil tulisan J.K. Rowling ini (kerana salah satu sebab ialah beliau adalah wanita). Akhirnya kini, beliau menjadi jutawan hasil daripada penulisan siri buku Harry Potter.
3. Syarikat Coca Cola hanya berjaya menjual 400 botol sahaja dalam operasi mereka pada tahun yang pertama.
Pada pendapat saya, apabila anda berbual dengan penguasaha MLM yang mencapai taraf jutawan, anda pasti mendengar mereka bercerita tentang beratus-ratus kegagalan sementara yang mereka alami sebelum berjaya.

Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang berlainan bidang, anda dapat dengar cerita mereka yang sama tentang kegagalan sementara. Usaha yang konsisten sahaja yang dapat membawa anda ke arah kejayaan.

Apabila anda ‘jatuh’ lima kali, ‘naik’ (bangkit)lah kali yang kekeenam. Apabila anda jatuh 50 kali, naiklah untuk kali yang ke 51 dan begitulah.... jangan mudah patah semangat.Semuanya terletak di tangan anda. Berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya menjual produk anda. (Tetapi, jangan sampai anda menjual keimanan, prinsip hidup dan adab sopan anda).


Manfaatkan penolakan

Perkataan “TIDAK” ini boleh menjadi peluang kepada anda apabila anda pandai memanfaatkannya. Tanyakan kepada mereka sama ada anda boleh membantu mereka pada masa hadapan. Adakalanya prospek tidak mahu beli hari ini kerana tidak cukup wang. Mungkin di masa hadapan mereka hendak membelinya.

Jadualkan temu janji bagi anda menghantar produk pada masa hadapan. Minta daripada mereka bakal prospek yang lain. Catatkan nama dan minta mereka memperkenalkan bakal prospek yang lain kepada anda. Kaji setiap kelemahan anda dan betulkan segera.



Jangan lekas putus asa

Berputus asa adalah amalan yang kurang bijaksana. Apabila mereka menolak, anda tidak hilang apa-apa. Dengan kata lain, anda tidak tewas. Apabila mereka membeli, anda sudah menang. Sebenanrnya pelanggan atau prospek tidak menolak anda. Sebaliknya, mereka menolak tawaran dan produk anda.Mungkin mereka tidak memerlukan lagi produk anda itu, atau mereka tidak punya cukup wang untuk membelinya, atau produk tiu tidak sesuai dengan mereka. Fikirkan sesuatu yang positif.



Emosi positif

Sambut penolakan itu dengan emosi yang positif. Apabila anda bermuka masam dan bermuram durja, anda akan menyebabkan pelanggan yang lain tidak mahu membeli. Emosi anda yang tidak baik ni mampu dapat menjangkitkan kepada orang lain. Oleh itu, sambut penolakan dengan senyuman dan keikhlasan. Ucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi meluangkan masa dengan anda. Tumpukan perhatian kepada pelanggan yang lain. Satu menolak, seratus lagi menerima.

Pengajaran

Penolakan itu adalah pengajaran dan bukannya kegagalan. Kaji kesilapan anda dan kaji kemahuan pelanggan. Sediakan catatan dan catatkan. Sampai ketikanya nanti, anda bakal mendapat idea mengatasi dan menangani penolakan prospek. Gunakan kajian anda bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan anda dalam perniagaan MLM ini. Siasat punca dan kelemahan dari masa ke masa. Jangan lekas mengalah dan berputus asa.




Jangan jadi bodoh

Jangan jadi bodoh. Jangan buang masa. Apabila prospek tidak mahu, jangan buang masa memaksa ataupun menawarkan lagi kepadanya. Cari orang lain sebagai pengganti.
Rahsia orang yang berjaya ialah mereka tidak peduli perkataan ‘TIDAK’. Mereka cari orang lain sehingga ada yang berkata ‘YA’. Pupuklah tabiat ketekunan dan ketabahan ini.



Pasti ada jalan

Ada syarikat, adalah produk. Ada produk, adalah pembelinya. Jadi, apabila ada pembeli, tentu ada pengedarnya. Pasti ada jalan dan cara dalam setiap masalah. Jalan lekas berputus asa. Usaha, usaha, usaha dan usaha lagi sehingga anda mencapai KEJAYAAN.
Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 1

Berikut adalah beberapa alasan yang bakal anda terima

Tiada Masa

Tiada masa adalah alasan yang paling banyak digunakan oleh ramai prospek. Antara cara anda boleh menjawab alasan itu ialah :

“Dalam zaman ICT ini, kebanyakan orang tidak ada masa yang mencukupi. Namun begitu, tiada masa bukan alasan yang patut diberikan. Kita dibekalkan Tuhan 24 jam sehari. 8 jam untuk bekerja, 8 jam tidur dan 8 jam untuk berehat. Apa salahnya korbankan masa 8 jam rehat sekurang – kurangnya 2 jam sehari bagi menjalankan perniagaan MLM?”


Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 2

Sistem Piramid

Ada juga prospek yang menganggap MLM ini sama dengan sistem piramid iaitu mengkayakan orang atas dan orang bawah tidak boleh menandingi orang atas. Cara anda menolak sangkaan itu:

“MLM bukan sistem piramid. Jika sistem piramid, orang bawah atau downline tidak boleh memotong orang atas atau upline. Tidak mustahil jika anda baru sertai MLM tahun ini, anda sudah boleh memotong upline anda yang sudah lama menyertai MLM. Asalkan anda kuat berusaha, anda boleh memotong bonus upline.”



Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 3

Syarikat Cina
Sentimen bangsa banyak diutarakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Mereka cuba menghidupkan semangat kesukuan dan bangsa. Jadi, antara cara anda menolak sentimen ini ialah :

“Pernahkah anda melihat / mendengar hadis atau ayat Quran yang mengharamkan umat Islam ataupun Melayu berniaga dengan orang Cina ataupun bangsa lain? Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menjalankan perniagaan bersama – sama dengan bangsa Yahudi dan kafir Quraisy. Berniaga dengan bangsa lain dapat meningkatkan lagi kuasa membeli dan memperlajari ilmu mereka. Adakah anda boleh berniaga dengan pelanggan yang terhad? Maksudnya, hanya di kalangan pembeli bangsa Melayu sahaja?”



Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 4
Susah. Tidak kurang juga anda bakal bertemu dengan prospek yang berfikiran kecil. Mereka awal-awal lagi memberikan alasan susah melakukan perniagaan berasaskan MLM. Terangkan kepadanya :

“Anda tentu pernah melihat orang Cina makan nasi dengan menggunakan chopstik, kan? Cuba anda makan macam mereka. Boleh ataupun tidak? Susah bukan? Bandingkan dengan anak Cina yang baru berusia setahun, mereka juga belum mahir menggunakan chopstick. Tapi, jika dilakukan berkali – kali, akhirnya menjadi mudah. Begitu juga dengan MLM, apabila dilakukan berkali – kali akhirnya mudah.”



Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 5


Sudah berpuluh – puluh syarikat MLM yang disertai
Ini juga salah satu alasan yang diberikan oleh prospek. Mereka melalui pengalaman yang pahit sewaktu melakukan MLM. Terangkan kepadanya:

“Jika dikaji dan dibaca cerita sejarah insan yang agung, mereka sebelum menjadi juara atau berjaya dalam sesuatu bidang, sudah menempuh berbagai-bagai rintangan dan masalah. Mungkin syarikat lain bukan lagi rezeki anda, tetapi tidak mustahil syarikat saya menjadi rezeki anda. Siapa tahu.”



Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 6


Kaji dahulu
Prospek juga boleh menggunakan alasan hendak kaji dahulu. Alasan ini boleh jadi, prospek hendak menolak secara baik dengan menggunakan perkataan yang bersopan. Terangkan kepadanya :

“Dalam konsep kejayaan menjalankan perniagaan MLM, perkara yang perlu dibuat ialah dengan masuk dan terus buat sambil mengkaji. Jika hendak kaji dulu, orang lain dah kaya dan kita masih mengkaji. Jika sudah terbukti syarikat kami sudah kukuh dan berupaya bertahan lama, tidak perlu mengkaji dengan lebih mendalam. Mengkaji sambil buat MLM dapat memberikan anda kelebihan untuk maju.”


Saya tidak ada wang

Alasan ini juga banyak dikemukan oleh prospek. Terangkan kepadanya :

"Saya faham, mungkin anda tiada wang. Namun begitu, anda perlu pertimbangkan peluang ini untuk anda mempunyai wang. Modal perniagaan ini kecil sahaja iaitu RM300. Modal ini lebih kecil daripada anda memulakan perniagaan burger. Jika saya tawarkan anda sebuah kereta Mercedes bernilai RM200 ribu tetapi dengan syarat, anda perlu bayar pendahuluan RM 300, tentu anda dapat sediakan wang itu, kan?"


Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 8


Saya tidak berminat

Antara alasan yang paling banyak digunakan oleh ramai prospek. Cuba anda terangkan padanya :

"Saya dahulu pun tidak berminat dengan perniagaan MLM ini. Cubalah anda tanya pada sesiapapun yang telah berjaya dalam perniagaan MLM ini, pasti ramai anatara mereka akan berkata bahawa mereka memang tidak berminat dengan MLM ini tetapi mereka berminta dengan peluang pendapatan lumayan yang ditawarkan oleh perniagaan MLM ini"



Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 9

Saya tidak pandai menjual

Ada juga prospek yang salah sangka. Mereka menganggap MLM 100 peratus menjual. Terangkan kepadanya :

"Betul, saya pun tidak pandai menjual. Pada mulanya, saya sangkakan MLM ini menjual dari rumah ke rumah. Tetapi, sangkaan saya meleset. Sebenarnya kita tidak perlu menjual. Kita hanya cari pengguna dan berkongsi dengan mereka kebaikan jika mengguna produk syarikat kami."


Alasan yang Bakal Anda Terima - Alasan 10



Say tidak ramai kawan


Ini juga antara modal alasan yang paling banyak diberikan oleh prospek.
Cuba anda terangkan padanya:


"Saya dahulu pun tidak ramai kawan sewaktu menyertai perniagaan MLM ini. Tetapi, sebenarnya, perniagaan ini tidak memerlukan ramai kawan. Saya amat yakin sekurang-kurangnya anda mempunyai 6 orang kawan, saudara mara, jiran dan kenalan. Melalui merekalah, anda akan berpeluang mengenali rakan baru."

Prospek boleh memberi 1001 alasan dalam pelbagai cara. Terpulanglah kepada anda untuk memilih pendekatan yang manakah yang lebih sesuai untuk digunakan. MLM tidak menyekat kreativiti anda. Kretiviti sangat penting untuk berjaya.

Sunday, June 28, 2009

Ciri - ciri Orang berjaya dalam MLM

Berikut adalah ciri - ciri orang berjaya dalam perniagaan MLM.


1.Mempunyai sikap sabar

2.Perlu rajin.

3.Perlu peramah.

4.Mempunyai sikap sentiasa mahu belajar.

5.Sentiasa bersedia

6.Memiliki Imaginasi yang luar biasa

7.Bijak menganalisis Diri

8.Sanggup berkorban

9.Sentiasa ingin berkongsi

Kenapa Ramai Usahawan MLM Gagal?


Ramai rakyat Malaysia telah melibatkan diri dan Multi Level Marketing.Tak dinafikan ramai yang berjaya dan meraih puluhan ribu Ringgit Malaysia sebulan, dan jangan lupa ramai diantara mereka yang masih belum berjaya dalam bisnes ini.

Diucapkan syabas kepada mereka yang telah bekerja keras untuk mengubah nasib mereka.Sekurang-kurang sudah ada niat dan usaha untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.


Ramai di antara mereka yang telah menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk membina sebuah kumpulan MLM yang teguh, unggul dan dicemburui oleh rakan seperjuangan.Bagi mereka yang masih belum berjaya, usahawan-usahawan MLM ini bukannya malas.


Mereka ini sebenarnya sanggup melakukan apa sahaja untuk menolong dan menjadikan downline dan kumpulan mereka berjaya. Mereka tahu... kejayaan kumpulan mereka adalah kejayaan mereka juga.


Maka tidak hairanlah mereka akan...


menghabiskan banyak wang untuk membuat iklan di akhbar, kain rentang, brochure, kad nama dan sebagainya.


sanggup memandu beratus-ratus kilometer untuk menolong membuat pembentangan peluang perniagaan untuk downline mereka.


menghabiskan masa banyak masa di dalam mesyuarat penerangan produk, peluang perniagaan, dan semangat kepada downline mereka.


membeli bermacam-macam buku berkaitan MLM dan motivasi untuk memajukan diri mereka dan kumpulan mereka sendiri.


sentiasa mengambil berat tentang downline mereka sehingga perkara yang berkaitan peribadi pun mereka ambil tahu.

dan bermacam-macam lagi perkara yang mereka sanggup lakukan.

Hasilnya, ramai yang mendapati kumpulan MLM mereka tidak berkembang seperti yang impikan. Bisnes mereka tidak ke mana.Ianya amat memenatkan dan ada diantara mereka yang merasakan begitu hampa.

Apakah anda mengalami nasib yang serupa?

Dimana silapnya? Apakah berpunca dari anda? Dari Upline anda? Dari Downline anda? Atau pihak syarikat?

Usah salahkan diri anda... mari kita teliti dan perbetulkan mana yang tidak betul.Sama-sama kita muhasabah diri kita.Apa yang penting kita perlu sentiasa berfikiran positif dan terbuka untuk terus belajar dan belajar.Semoga sedikit sebanyak petua atau rahsia kejayaan MLM akan dipaparkan untuk tatapan anda semua.Segala apa yang dibincangkan di sini adalah berdasarkan kajian, pemerhatian dan pergaulan dengan mereka yang telah berjaya dalam bidang ini.


Diharapkan petua dan ilmu di dalam blog ini mampu memberikan nafas baru di dalam perniagaan MLM anda.Saya berdoa agar anda semua akan beroleh kejayaan satu masa nanti.InsyaAllah.

Sunday, June 21, 2009

PUM lahirkan usahawan muda

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

KOTA KINABALU 21 Jun - Sembilan daripada 10 punca rezeki adalah daripada perniagaan.

Begitulah maksud hadis nabi yang menunjukkan betapa pentingnya perniagaan yang mampu meningkatkan dan menguatkan lagi kekuatan ekonomi umat.

Menyedari hakikat pentingnya perniagaan terutama sekali ketika negara berhadapan krisis ekonomi, maka prinsip dan asas keusahawanan haruslah diterapkan kepada golongan muda yang merupakan generasi pelapis negara.

Sesuai dengan peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' maka kerajaan telah bertindak proaktif dengan memperkenalkan Program Usahawan Muda (PUM).

PUM merupakan satu pendekatan pembudayaan keusahawanan di peringkat pelajar sekolah menengah yang mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada mulanya PUM dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di mana pertama kalinya dilaksanakan pada 1989 di Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur.

PUM yang kini diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terus berkembang dengan menyaksikan penyertaan oleh lebih 560 buah sekolah di seluruh negara.

Setiausaha Penganjur Konvensyen PUM Sabah, Mohd. Hasrul Awang Tuah berkata, PUM dimulakan di negeri ini pada 1997 melibatkan 10 buah sekolah.

"Program ini terus dikembangkan di negeri ini dari semasa ke semasa dan sehingga kini ia melibatkan 45 buah sekolah di seluruh Sabah.

"Ia akan terus dikembangkan di mana setiap tahun sebanyak lima buah sekolah akan ditambah (menyertai PUM)," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, modus operandi program ini adalah berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran.

Jelasnya, pada mulanya pemilihan sekolah dibuat oleh sekretariat daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan Mara.

Katanya, setiap sekolah yang dipilih akan melantik 25 ahli dan dua orang guru pembimbing.

"Guru pembimbing akan menghadiri perjumpaan mingguan serta membimbing pelajar-pelajar yang menganggotai syarikat PUM, guru pembimbing juga akan membuat pemilihan peserta-peserta PUM dari kalangan pelajar sekolah.

"Dalam pemilihan pelajar, faktor-faktor yang diambil kira adalah minat pelajar, jurusan, tingkatan, dan prestasi akademik pelajar di mana pelajar tingkatan dua dan empat diberi keutamaan," katanya.

Beliau berkata, pelajar yang menyertai PUM perlu menubuhkan syarikat Sendirian Berhad seterusnya menyumbang saham sebagai modal syarikat.

Katanya, pelajar seterusnya akan melantik anggota pengurusan yang terdiri daripada pengurus besar, pengurus kewangan, pengurus pentadbiran, pengurus pengeluaran dan pengurus pemasaran yang juga dianggap ahli lembaga pengarah.

Jelasnya, operasi syarikat PUM dijalankan selama sembilan bulan di mana peserta didedahkan kepada tiga peringkat operasi, iaitu penubuhan, pengurusan dan pembubaran.

"Kursus ahli lembaga pengarah yang juga dikenali sebagai kursus pengurusan diberikan kepada ahli lembaga pengarah syarikat PUM bagi memberikan pendedahan bagaimana menubuhkan, menguruskan dan membubarkan sesebuah perniagaan Sendirian Berhad," katanya.

Mohd. Hasrul berkata, perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan sekolah itu meliputi sektor perkhidmatan, barangan, jualan makanan dan sebagainya termasuk penghasilan produk kreatif.

Tambahnya, Sedcovest iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) akan bertindak sebagai pendaftar syarikat dalam program ini.

Beliau memberitahu, pegawai penasihat bagi program ini pula terdiri daripada pegawai-pegawai PKEN dan anak-anak syarikat PKEN.

"Tugas utama pegawai-pegawai penasihat adalah untuk memastikan perjalanan syarikat PUM mengikut cara-cara perniagaan yang betul," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi menggalakkan penyertaan, setiap sekolah diperuntukkan sebanyak RM20,000 bagi membina kios perniagaan.

Katanya, pada masa ini sebanyak 41 buah sekolah di negeri ini telah siap membina kios perniagaan masing-masing.

Sementara itu katanya, acara kemuncak bagi program ini ialah Konvensyen PUM yang akan diadakan sekali setahun.

"Konvensyen ini adalah bagi memilih sekolah terbaik dan peserta terbaik bagi mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

"Ia juga bagi memberi anugerah dan pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang berjaya," ujarnya.

Sumber: Utusan malaysia