Sunday, June 28, 2009

Ciri - ciri Orang berjaya dalam MLM

Berikut adalah ciri - ciri orang berjaya dalam perniagaan MLM.


1.Mempunyai sikap sabar

2.Perlu rajin.

3.Perlu peramah.

4.Mempunyai sikap sentiasa mahu belajar.

5.Sentiasa bersedia

6.Memiliki Imaginasi yang luar biasa

7.Bijak menganalisis Diri

8.Sanggup berkorban

9.Sentiasa ingin berkongsi

Kenapa Ramai Usahawan MLM Gagal?


Ramai rakyat Malaysia telah melibatkan diri dan Multi Level Marketing.Tak dinafikan ramai yang berjaya dan meraih puluhan ribu Ringgit Malaysia sebulan, dan jangan lupa ramai diantara mereka yang masih belum berjaya dalam bisnes ini.

Diucapkan syabas kepada mereka yang telah bekerja keras untuk mengubah nasib mereka.Sekurang-kurang sudah ada niat dan usaha untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.


Ramai di antara mereka yang telah menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk membina sebuah kumpulan MLM yang teguh, unggul dan dicemburui oleh rakan seperjuangan.Bagi mereka yang masih belum berjaya, usahawan-usahawan MLM ini bukannya malas.


Mereka ini sebenarnya sanggup melakukan apa sahaja untuk menolong dan menjadikan downline dan kumpulan mereka berjaya. Mereka tahu... kejayaan kumpulan mereka adalah kejayaan mereka juga.


Maka tidak hairanlah mereka akan...


menghabiskan banyak wang untuk membuat iklan di akhbar, kain rentang, brochure, kad nama dan sebagainya.


sanggup memandu beratus-ratus kilometer untuk menolong membuat pembentangan peluang perniagaan untuk downline mereka.


menghabiskan masa banyak masa di dalam mesyuarat penerangan produk, peluang perniagaan, dan semangat kepada downline mereka.


membeli bermacam-macam buku berkaitan MLM dan motivasi untuk memajukan diri mereka dan kumpulan mereka sendiri.


sentiasa mengambil berat tentang downline mereka sehingga perkara yang berkaitan peribadi pun mereka ambil tahu.

dan bermacam-macam lagi perkara yang mereka sanggup lakukan.

Hasilnya, ramai yang mendapati kumpulan MLM mereka tidak berkembang seperti yang impikan. Bisnes mereka tidak ke mana.Ianya amat memenatkan dan ada diantara mereka yang merasakan begitu hampa.

Apakah anda mengalami nasib yang serupa?

Dimana silapnya? Apakah berpunca dari anda? Dari Upline anda? Dari Downline anda? Atau pihak syarikat?

Usah salahkan diri anda... mari kita teliti dan perbetulkan mana yang tidak betul.Sama-sama kita muhasabah diri kita.Apa yang penting kita perlu sentiasa berfikiran positif dan terbuka untuk terus belajar dan belajar.Semoga sedikit sebanyak petua atau rahsia kejayaan MLM akan dipaparkan untuk tatapan anda semua.Segala apa yang dibincangkan di sini adalah berdasarkan kajian, pemerhatian dan pergaulan dengan mereka yang telah berjaya dalam bidang ini.


Diharapkan petua dan ilmu di dalam blog ini mampu memberikan nafas baru di dalam perniagaan MLM anda.Saya berdoa agar anda semua akan beroleh kejayaan satu masa nanti.InsyaAllah.

Sunday, June 21, 2009

PUM lahirkan usahawan muda

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

KOTA KINABALU 21 Jun - Sembilan daripada 10 punca rezeki adalah daripada perniagaan.

Begitulah maksud hadis nabi yang menunjukkan betapa pentingnya perniagaan yang mampu meningkatkan dan menguatkan lagi kekuatan ekonomi umat.

Menyedari hakikat pentingnya perniagaan terutama sekali ketika negara berhadapan krisis ekonomi, maka prinsip dan asas keusahawanan haruslah diterapkan kepada golongan muda yang merupakan generasi pelapis negara.

Sesuai dengan peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' maka kerajaan telah bertindak proaktif dengan memperkenalkan Program Usahawan Muda (PUM).

PUM merupakan satu pendekatan pembudayaan keusahawanan di peringkat pelajar sekolah menengah yang mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada mulanya PUM dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di mana pertama kalinya dilaksanakan pada 1989 di Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur.

PUM yang kini diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terus berkembang dengan menyaksikan penyertaan oleh lebih 560 buah sekolah di seluruh negara.

Setiausaha Penganjur Konvensyen PUM Sabah, Mohd. Hasrul Awang Tuah berkata, PUM dimulakan di negeri ini pada 1997 melibatkan 10 buah sekolah.

"Program ini terus dikembangkan di negeri ini dari semasa ke semasa dan sehingga kini ia melibatkan 45 buah sekolah di seluruh Sabah.

"Ia akan terus dikembangkan di mana setiap tahun sebanyak lima buah sekolah akan ditambah (menyertai PUM)," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, modus operandi program ini adalah berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran.

Jelasnya, pada mulanya pemilihan sekolah dibuat oleh sekretariat daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN), Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan Mara.

Katanya, setiap sekolah yang dipilih akan melantik 25 ahli dan dua orang guru pembimbing.

"Guru pembimbing akan menghadiri perjumpaan mingguan serta membimbing pelajar-pelajar yang menganggotai syarikat PUM, guru pembimbing juga akan membuat pemilihan peserta-peserta PUM dari kalangan pelajar sekolah.

"Dalam pemilihan pelajar, faktor-faktor yang diambil kira adalah minat pelajar, jurusan, tingkatan, dan prestasi akademik pelajar di mana pelajar tingkatan dua dan empat diberi keutamaan," katanya.

Beliau berkata, pelajar yang menyertai PUM perlu menubuhkan syarikat Sendirian Berhad seterusnya menyumbang saham sebagai modal syarikat.

Katanya, pelajar seterusnya akan melantik anggota pengurusan yang terdiri daripada pengurus besar, pengurus kewangan, pengurus pentadbiran, pengurus pengeluaran dan pengurus pemasaran yang juga dianggap ahli lembaga pengarah.

Jelasnya, operasi syarikat PUM dijalankan selama sembilan bulan di mana peserta didedahkan kepada tiga peringkat operasi, iaitu penubuhan, pengurusan dan pembubaran.

"Kursus ahli lembaga pengarah yang juga dikenali sebagai kursus pengurusan diberikan kepada ahli lembaga pengarah syarikat PUM bagi memberikan pendedahan bagaimana menubuhkan, menguruskan dan membubarkan sesebuah perniagaan Sendirian Berhad," katanya.

Mohd. Hasrul berkata, perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan sekolah itu meliputi sektor perkhidmatan, barangan, jualan makanan dan sebagainya termasuk penghasilan produk kreatif.

Tambahnya, Sedcovest iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) akan bertindak sebagai pendaftar syarikat dalam program ini.

Beliau memberitahu, pegawai penasihat bagi program ini pula terdiri daripada pegawai-pegawai PKEN dan anak-anak syarikat PKEN.

"Tugas utama pegawai-pegawai penasihat adalah untuk memastikan perjalanan syarikat PUM mengikut cara-cara perniagaan yang betul," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi menggalakkan penyertaan, setiap sekolah diperuntukkan sebanyak RM20,000 bagi membina kios perniagaan.

Katanya, pada masa ini sebanyak 41 buah sekolah di negeri ini telah siap membina kios perniagaan masing-masing.

Sementara itu katanya, acara kemuncak bagi program ini ialah Konvensyen PUM yang akan diadakan sekali setahun.

"Konvensyen ini adalah bagi memilih sekolah terbaik dan peserta terbaik bagi mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

"Ia juga bagi memberi anugerah dan pengiktirafan kepada syarikat-syarikat yang berjaya," ujarnya.

Sumber: Utusan malaysia
Mendidik remaja pengurusan kewangan bijak

Oleh MOHD. FARID MD ALIAS

BARU-baru ini hangat diperkatakan berkenaan kezaliman para pemberi pinjaman persendirian dalam menuntut kembali pinjaman daripada peminjam mereka. Si pemungut pinjaman sanggup melakukan apa sahaja demi melaksanakan misi mereka hatta sehingga mengancam nyawa si peminjam.

Selain daripada usaha menyediakan alternatif lain untuk mendapatkan pinjaman, khasnya buat mereka yang tidak bepekerjaan tetap, kita juga perlu menyelami isu ini sehingga kepada akar puncanya.

Sekiranya selama ini kita memikirkan kenapa ramai meminjam daripada pihak berkenaan, mungkin kita boleh memfokuskan persoalan kepada mengapa ramai meminjam? Atau mengapa perlu meminjam?

Persoalan mengapa ramai meminjam itu mungkin boleh ditanggapi jawapannya dari sudut situasi sektor pekerjaan yang agak kurang menggalakkan sejak kebelakangan ini akibat kelembapan ekonomi global. Kesannya ramai pekerja diberhentikan disebabkan ada syarikat yang menutup atau menguncupkan operasi.

Kesan tersebut turut menimpa golongan peniaga yang bersandarkan jualan barangan atau perkhidmatan mereka kepada golongan pekerja. Hal ini seterusnya mengurangkan pendapatan golongan peniaga pula.

Walaubagaimanapun wang akan tetap diperlukan demi meneruskan kehidupan. Persoalan makanan, sewa rumah, hutang kenderaan, rawatan kesihatan semuanya memerlukan pembiayaan.

Maka dari mana hendak mendapatkan wang seberapa segera? Pinjaman peribadi daripada pihak bank? Masakan berhasil lulus andai status kewangan tidak stabil. Pinjaman daripada saudara mara atau rakan? Ia bergantung kepada bagaimana pula keadaan kewangan mereka. Tidak semua mempunyai kenalan yang agak mewah.

Oleh itu mahu atau tidak, akan ada yang merujuk kepada peminjam kewangan persendirian walaupun mengetahui risiko faedah yang tinggi serta ancaman keselamatan diri. Seterusnya, kisah-kisah sedih akibat kegagalan membayar pinjaman akan terus terpampang di dada-dada akhbar seperti yang kita maklum sebelum ini.

Bagaimana Penyelesaiannya?

Sebagai penyelesaian jangka pendek ini, penyediaan dana kewangan bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mungkin mampu membantu golongan tersebut. Namun dari segi pelaksanaannya, pemberian pinjaman tersebut harus mengambil kira faktor peribadi pemohon agar mereka yang benar-benar layak sahaja akan dipilih.

Keduanya, pihak kerajaan turut berusaha merancakkan kembali persekitaran ekonomi negara dengan pelbagai pakej rangsangan yang diumumkan. Kaedah sedemikian telah dilaksanakan oleh negara-negara lain dengan maksud tujuan yang sama.

Melalui usaha tersebut, juga diharapkan agar lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan dapat diwujudkan agar lebih ramai rakyat mempunyai pendapatan sendiri, justeru tidak perlu meminjam untuk menyara kehidupan.

Ketiga, perancangan kewangan yang bijak pada peringkat individu merupakan inisiatif terbaik dalam memastikan kelangsungan status kewangan diri.

Teladani Kisah Nabi Yusuf

Kisah Nabi Yusuf sebagaimana diceritakan dalam al-Quran dalam surah Yusuf ayat 43 hingga 49 ada memberikan panduan tentang bagaimana kita seharusnya mengurus rezeki kita.

Sebagaimana negeri Mesir yang menjadi subur dan mewah dalam tempoh tujuh tahun dan kemudiannya bertukar menjadi kemarau tujuh tahun berikutnya, maka di kala tujuh tahun yang mewah itulah menjadi tempoh waktu mengumpul bekalan buat menghadapi tujuh tahun yang kontang.

Bagi kita pula, ketika dikurniakan kemewahan, sewajarnya kita sentiasa beringat agar tidak boros serta membazir dengan kemewahan tersebut. Kemewahan yang ada mungkin sahaja akan menyusut atau hilang secara tiba-tiba.

Justeru, tugas kita adalah dengan berusaha menggunakan kemewahan yang dimiliki melalui panduan yang disyariatkan serta menyimpan sebahagiannya untuk hari depan.

Menyimpan, Mencarum Demi Hari Depan

Oleh sebab wang menjadi satu bentuk pertukaran yang piawai dan sebagai sandaran nilai sesuatu barangan, maka penyimpanan wang menjadi fokus pengurusan kemewahan pada zaman moden ini berbanding barang makanan atau sebagainya.

Kini terdapat pelbagai instrumen kewangan yang dapat membantu kita mengurus kewangan diri seperti takaful, khairat, wakaf ataupun skim simpanan. Melalui caruman takaful dengan syarat-syarat yang dipersetujui, kita mendapat jaminan bantuan kewangan serta dividen daripada pihak syarikat takaful seandainya menghadapi situasi tidak diduga.

Sebagai contoh, seandainya berlaku kemalangan kepada si pencarum, belanja rawatan perubatannya mungkin dapat ditanggung oleh syarikat takaful, malahan beliau mungkin mendapat pampasan atas kemalangan tersebut.

Hal ini dapat mengurangkan bebanan kewangan beliau atas sebab satu situasi yang tidak terduga hanya dengan sedikit caruman takaful berbanding jika beliau tidak mempunyai sebarang perlindungan takaful.

Juga untuk pelbagai matlamat kewangan yang lain, pelbagai agensi telah ditubuhkan oleh kerajaan dalam membantu rakyat menyimpan demi mencapai matlamat mereka. Umpamanya, Lembaga Tabung Haji memberikan khidmat penyimpanan wang agar umat Islam di negara ini dapat menyimpan wang untuk tujuan menunaikan haji.

Begitu juga dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang wajar disertai oleh para ibu bapa dalam usaha menyediakan dana sendiri untuk menyara kos pendidikan anak-anak di peringkat kolej atau universiti.

Hal ini seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan masyarakat terhadap pihak kerajaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan anak-anak, dan seterusnya membebaskan anak-anak daripada beban hutang pinjaman pendidikan sejurus mereka tamat pengajian kelak.

Pihak Bank Negara turut menubuhkan satu agensi khas dalam membantu rakyat merencana kewangan mereka yang dinamakan Agensi Kewangan dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Khidmat nasihat yang ditawarkan adalah percuma dan seharusnya dimanfaatkan oleh orang awam tidak sahaja ketika mengalami kesukaran tetapi juga bagi mereka yang mewah demi mencapai pengurusan kewangan yang lebih baik.

Sumber: Berita harian

Saturday, June 20, 2009

LAGI PETUA JADI KAYA

PETUA-PETUA JADI KAYA:

Daripada kajian dan petua-petua yang diberikan oleh mereka yang kaya, perkara-perkara di bawah patut diberi perhatian yang serius.

1. Ada simpanan yang tidak diusik.
Buka satu akaun bank. Tiap-tiap minggu, masukkan duit ke dalam akaun tersebut. Sedikit pun tak mengapa. Yang penting, JANGAN USIK DUIT ITU. Sebaiknya, masukkan duit menggunakan mesin Cash Deposit dan jangan periksa baki. Selepas beberapa tahun, duit tersebut akan banyak.

2. Berniaga & Berpersatuan
Berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW. Beza orang Melayu berniaga dan orang Cina berniaga ialah ramai Melayu berniaga secara individu sedangkan Cina aktif dengan persatuan. Orang Melayu saling jatuh-menjatuhkan dalam berniaga sedangkan orang Cina saling bantu-membantu. Lihat saja kedai handphone kat pasaraya, banyak tapi bantu-membantu. Sekarang, orang Melayu ramai miskin banding Cina. Kenapa? Enggan berniaga dan tidak bersabar..

3. Mesti minat
Kalau anda nak jadi kaya, anda mesti seronok dengan kerja yang anda buat. Bill Gates pernah kata, kalau tak jadi jutawan pun saya akan kerja buat software kerana saya enjoy dengan kerja ini. Tanam minat dan pastikan anda enjoy dengan kerja anda.

4. Mesti ada perancangan.
Orang Melayu selalunya rajin tapi malas nak pakai otak buat perancangan. Kalau nak jadi jutawan, mesti guna otak. Saya bagi contoh, kalau anda jual air kacang soya kat pasar malam dan perolehi RM1000 sebulan, sampai bila pun anda takkan jadi kaya. Tapi , kalau setiap 3 bulan anda buka gerai baru, dan upah pekerja untuk uruskan, ini lain cerita. Kalau anda kutip RM400 dan upah pekerja RM600, anda dapat RM400 sebulan tanpa kerja dari satu gerai. Kalau anda ada 10 gerai, anda boleh kutip RM4000 sebulan tanpa kerja.

Kena ada perancangan 3 bulan, perancangan setahun, target lepas 2 tahun dan seterusnya. Menjelang 3 tahun, perniagaan mesti boleh beroperasi tanpa anda. Kena start consider buka cawangan.

5. Anda mesti berjimat.
Ramai orang ada duit sikit bershopping sakan. Pergi shopping lah, pergi memancing kat luar negeri lah, beli kereta baru lah. Mana nak jadi kaya kalau macam tuh. Budayakan berjimat. Pastikan 10% gaji anda disimpan. 25% digunakan untuk beli rumah. 15% untuk dimasukkan semula (ditambah)dalam perniagaan. Baki terpulang pada anda.

6. Investment atau simpanan tetap.
Sila buat pelaburan/investment yang membawa untung 10% setahun. Kalau anda simpan RM10,000 dalam bank dengan fixed interest 10% setahun, setiap 7 tahun wang anda akan berganda. Maknanya, lepas 7 tahun, duit RM10,000 tu dah jadi RM20,000. Lepas 14 tahun, sekali ganda lagi, jadi RM40,000. Lepas 21 thn, RM80k. Lepas 28 thn, RM160k, Lepas 35 thn, RM160k. Lepas 42 thn, RM320,000. Lepas 49 tahun, dah jadi RM640,000.

Maknanya, kalau anda simpan dan tak usik duit RM10,000 dari satu akaun, anak anda dah confirm jadi jutawan! Tapi, biasalah, orang kita lebih selesa beli perabot baru dan macam-macam lagi. Lepas tu kecoh pasal orang Cina rata-rata jauh lagi kaya dan menguasai perniagaan.

7. Tukar kerjaya
Kalau kerja kilang atau kerja jaga tol tu, saya cadangkan tukar kerja je la. Sampai bila-bila pun susah nak jadi jutawan. Lebih baik berniaga pasar malam, kemahiran dapat, perniagaan pun boleh berkembang.

8. Bersedekah
Yang ini nak jelaskan pun susah. Cukuplah saya katakan dengan bersedekah, rezeki anda akan datang mencurah-curah insya-Allah. Kepada yang merokok tu bawa-bawa la berenti.

9. Mesti ada ILMU.
Kalau nak berniaga atau nak buat apa-apa pun , patikan anda jadi yang terbaik / 'the best' dalam bidang tu. Caranya, anda mesti belajar semua yang anda boleh pasal bidang tu. Sentiasa tambah ilmu dan belajar dari mereka yang berpengalaman.Anda boleh hadiri bengkel atau mana-mana kursus yang boleh meningkatkan keupayaan diri anda.Antara langkah-langkah lain yang yang boleh kita gunakan untuk menambah ilmu: melayari internet, membeli buku untuk dibaca, membaca akhbar setiap hari,melanggan majalah yang bermanfaat termasuk dari luar negara, bertukar fikiran atau brain-storming,menghadiri kuliah untuk mengambil sijil/diploma/diploma lanjutan/ijazah, lawatan sambil belajar.

RAHSIA JADI KAYA

Kerja keras, tidak sombong, nasib kunci jadi jutawan

SEBUT soal wang, siapa saja tidak tertunggu-tunggu jika diberi peluang menjadi lebih kaya. Mengapa tidak, kemakmuran dan kejayaan hidup selalu dikaitkan dengan kesenangan dan keselesaan yang diukur dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).

Faktor kesenangan dan keselesaan hidup inilah yang menjadi matlamat kebanyakan individu dalam meniti hari dan merancang kehidupan.

Namun, usah bermimpi di siang hari atau memasang angan-angan kosong. Kekayaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh. Jika disingkap cerita individu yang diiktiraf sebagai manusia paling kaya di dunia, sebahagian besar daripada tokoh ini menempuhi perjalanan hidup yang sukar.

Sepanjang survival hidup itulah mereka merasai 'jatuh dan bangun' serta menempuh pelbagai dugaan dalam mencapai kejayaan.

Dalam berangan-angan menjadi kaya, mungkin ramai antara kita tercari-cari modul yang boleh dicontohi bagi meraih gelaran jutawan. Jika ada panduan atau rujukan, sekurang-kurangnya strategi boleh direncanakan bagi merealisasikan impian.

Kisah kejayaan beberapa hartawan tempatan yang tersenarai sebagai antara 40 individu terkaya di Malaysia mungkin boleh anda jadikan inspirasi. Sikap yang diamalkan termasuk perkara yang mendorong mereka yang kebanyakannya lelaki layak dijadikan resepi mencipta kejayaan sama.

Antara yang dapat dikongsi ialah kisah di sebalik kejayaan hartawan yang menduduki tempat pertama, Tan Sri Robert Kuok atau 'Raja Gula' membina empayar.

Kuok disifatkan usahawan yang mempunyai falsafah perniagaan dan apa yang nyata, beliau sentiasa mahu belajar dan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.

Dalam temuramah bersama majalah antarabangsa baru-baru ini, Kuok mendedahkan satu-satunya cara untuk berjaya dalam perniagaan adalah dengan tidak bersikap sombong dan bersedia berkongsi dengan individu yang lebih bijak.

Tidak hairanlah, Kuok mengekalkan status tertinggi dalam senarai jutawan tempatan sejak tahun 2006 (senarai individu paling kaya di Malaysia oleh Forbes Asia). Hartawan ini mencatat nilai kekayaan AS$9 bilion (RM31.5 juta).

Manakala usahawan terkemuka yang terkenal dengan sikap dermawannya, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tangga kelapan tahun ini. Menurut Forbes, nilai kekayaan Syed Mokhtar berjumlah AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion).

Syed Mokhtar dilaporkan seorang yang sentiasa berusaha keras memperbaiki taraf hidupnya sejak dulu. Bermula dengan membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar tahun 1960-an, beliau beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Kemudian beliau berniaga beras secara kecil-kecilan.

Kini empayar perniagaan yang dibangunkannya merangkumi pelbagai bidang seperti pengangkutan dan logistik, operasi pelabuhan, perladangan dan hartanah.

Kejayaan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1429 ini membuktikan apa saja yang dicita-citakan mampu dicapai andai kita gigih bekerja, tawakal dan berdoa kepada Allah. Selain itu, kita harus memanfaatkan apa saja keistimewaan dan kebijaksanaan kurniaanNya serta tidak bergantung kepada nasib dan takdir semata-mata.

Sering mencari dan menyahut cabaran dalam kerjaya adalah antara 'rahsia kejayaan' seorang lagi tokoh korporat iaitu Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim. Beliau yang menduduki tangga ke 11 dalam senarai kali ini pernah dilaporkanberkata, cabaran mendorong seseorang berusaha lebih kuat.

Azman adalah individu yang optimistik, sentiasa berfikiran terbuka dan mencuba mendapatkan apa yang beliau idamkan.

Bagi yang ingin mengikut jejak langkah tokoh korporat dan hartawan membina empayar, sikap dan semangat mereka dalam membangunkan perniagaan serta membina kekayaan wajar menjadi panduan.

Selamat berusaha!

Tip jadi kaya.

1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.

Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.

Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.

2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.

Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.

3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul

Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.

4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan

Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.

5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.

Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya.

Legasi Jutawan Malaysia

# Bilangan hartawan Melayu dalam senarai `40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion).

# Nilai aset terkumpul itu bagaimanapun 28.88 peratus lebih rendah berbanding AS$3.65 bilion (RM12.84 bilion) tahun lalu dan hanya mewakili 7.15 peratus kekayaan terkumpul semua individu dalam senarai 40 orang paling kaya Malaysia itu yang berjumlah AS$36.41 bilion (RM127.74 bilion).

# Usahawan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim terus mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai orang Melayu paling kaya dan kedua paling kaya tahun ini.

# Turut mengekalkan kedudukan adalah Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir pada tempat ke-3 dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun tempat ke-4.

# Syed Mokhtar mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion), manakala Azman AS$470 juta (RM1.65 bilion).

# Walaupun kekayaan Syed Mokhtar dan Azman masing-masing susut daripada AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) dan AS$700 juta (RM2.46 bilion) tahun lalu, mereka mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dan ke-11 dalam senarai `40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.

# Mokhzani dan Kamarudin pula masing-masing memperbaiki kedudukan dari tempat ke-20 dan ke-21 tahun lalu kepada ke-16 dan ke-19 tahun ini.

# Peningkatan itu di sebalik penurunan nilai kekayaan masing-masing daripada AS$290 juta (RM1.02 bilion) kepada AS$215 juta (RM754.29 juta) dan AS$280 juta (RM982.34 juta) kepada AS$205 juta (RM719.21 juta) tahun ini.

# Tiga hartawan Melayu baru yang memasuki senarai tahun ini ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd, Tan Sri Rozali Ismail pada tangga ke-31; Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir di tangga ke-37 dan Ketua Eksekutif Ranhill Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad di tangga ke-38.

# Nilai aset ketiga-tiga individu itu masing-masing berjumlah AS$130 juta (RM456.08 juta), AS$100 juta (RM350.83 juta) dan AS$98 juta (RM343.82 juta).

Sumber : Berita Harian

Najib arah PBT keluarkan banyak lesen, jangan tekan peniaga kecil

TANJUNG KARANG 20 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan lebih banyak lesen kepada golongan peniaga kecil dan penjaja supaya perniagaan mereka terus berkembang maju dan pada masa sama tidak menekan golongan itu.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya PBT perlu memastikan para peniaga dan penjaja kecil terlibat termasuk yang sedia ada terus diberi pembelaan dan peluang perniagaan yang baik.

"Saya harap PBT jangan beri tekanan yang tidak patut kepada para peniaga dan penjaja atau menyebabkan amalan tidak sihat. Jangan sekat jalan, ini menyebabkan orang ramai susah hendak datang, saya tidak mahu perbuatan seperti ini.

"Bantulah mereka, bagi lesen secepat mungkin. Kita sebagai kakitangan kerajaan atau ahli politik patut memegang amanah yang diberi kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra dengan Gabungan Persatuan-Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Malaysia di Padang Astaka di sini hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Najib menegaskan, PBT juga perlu membantu golongan itu mencari lokasi strategik supaya perniagaan yang diusahakan mampu mendatangkan keuntungan seperti yang diharapkan.

Menurutnya, sehingga April lalu, sebanyak 69,250 telah dikeluarkan atau 227 lesen baru setiap hari.

Serentak itu, Perdana Menteri mengarahkan agensi terlibat seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Agrobank yang menyediakan pinjaman mikrokredit supaya mengeluarkan pinjaman sebanyak mungkin.

Beliau mengumumkan, kerajaan sedia memberi peruntukan tambahan kepada TEKUN supaya lebih banyak peniaga-peniaga yang memerlukan bantuan mendapat manfaat daripada kemudahan tersebut.

Dalam pada itu, Najib memberitahu, kerajaan memberi peruntukan RM500,000 kepada gabungan persatuan-persatuan tersebut tahun ini dalam usaha bagi memastikan pentadbiran peniaga dan penjaja dapat berjalan lancar.

Najib berharap hubungan baik antara kerajaan dan persatuan-persatuan peniaga kecil dan penjaja kekal baik setelah penubuhan gabungan itu diilhamkan pada 1970-an oleh arwah bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri ketika itu.

Beliau berkata, kemunculan peniaga kecil dan penjaja terus berkembang dan kini golongan itu begitu besar sehingga mewujudkan kumpulan penting dari sudut ekonomi negara.

"Bagi kerajaan, kita sentiasa menyokong dan mempertimbangkan apa saja perkara yang penting untuk masa depan peniaga dan penjaja," katanya.

sumber : utusan malaysia

Jadilah Penarik Wang (Money Magnet)

Ada orang mengatakan DUIT bukanlah segala-nya di dunia ini, tetapi dalam hidup ini segala-galanya memerlukan DUIT.Duit dan kekayaan adalah amat berharga dalam kehidupan kita,tetapi yang paling penting adalah rasa gembira dan bersyukur diatas kedua nikmat ini. Menjadi seorang yang kaya adalah merupakan satu perkara baik, dan menjadi idaman setipa orang.Persoalannya adalah bagaimana kita melakukannya dan adakah kita gembira dan syukur dengan apa yang kita lakukan dalam mencapai kekayaan itu.

Kebanyakan orang berpendapat mencari duit adalah sesuatu yang susah, dan saya pun pada mulanya beranggapan sedemikian. Tetapi sebenarnya bila dalam mindset kita dah start dengan rasa ’susah’ ni, memanglah hasilnya akan jadi ’susah’ jugak. Jadi bagaimana untuk menjadi ‘money magnet’?

Akhirnya, daripada kajian dan perkongsian rahsia dengan mereka yang dah berjaya, ada beberapa terdapat rahsia hebat untuk menjadi money magnet..


1) Buanglah sikap atau kepercayaan yang telah membelenggu kita (limiting belief)

Tak semestinya perlu jadi lawyer, jurutera atau doktor baru boleh jadi kaya. Banyak contoh yang dapat kita lihat di sekeliling kita betapa mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi hingga ke menara gading telah berjaya dalam hidup mereka.Contoh terbaik adalah billionaire seperti Bill Gates, Dell dan Steve Jobs. Bukanlah maksudnya mengajar seseorang untuk meninggalkan ilmu tetapi untuk memberi kesedaran bahawa mencipta wang tidaklah susah seperti yang disangkakan.

Kadang-kadang, untuk mencapai cita-cita, kita perlu menentang arus dan sedar akan perkar-perkara yang mudah mematahkan semangat kita.. Tak payah tunggu orang lain bagi kebenaran untuk kita bertindak menyusuri jalan mendapatkan kejayaan yang kita ingini.

Yang penting binalah keberanian dalam diri kita dan teruskan dengan segala impian kita dan tahu apa yang kita mahukan. Sedar atau tidak, bila kita ada perasaan ghairah (passionate) dalam melakukan sesuatu, kita akan mula menarik wang dan kekayaan.

2)Jangan kedekut untuk melabur dalam program pembangunan diri kita.Berusahalah untuk menambah ilmu berkaitan kewangan, hubungan mesra dengan orang lain, dan lain-lain program pembangunan diri.
Seseorang yang ingin menjadi ‘money magnet’ perlu menguasai teknik untuk mengawal kewangan masing-masing. Seperti kata Jim Rohn, “Work harder on yourself than you do on your job”

3) Pintalah apa yang anda mahukan.Sekiranya anda mahu duit dan kesenangan hidup, jangan takut untuk memohon kepadaNya, berdoalah sebanyak mungkin kerana Allah itu Maha Mendengar…
Jangan rasa segan silu dan jangan rasa anda tidak mempunyai hak untuk meminta dariNya. Pilihan terletak di atas tangan anda.Kita boleh terus menerus berusahauntuk mendapatkan sumber kewangan atau berterusan memohon padaNya apa yang kita mahu.Jangan mudah berputus asa.Percayalah yang Dia Amat Mendengar dan kita perlu bersedia untuk menerima.

InsyaAllah petunjuk mungkin datang dariNYa dalam bentuk ilham atau apa yang kita sebut saat ‘ahha’ tapi yang menerimanya perlulah bersedia untuk bertindak dan berusaha untuk menjadikannya satu realiti.

Segalanya bergantung kepada Anda.

APA ITU MINDA JUTAWAN




Dalam kehidupan seharian,kita sering mendengar begitu ramai orang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, tetapi ia hanya tinggal impian semata-mata. Dari kajian didapati ,95% akan gagal dan 5% selalunya akan berada dihadapan dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjadikan impian mereka sebagai satu kenyataan.

Kita perlu bertanya, apa yang menyebabkan 95% ini gagal? Sebenarnya ramai diantara mereka ini gagal untuk mengambil tindakan.Ramai antara mereka hebat dalam membuat pelbagai perancangan, tetapi gagal untuk melaksanakan. Ramai orang mempunyai banyak idea yang bernas tetapi tak ramai yang betul-betul mencari jalan untuk menjadikan idea itu kepada satu raeliti. Dan tak kurang juga mereka yang berjuang untuk melaksanakan idea mereka tetapi dalam masa yang singkat jatuh tersungkur, keletihan, dan kecewa.


Kenapa pula biasanya hanya 1% yang betul-betul dapat menunjukkan kejayaan?


Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah mindset dan pegangan diri.

Diakhir-akhir ini, kalau kita perhatikan memang terdapat banyak peluang perniagaan disekeliling kita dan adalah mustahil untuk kita mengejar kesemuanya. Oleh itu, kita patut belajar bagaimana untuk fokus keatas satu-satu idea dan bukan semata-mata melompat dari satu idea kesatu idea yang lain. Sekiranya kita tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang kita ceburi, kita tak akan dapat memberikan perhatian yang cukup untuk mendapat pulangan yang sewajarnya keatas apa-apa yang kita mulakan.

Terdapat lima (5) punca utama kenapa perkaraini boleh berlaku:

Yang pertama adalah lambakan maklumat . Ramai diantara mereka, tidak tahu kat mana nak mulakan bisnes mereka. Terlalu ramai orang yang menjaja peluang mendapat duit. Betul tak? Sekiranya tidak berhati-hati, kita akan terjerumus dalam jerat-jerat wang mudah ni dan mungkin akan kehilangan wang yang tidak kurang hebat nilainya. Beri perhatian keapa siapa yang boleh dipercayai dan peluang perniagaan apakah yang patut disertai .

Prinsip kedua adalah mengambil tindakan. Bila ada peluang ambil tindakan segera dan rancanglah untuk melaksanakan pelan tersebut. Lakukan sesuatu yang boleh melonjakkna diri kita ke hadapan. Langkah pertama dalam mengambil tindakan adalah membuat pilihan - pilihan yang bijak. Apa yang perlu dibuat; percaya pada diri sendiri, buat keputusan dan teruskan usaha kita. Jangan berlengah-lengah kerana masa itu adalah emas.

Prinsip ketiga adalah mengenali personaliti diri sendiri. Ada dua jenis karakter yang biasa kita sering junpa: seseorang yang suka menjana idea demi idea, tetapi gagal untuk melaksanakannya dengan bijak, atau seseorang yang terlalu fokus tetapi menghadapi masalah untuk mendapat idea bernas yang patut diberi perhatian. Adalah amat bagus sekiranya kita dapat gabungkan kedua-dua ini, boleh mengeluarkan idea yang bernas dan dapat mencari jalan untuk fokus dan melaksanakannya.

Perlu diingat bahawa idea sahaja tidak berguna tanpa pelaksnaan.Idea tetap tinggal idea tanpa apa-apa tindakan. Lagi tepat kalau dikatakan kebolehan untuk mengurus dan melaksanakan idea asas adalah faktor utama yang menjadikan suatu bisness itu berjaya.

Faktor keempat adalah mengetahui kemahiran atau skill yang ada pada diri sendiri. Kemahiran ini mungkin boleh didapati daripada belajar dan juga dari pengalaman diri. Sekiranya kita dapati kemahiran yang diperlukan tidak ada atau tidak mencukupi, maka kita perlu bertindak untuk membuat sedikit pelaburan dalam meningkatkan keupayaan diri kita.

Prinsip terakhir adalah kepercayaan pada diri sendiri. Percaya pada potensi dan kebolehan diri sendiri adalah penting kerana bila berdepan dengan halangan, ada kemungkinan besar kita boleh mengatasinya. Jika tidak pun, kita akan belajar sesuatu daripada kegagalan itu dan dapat jadikan pengalaman sebagai satu pengajaran kepada kita.Sekali gagal bukan bermakna terus gagal.

RAHSIA WANG

“There is a secret psychology of money. Most people don’t know about it. That’s why most people never become financially successful. A lack of money is not the problem; it is merely a symptom of what’s going on inside of you” - T Harv Eker

Apa maknanya..

Ada suatu rahsia psikologi disebalik wang dan kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Kerana itulah ramai orang tidak berjaya dalam kewangan mereka. Duit yang sedikit bukanlah masaalah yang sebenarnya. tetapi ia adalah simptom atau tanda terhadap apa yang berlaku didalam diri seseorang.

MINDA JUTAWAN HARV EKER

Dalam usaha kita untuk menjadi orang yang berjaya dan mempunyai kewangan yang mantap, saya rasa ada baiknya kita baca buku Harv Eker - The Millionaire Mindset. Pada saya buku ini adalah cukup bagus sebagai motivasi kita . Didalam buku ini, Harv berkongsi beberapa petua bagaimana financial blueprints orang-orang yang kaya berbeza daripada orang yang poor and the middle-class.

1) Rich people believe: “I create my life.” Poor people believe: “Life happens to me.”

Orang yang berjaya adalah orang yang take charge of his/her life. Orang yang tidak/kurang berjaya pula sentiasa complain and whine of something that prevents them from doing things that they want

2) Rich people play the money game to win. Poor people play the money game to not lose.

3) Rich people are committed to being rich. Poor people want to be rich

Orang yang berjaya menjadi kaya gigih berusaha dalam mencapai cita-cita mereka, bukan hanya menyimpan angan-angan kosong sahaja.

4) Rich people think big. Poor people think small.

5) Rich people focus on opportunities. Poor people focus on obstacles

Saya amat setuju dengan kenyataan ini. Orang yang berjaya sentiasa memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang mereka ingini dan sentiasa melihatnya sebagai suatu peluang.

6) Rich people associate with positive, successful people. Poor people associate with negative or unsuccessful people

Sekiranya ingin menjadi seorang yang kaya, anda perlulah belajar dengan orang yang telah berjaya. Itu hanyalah sebahagian daripada blueprint orang yang berjaya… ada banyak lagi, dan kita perlulah sentiasa mendalami ilmu supaya kita juga tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya.Ingat , kita perlu sentiasa berfikiran POSITIF.

Thursday, June 18, 2009

PETUA MURAH REZEKI




Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan
keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan
konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat
setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang
boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada
hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,
al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim
dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,
juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam
bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan
hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh
Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah
akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-
Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu
rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-
Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan
urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat
rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan
Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-
Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya
azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika
dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia
tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh
bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,
hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik
dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya
pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang
baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya
yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan
Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan
(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia
pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-
Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab
r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-
amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.